Dec 11, 2010

Soul (Part 1)

Remang senja melabuhkan tirai.Soul menggalaskan beg sekolah, dan mula melangkah ke rumah.Sepanjang perjalannya, beribu-ribu pasang mata tertancap pada tubuh Soul. Mana tidaknya, pada tahun 2030 ini, kesemua penduduk Malaysia hanya perlu menggunakan Nemesiqeue, sejenis mesin bagi menggantikan penggunaan pengangkutan beroda sebelum ini. Kadar pencemaran udara yang berada di tahap yang kritikal 5 tahun lalu berjaya dikurangkan sebanyak 53% dengan terciptanya Nemesique.Soul yang hanya berjalan kaki amat menumbulkan tanda tanya di hati setiap nsan yang memandangnya. Matanya mengerling muka jam tangan di tangan kirinya.

"Ah,sudah pukul 7 petang rupanya. Tentu orang tua itu sudah menunggu aku di ruang tamu. Telinga sarauku sudah lali dengan leteran bodohnya. Malas aku hendak ambil kira,"bisik hati kecil Soul. "Kau ke mana tadi? Kenapa pulang lewat?",nada tinggi Dato' Ahmad Radzi memenuhi ruang tamnu villa mewah itu. Mukanya yang menyinga sedikitpun tidak menggentarkan Soul, anak lelakinya yang semakin rosak itu. Bola mata Soul ligat berputar. Sekejap permaidani Paris di atas lantai ditatapnya, skejap siling putih di atas pula dijelingnya. Tingkah laku Soul benar-benar menyakitkan hati Dato' Ahmad Radzi.


"Jawab soalan ayah,"Dato' Ahmad Radzi mula berlembut. Soul menatap wajah ayahnya seketika, bingkas memanjat tangga dan mengurung dirinya di dalam biliknya seperti biasa. Datin Sakinah hanya mampu mengesat air mata melihat kebiadapan anak lelaki kesayangannya itu. Soul masih mengurungkan dirinya walaupun namanya sudah berkali-kali dipanggil oleh ibunya.

*****************

Ramai tetamu Dato' Ahmad Radzi yag ingin melihat Soul, remaja yang berusia 16 tahun secara rasminya pada hari ini, 4 Mac 2030. Soul hanya memekakkan telinganya, cuba melarikan diri daripada keriuhan sambutan hari jadinya di villa mewah yang tersergam indah itu.

Soul termenung. Mesin pemutar masa terkenal, Blast yang dihidupkan sebentar tadi tidak dihiraukan. Mesin yang dihadiahkan kepadanya tiga tahun lalu amat menjadi kebanggaannya suatu ketika dulu. Mana tidaknya, buka calang-calang orang mampu memiliki mesin pemutar masa itu. Namun, sebagai anak tunggal Dato' Ahmad Radzi, milyuner terkemuka, untuk memiliki mesin pemutar masa itu bukanlah sesuatu yang mustahil. Soul yang amat berminat dalam bidang rekacipta, benar-benar mengagumi pencipta mesin itu. Mesin yang berjaya dicipta beberapa tahun selepas kelahiran Soul itu menjadi idaman kebanyakan pelajar sekolah menengah ataupun universiti.

Setelah beberapa kali menemui beberapi kegagalan, akhirnya Profesor Husni berjaya memperkenalkan mesin yang amat mengagumkkan itu. Sesungguhnya, Soul amat mengidolakan Profesor Husni. Soul pernah menonton siaran ulangan temuramah dengan Profesor Husni di skrin televisyen empat tahun yang lalu mengenai mesin ciptaannya.

akan besambung...

No comments:

Post a Comment