Soalan kilat tembak ke dada: "Bila kali terakhir kita bersangka baik dengan Allah?" . Sedangkan sebaik-baik sangkaan adalah sangka baik terhadap Allah.
Kebaikan Sangka Baik kepada Allah swt;
- Keimanan dan keyakinan kepada Allah swt semakin kuat dan tinggi.
- Hidup seseorang sentiasa berada dalam lingkungan tawakkal kepada Allah swt.
- Hati sentiasa tenang kerana merasa apa yang berlaku ke atas diri adalah ketentuan Allah swt dan suamya mengandungi hikmah dan kebaikan tersendiri.
- Tidak mudah putus asa apabila menghadapi sesuatu kegagalan.
- Mendapat keredhaan Allah swt.
- Terhindari dari sifat-sifat mazmumah seperti pemarah, sombong dan putus asa, menyalahkan orang lain dan lain-lain.
Sedarkah suatu hakikat yang ditegaskan oleh Allah swt dalam ayat 70 Surah al-Taubah;
فَمَا كَانَ اللَّهُ لِيَظْلِمَهُمْ وَلَكِنْ كَانُوا أَنْفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ
Maksudnya; Maka Allah sekali-kali tidak menzalimi mereka tetapi mereka yang menzalimi diri mereka sendiri.
And one more thing.
Tiba-tiba gua nak buat perangai duduk di bilik Cendana hanya untuk makan dan tidur dan mandi. Amacam, bhai?
No comments:
Post a Comment