Apr 18, 2015

I Love You: Part 2 (!)

Salamun 'alaik!

Dan..... I love you!

Jangan risau, kali ni cuma nak kongsi apa yang dapat diingat daripada program DAISUKI 2015 yang lepas. Buat yang mengetahui, kalau ada yang salah atau lompong mahupun typo, bergeraklah anda menjadi guru.

Bukan sekadar grammar nazi.

*************


TALK 1.0
Mecca: The Undemocratic Democratic Country

Buat pembukaan kata, pemudah bicara, slot pertama ni Ustaz Ridha bagi kunci dulu. Kepentingan sejarah untuk futuristik. Penting cerita lepas untuk cerita masa depan.

Walaupun orang kata, barang yang lepas jangan dikenang.

Sejarah ni, boleh kata macam roda. Setiap benda yang berlaku sekarang ni pernah berlaku waktu dulu-dulu. Cuma nama, watak dan label aje yang berbeza. Kita kena belajar untuk tengok sejarah ni bukan macam cerita.

Eh?

Mungkin (bagi aku), cerita tu macam benda yang dah absolute. Tak boleh diubah tara. Muktamad. Sedangkan sejarah, kalau nak diolah dekat sini, macam cerita yang sama, diulang-ulang. Cuma, watak dengan tarikh aje yang dibiar tempat _____ .

Dalam konteks Makkah, aku tak reti nak bercerita dan tak banyak yang ingat. Cuma, teringat part yang mana Ustaz cerita kenapa waktu Nabi Muhammad sebar Islam di Makkah sorok-sorok, musyrikin Makkah macam tak kisah pun? Even Rasulullah solat depan Ka'abah pun, depa buat tak hirau pun. Padahal, Darul Nadwah (Parlimen Makkah) dekat sebelah Ka'abah lagi satu je.

Dan kenapa, bila Nabi ditawarkan 3 Ta (harta, wanita, takhta), Nabi tak ambik pun tawaran tu? Padahal, boleh je guna harta dengan kuasa tu untuk terus kembangkan Islam?

Dari segi agama, yes. Iman mainkan peranan. Tapi, dari segi common sense?




TALK 2.0
Polygamous & Monogamous: The Principle In Building Millenium Statesman.

Ya....tajuk yang menjadi bualan di FB sebelum menjejak ke Chelmsford pun. Sedangkan, tajuk ni bukan nak bincang sangat pasal Baitul Muslim mahupun cara-cara untuk menjadi Mr. Istikharah.

Lebih banyak membincangkan kehidupan keluarga Rasulullah dan Khadijah di awal penerimaan wahyu.

Macam mana Rasulullah balik dari penerimaan wahyu dalam keadaan menggigil ketakutan.
Macam mana reaksi Khadijah bilamana Rasulullah minta diselimuti, terus diselimutkan.
Malah dipeluk.

Sedangkan fitrah wanita itu hendak terus bertanya. Permainan mulut mereka kadang-kadang sukar dikawal. Namun, Khadijah jadi tuan kepada fitrahnya sendiri.

Dan, pertanyaan poligami. Macam mana nak jelaskan, kenapa dalam Islam, Lelaki dibolehkan kahwin sehingga 4 (poligami). Sedangkan wanita tak dibolehkan untuk mengamalkannya (poliandri)?

Dari segi agama, yes. Keturunan. Tapi, bukan ke sekarang dah ada ujian DNA?



TALK 3.0
Hijrah as The Art of Future War

Konfem pernah dengar, tak pun baca Sun Tzu's Art of War kan? Kalau tak pernah, pergi la baca. Yang komik punya pun boleh.

Dalam ni, Ustaz cerita macam mana cerita hijrah yang dah tepu kita dengar tiap-tiap tahun tu SEBENARNYA penuh dengan taktik evasive dan strategi perancangan kapital.

Antara yang ada dalam handout (lupa...):
1. Menggunakan pengaruh antarabangsa berhijrah ke Habsyah.
2. Mencari titik persamaan dalam peristiwa Thaif. (kisah 'Iddas penganut Nasrani)
3. Menghantar duta, peninjau, dan jurulatih.
4. Membina usrah.
5. Taktikal 3 hari persembunyian. (kenapa Rasulullah jalan berjengket?)
6. Sinergi dengan Abdullah bin 'Uraiqith, dan wordplay Abu Bakar.




TALK 4.0
Diplomatic Ties.

Sampai sini, aku dah mula lost count talk mana yang mana. Sebab Ustaz kena balik awal, jadi ada yang dibawa ke depan.

Bab ni lebih kepada cerita lepas Rasulullah berhijrah ke Madinah. Jadi, banyak perbincangan yang (agaknya) terlebih hangat sebab kita banyak bercerita pasal G2G. Government to government. Macam mana Rasulullah uruskan pengembangan dan penyebaran Islam kepada negara-negara luar. Perkiraan Baginda dalam penyusunan strategi dan penggunaan duta-duta.

Perbincangan jugak termasuk dalam zaman sekarang, macam mana negara-negara Islam kekaburan arah dalam memartabatkan Islam sebagai agenda utama. Dapat dilihat dalam kes di mana OIC pernah memulakan perancangan untuk menubuhkan beberapa(?) universiti antarabangsa yang mana dibiayai sepenuhnya oleh OIC. Tapi, hilang macam tu. Mungkin yang ternama adalah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Dan ke mana hilangnya negara-negara Islam yang lain bila ada bahagian negara Islam di dunia diserang? Sekadar mengecam?

Dan tanggungjawab kita? Pelajar? Mahasiswa? Apa kita betul-betul nak tolong perubahan Islam dalam dunia atau sekadar melepaskan diri dan keluarga?




TALK 5.0
Jewish and Zionist

Perbincangan siapa Yahudi dan siapa Zionis. Sedangkan kita selalu tertukar dan terkeliru dengan terma sebegini.

Dan macam mana Ustaz kupaskan sedikit ayat terakhir al-Fatihah, penggunaan المَغضُوبِ dan الضَّالِّينَ. Kenapa Yahudi dikatakan 'yang dimurkai' manakala Nasrani (Kristian) sebagai 'yang sesat'. Adakah sebab Yahudi mengetahui yang benar tapi menolak? Adakah Nasrani hanya mengamalkan perkara yang sesat secara turun-temurun tanpa tahu benda tu sesat?

Dan macam mana, umat Islam sekarang pun boleh tergolong dalam golongan yang dua ni. Walaupun masih berstatus Islam di IC nya.

Panjang lebar jugak diceritakan tentang perangai-perangai Yahudi. Dulu, kini, dan selamanya. Antara?:

Membunuh para nabi, menipu, helah dan taksub bangsa.

Masih ingat cerita kaum yang ditukar menjadi kera? Dilarang menjala ikan pada hari Sabtu, tapi masih meletakkan pukat pada hari Jumaat dan dinaikkan pada hari Ahad?

Masih tak nampak perangai Yahudi pada zaman sekarang yang berhelah sana sini bilamana mahu melakukan 'perdamaian' ataupun 'genjatan senjata'?

***********


Err.....itu saja yang aku ingat, tercatat dalam kertas, ataupun tertaip dalam handout. Siapa-siapa yang ternampak kesalahan atau kelompongan dalam penaipan di atas, dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memebetul dan mengongsi. Aku juga masih belajar~~





Oh, yes. List bacaan yang disyorkan oleh Ustaz. Kalau nak sedap, habis sebelum mula Ramadhan.

1. Ar-Raheeq al-Makhtum (Syeikh Safiur Rahman)
2. Fiqh Seerah (Almarhum Syeikh Mohamed Said Ramadan al-Bouti)
3. Temasya Ke Syurga (ringkasan krya Ibnu Qayyim al-Jauziyyah).

No comments:

Post a Comment