(ni bukan bakal bini gua, harap maaf......)
+ Assalamu'alaikum!
- "Eh, waalaikumussalam"
+ Aik, ada orang ke jawab? Setahu gua, gua sembang kencang sorang-sorang je kat sini.
- "Hailorh, kau ni pun. Aku pun kau tak kenal."
+ Gua kenal ke?
- "Apa tak kenal pulak. Kita kan dah macam adik-beradik."
+ Jadi, siapakah gerangan anda wahai manusia matriks?
- "Aku ni la possible future kau....haiyooo"
+ Hah? Possible future mende la pulak ni. Yang gua tau, mesin masa tak ada la dicipta lagi paling kurang 50 tahu akan datang. Yang gua tau la.
- "Hampagas kau! Ni tak payah pakai time machine bagai. Aku travel sesuka kehendak Tuhan."
+ Err......ok. Dah tetiba nak kacau gua ni apasal? Dah tak reti nak tidur pagi-pagi buta ni? Ke........kau ni stalker gua? Hehehe.
- "Bijak sangat la stalker. Aku datang ni nak bagi tau kau benda. Kalau tak, tak hingin aku nak datang walau digula-gulakan dengan duit RM650"
+ E'eh. Lek la bro, jangan marah-marah aaa. Gua gurau je. Yang kau pergi masuk sampai RM650 tu apasal? Nak bagitau, bagitau jela. Hah, cepat cepat. Gua pun nak tido dah ni. Tak layan RedBull punya pasal.
- "Aku sebenarnya nak bagitau pun serba salah. Tapi, untuk elakkan kau jadi possible future yang lain-lain, aku kena la jugak bagitau"
+ Hah, nak bagitau amende?
- "Aku nak bagitau kau, jangan kacau BAKAL ISTERI orang lain!"
+ Aik, apsal tetiba masuk tajuk ni? Dan sejak bila pulak gua kacau bini orang?
- "Bukan bini orang la bijak. BAKAL BINI. Aku taknak cakap banyak. Nah, video yang aku tengok yang aku rasa possible future yang lain tak sempat, takpun, tak nak tengok pun."
+ Aii, future pun boleh bagi video? Aaaah, apapejela.
- "Dah tengok?"
+ Err.....dah, dah.
- "Nice. Dah, pergi tidur sana."
+ Okay, okay...... Eh, lagi satu.
- "Hah, apa dia?"
+ Kalau betul la kau kata kau ni salah satu daripada possible future gua, kau ni yang mana satu?
- "Yang akan mati waktu kau tidur malam nanti."
+ ...........................
********************
Rightio, gua pun tak tahu nak sembang apa. Gua cuma nak kongsi pasal video tu jela. Takpe, takpe. Tak setuju takpe. Lagipun, dia tu ustaz. Bukan mufti nak turunkan fatwa, dia sendiri yang kata.. Tapi, kita pun bukan mufti jugak kan? Ustaz pun tidak.....haish. Kalau anda ustaz, mufti tak pun ulama', kalau salah tolong betulkan....hihihi ^__^
Apa-apa pun, tak boleh terima banyak. Ambik sikit. Benda baik, terima dengan baik walaupun benda tu macam terasa kena lempang dengan kamus dewan 4-puluh-ratus muka surat~~
p.s: CF nak pergi sabtu ka ahad?.....
Assalamualaikumwarahmatuallah.
ReplyDeleteApakah jodoh (dan segala takdir lain) yang sudah ditetapkan oleh Allah itu boleh diubah?
Ya dan tidak. Takdir itu tidak bisa diubah oleh manusia, tetapi dapat diubah oleh Allah.
Allah SWT berfirman:
"Allah menghapuskan apa yang Dia kehendaki dan menetapkan (apa yang Dia kehendaki), dan disisi-Nya-lah terdapat Ummul-Kitab (Lauh Mahfuzh)." (surah ar-Ra’du [13]: ayat 39)
Lantas, sekiranya jodoh(dan segala takdir lain) itu hanya boleh diubah oleh Allah, apakah sebaiknya kita hanya perlu menunggu takdir dari Allah saja tanpa perlu berusaha lagi?
Bukanlah begitu. Allah dan Rasul-Nya telah mempersilakan kita untuk berusaha supaya Allah mengubah takdir-Nya (dari yang “buruk” kepada yang “baik”) sebagaimana sering kita lafazkan satu ayat "Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga kaun itu sendiri mengubahnya"...
Allah SWT berfirman:
"Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan suatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap suatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia." (Surah ar-Ra’du [13]: ayat 11)
"Apakah jodoh itu perlu dicari?".
Ya, perlu. (Dalilnya, Surah ar-Ra’du [13]: ayat 11)
"Hidayah perlu dicari, macam juga jodoh dah rezeki"
Telah digariskan soal mencari jodoh secara islami, sebagaimana yang diusulkan dengan kaedah2 usul fiqh, maka rujuklah dan ikutilah...
"Maha Suci Rabb yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui..." (Surah Yaasin [36]:ayat 36).
“jodoh ini adalah suatu gerakhati pada empunya diri yang ditakdirkan. jodoh itu suatu takdir. usaha gimanapun, jika tiada jodoh, tiada juga. jika tiada usaha, jika ada jodoh maka ia tetap ada. ia berlegar dalam 2-jiwa. satu berusaha. dan satu lagi tiada berusaha. yang tiada berusaha perlu menyahut jodoh dari yang berusaha. maka adalah jodoh. maknanya antara dua jiwa, kekuatan jodoh itu terlaksana sekurang2nya ke atas salah satu jiwa2 tersebut. maknanya di sini, tunggu sajalah kekuatan hati itu sampai bila ia perlu.
Kesimpulannya anta, hal-hal bakal bini, mahupun suami ni adalah urusan Allah. Boleh jadi future anta tu boleh berubah jadi arwah, langsung tak jadi suami orang. Siapa tahu kan? Ana hanya berkongsi apa yang ana tahu, moga yang baik diterima, yang salah dibetulkan.Salam ukhuwah dari ana. Jazakillah.
Waalaikumussalam~~
ReplyDeleteSalam perkenalan. Betul la apa yang anta jawab tu. Jodoh memang perlu dicari, bukan tunggu bergolek. Mungkin ada sikit salah faham kut. 0_0
Sebab tujuan utama post ni untuk ingatkan diri biar tak permainkan hati dan perasaan. Dalam post ni, hati wanita la kut. Cerita dia lebih kepada, orang yang rapat dengan perempuan lepastu diabaikan. Tak ada langsung usaha nak menikah.
Minta maaf la kalau tak cukup jelas sangat motif dia ^__^
Tolong beri tunjuk ajar~~