Mar 29, 2013

Apa Barang Baca Buku (?!)



Salamun 'alaik!!

Buku.

Korang rasa best ke buku tu? Yela, buku bukannya boleh touch-screen, takleh slide-slide, tak ada Burung Marah mahupun Larian Kuil. Macam kata-kata Abang Rancho dalam 3 Idiots:

"Instruments that record analyse summarize organize debate and explain information which are illustrative non-llustrative hardbound paperback jacketed non-jacketed with forward introduction, table of contents, index that are indented for the englightnment, understanding enrichment enhancement and education of the human brain thru sensory root of vision... sometimes touch"

Hahaha!

Mengarut sudah. Walaupun karutan tu agak perlu sebab kita perlukan ilmu! (apa kaitan....?) Ilmu tu kena ada bhai. Dunia akhirat memang kena ada ilmu. Sebuah hadis nabi yang berbunyi :

من أراد الدنيا فعليه بالعلم ومن أراد الآخرة فعليه بالعلم ومن أرادهما فعليه بالعلم
Maksudnya : Sesiapa yang inginkan dunia maka hendaklah dia berilmu, sesiapa yang inginkan akhirat maka dia juga mesti berilmu dan sesiapa yang ingin keduanya iaitu dunia dan akhirat maka dia lebih dituntut agar berilmu. (Sumber)

Heh, jari gua nak menaip pun dah berterabur. 

Anyway, knowledge is important, mate. Korang baca la banyak-banyak buku yang ada kat dunia ni. Tak kisah la genre apa. Fiction, non-fiction, sains, politik, agama, psikologi, ekonomi, motivasi, lawak, mahupun komik. Teruskan baca banyak buku. Biar berkoyan-koyan buku korang kat rumah. Gua pun ingat nak buat rumah gua nanti macam dalam cerita Spongebob yang ada bilik bacaan besaq gilak tu. Amin.

Apa-apa pun, pandai-pandai la pulak masa korang baca buku tu. Baca, baca jugak. Bak kata cikgu BM masa sekolah rendah dulu, buang yang keruh, ambil yang jernih. Ingat, jernih.....bukan separa jernih. Dah tu, jangan la asyik baca novel yang bagi janji angan-angan palsu korang di masa hadapan. Kenapa?




Well, that's just one of the reasons. Berlambak je lagi sebab kenapa kena pandai 'membaca' buku. Macam dalam travelog Ustaz Zaharuddin yang pertama, jangan kita taksub sangat dengan kata-kata seseorang syeikh ataupun tok guru sehinggakan sanggup menolak malah mengkafirkan pandangan atau pegangan golongan yang lain. Na'uzubillah.

Which means, gua nak tunjuk 6 buku yang baru gua beli minggu lepas. 6 buku, 2 hari! Padahal dulu sebulan satu buku je.




Dari atas: 
1) The Tales of Beedle The Bard  (ala...dalam cerita Harry Potter tu)
2) Relativity  (lari sikit ke pure science dari architecture)
3) Wong Fei Hung  (KUNG FU!!!!!............currently reading)
4) A Shite History Of Nearly Everything  (setompok fakta yang tak berguna)
5) Tweeting The Universe  (gua tak tahu lagi pasal apa)
6) Jangan Berhenti Berlari  (nicely done, boleh buat rujukan budak-budak yang nak sambung Islamic Banking...?)

Gua baru habis No.1 dengan No.6 dan tengah baca no.3. Apa boleh buat, buku PakCik D.K.Ching pun tak khatam lagi. BBW dekat Penang Times Square is nice, tapi Pesta Buku POPULAR kat Sunway tu yang tak layan. Banyak buku Mandarin (bukan limau) dan gua takde MakCik Alih Bahasa dari China. Alih-alih, beli jugak No. 3 dengan No.6 dalam POPULAR dengan harga biasa.

By the way, MASJID KAPITAN KELING!!! Hati-hati, takut korang termasuk dalam satu bangunan kecik yang ada kubur pulak dekat-dekat situ.





Disebutkan dalam sebuah hadis: "Dua golongan pelahap yang tidak akan kenyang, iaitu pencinta ilmu dan pencinta dunia." (Riwayat Hakim, bertaraf sohih lighayrihi dan disepakati oleh az-Zahabi, namun terdapat kritikan terhadap hadis ini.)~~

p.s: Melaka....here I come!


No comments:

Post a Comment