Nov 29, 2012

Gua Penjenayah Internet (?)

Salamun 'alaik!

Firstly, some video-watching....



There, it wasn't so bad. Sorry I didn't put the original video from the uploader, the thumbnails is quite 'rough' for some people. Maybe? Maybe not. Original here.

Dah, cukup dengan cakap Jawa kau tu. Penat gua nak memilih perkataan. Tersalah pilih, bahaya menanti. Anyway, best kan video ni? Rasanya, menghampiri realiti kita sebagai pengguna tegar Internet. Orang kata, maklumat di hujung jari. Tapi bagi gua, maklumat itu gua kena klik. Sebab gua pakai mouse. Gua takde smartphone-dumbphone bagai ni. Eh, jangan terasa.

Cuma nak cakap, senjata yang tersangat hebat masa kini dan boleh diakses walaupun oleh seekor kucing adalah Internet. Tak perlu rasanya gua nak tersembur habis air liur nak sebut pasal Facebook, Twitter, LinkedIn dan banyak lagi social site. Informasi memang dah berterabur dah. Korang salah sikit je sebut, cakap (eh, bukan sama ke?), buat, laju je benda tu boleh tersebar. Macam banyak sangat mata ala-ala kamera AES yang memerhati. Dan bukan sesenang nak cakap,

"Eh, account I kena hack la!"

"Woi, tu akaun palsu tu!"

"Photoshop ni...."

Tak. Bukan semudah tu kalau korang nak elak dari silap yang korang buat kat Internet. Bukan macam main GTA, masuk kedai cat kereta je dah boleh lari dari polis. Tak, tak....

Dan siapa kata Internet je? Dengan adanya Astro Beyond (boleh pulak promote), yang dekat tivi pun boleh digunapakai jadi senjata. Kamera smartphone korang yang terlebih pandai tu boleh kasi masuk gambar buat modal. Tak tahulah modal untuk apa.

Itu baru setakat informasi, belum lagi pasal mencuri.

Ya, mencuri di Internet! Bukan stail sekarang la korang nak letak phishing la, fake website la. Ingat, ANONYMOUS dah berkuasa dalam Internet. Bukan baru je benda ni, dah lama dah. 4chan, troll-memes, semua tu kerjaya diorang la tu.




Bahayanya ANONYMOUS(Anon) ni, korang tak boleh lari. Dari yang pangkat sekolah rendah sampai yang bertongkat tiga, semua ada je yang jadi Anon. Kalau informasi rahsia kerajaan pun diorang boleh kasi pecah meleleh masuk Internet.

Ingat lagi post sebelum ni? Anon dah mula mengerakkan jari jemari 'ajaib' mereka. Berita selanjutnya, sini. Gua tak reti nak cakap sebab gua tak layak pun nak jadi Anon. Tapi kalau nak jadi stalker tak bernama tu bukannya susah sangat kalau korang tak reti nak privatekan info kan? Eh.

Tu baru Anon yang perhati, kalau TUHAN?

Dah tu tak reti-reti lagi nak control involvement korang? Hehehe....peace~

Dan tetiba terasa nak main lagu nasyid pulak. Siapa yang bernama Syuhadah tu jangan nak perasan pulak~



Far East - Nur Syahadah


Tika terbuka hari 
Cahaya yang cerah 
Menerangi hatimu 
Mulus terbias di wajah 

Kau sambut dengan redha 
Hadirnya hidayah 
Nekad pendirian terungkai kalimah 

c/o 
Nur Syahadah menyinar kalbu 
Murni seharum namamu 
Hadirnya dicelahan 
Kekalutan kalbumu itu 

Nur Syahadah telah tertulis 
Pada waktu dan juga takdir 
Di antara seribu engkau yang terpilih 

Sejernih embun pagi 
Sebersih dirimu 
Tanpa dicemari walaupun sebutir debu 
Kekallah oh dirimu di dalam rahmat-Nya 
Iringan doaku moga kau bahagia 

Bridge 
Akan ku bimbingmu 
Sekadar yang ku termampu 
Menyemai iman dan menuai takwa 
Biar tak bertemu di gerbang mahligai cinta 
Cukuplah sekadar teman yang biasa 

Nur Syahadah menyinar kalbu 
Murni seharum namamu 
Hadirnya dicelahan 
Kekalutan kalbumu itu 

Nur Syahadah telah tertulis 
Pada waktu dan juga takdir 
Di antara seribu engkau yang terpilih 

Bersatu Nur Syahadah di dalam syahdu? 


p.s: ada cara untuk elak mencuri dari diri sendiri?
p.s.s: ada salah fakta, bagitahu~~

No comments:

Post a Comment