Apr 16, 2013

Konsep Kesan Pendaraban (?)



Multiplier Effect. Atau dalam terjemahannya, Kesan Pendaraban (?).

Kalau dalam terma para ekonomis, Multiplier Effect (ME) dikatakan berlaku bila keuntungan yang terhasil digunakan sebagai modal baru, lalu mendapat keuntungan yang lebih besar. Lebih kurang.

Kalau dalam kelas Economics gua, ME ni jadi bila Kerajaan injects duit masuk dalam firms sebagai modal untuk hasilkan sesuatu produk. Hasil keuntungan tu akan ada cukai yang dibayar balik ke Kerajaan. Tapi Kerajaan tu pulak injects lagi dalam firms untuk buat lagi banyak untung. Kira macam tu la. (rujukan)

Jadi, ME ekonomi ni = Naikkan modal untuk naikkan untung.


Dalam cerita pengumpulan harta, teori ME memang dapat menguntungkan pelakunya. Kalau digunakan secara berhemah dan berhikmah. Tapi, pengumpulan harta dalam ISLAM sepatutnya ada satu guideline yang lagi mantop!

Gua lupa (asyik lupa sekarang ni, doakan final gua tak kantoi pasal ni...), tapi ada satu pemilik syarikat produk Islam yang besar kat Malaysia. Salah satu motivasi dia untuk jadi kaya sebab dia nak bayar zakat. Sedekah. Dia tahu lagi banyak harta dia, lagi banyak bahagian zakat harta yang dia kena bayar. Dan disebabkan dia ni nak bayar lagi banyak zakat, dia pun usaha lagi banyak dalam bisnes beliau.

Hebatkan bila hal duniawi digerakkan atas landasan ukhrawi?

Jadi, ME PakCik ni = Naikkan harta untuk naikkan zakat.

Gua tau gua tak kaya. Tapi, apa salah sebut pasal harta. Sama kes kalau gua tau gua tak baik. Tapi, apa salah sebut pasal benda baik, kan?

Padahal, ME tak terhad bila masuk bab harta je. Contoh paling senang bagi kita (termasuk gua), konsep ME dalam ilmu dan pahala.


Dalam ilmu, konsep ME ni tak ada rugi, in sha Allah. Contohnya ada dua manusia, yang seorang ada sebiji limau dan seorang lagi ada sebiji epal. Bila mereka bertukar buah, maka masing-masih masih ada mempunyai sebiji buah.

Tapi andaikan kedua-dua buah tu merupakan idea. Masing-masing bertukar idea. Maka, kedua-dua manusia itu telah mempunyai idea milik yang satu lagi tanpa kehilangan ideanya sendiri. Macam tu jugak lah ilmu. Diajarkan, tidak hilang. Malah, boleh bertambah dari orang yang diajarkan.

Dalam pahala pulak, senang nak ditafsirkan dalam konsep wakaf mungkin? Contohnya, kita wakafkan sebuah kipas (sebuah eh?) dalam masjid atau apa-apa bangunan. Maka, selagi ada manusia yang menggunakan kipas tersebut, in sha Allah pahala kita akan berterusan walaupun selepas mati. Konsep ME yang ini ada disebutkan dalam sebuah hadis:


Maksud hadis :

Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu katanya,, Rasulullah SAW telah bersabda : Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.'' (HR Muslim).


Familiar right?

Dan yang bestnya, konsep Multiplier Effect ni pun ada disebut dalam al-Quran. Tak caya? Nah~~



                                                                               
Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui.
(Al-Baqarah 2:261)



p.s: maktab, tablet dan Rusia sedang menunggu approval final exam......
p.s.s: Power Hoodies Deenify nak beli laa....
extra p.s.s: sorry kalau serius sikit......

No comments:

Post a Comment