Oct 20, 2013

Sebelum Kita Bernikah (?)



Salamun 'alaik!

Hahaha....(hambar). Lama pulak gua dah tak menulis dekat sini. Banyak sangat buang masa dekat lappy sayang gua ni. Dari movie sampai ke game sampai ke drama sampai ke internet. Procrastinate.

(boleh la pasang lagu When I'm Gone)

Errr.....nampak dah buku kat atas tu kan? Pergh! Sejak duit beriban-riban masuk dalam bank tu, makin galak pulak gua membeli barang online ni. Masalah satu, buku. Macam la tak pernah jumpa kedai buku kan? Keliling kut. Tapi, autograf punya pasal (?) boleh la beli jugak.

Tapi, berbukit-bukit buku gua beli, buku ni jugak la yang dapat 'sambutan' mak, akak dengan abang ipar gua. Macam masalah je gua beli buku macam ni......hahaha!! Padahal, ada diskaun je buku tu. Bukan mende pun.

~PakCik Hilal dan Raihanah~


Cuma bila gua baca karya Hilal Asyraf yang satu ni, gua macam ada kait-mengait-sulam-menyulam pulak dengan idea beliau. Kembarkah kami? Ofkos tidak~~Mungkin pandangan gua pasal cinta dan nikah ni lebih kurang je (banyak kurang la...-__-) dari pandangan Hilal waktu dia umur 19 tahun dulu. Ada sebut dalam buku ni. Dan gua pun faham kalau dia cakap yang buku ni bukan dibuat dalil hujah, cuma sekadar perkongsian ilmu dan lontaran idea.

Gua minat tang buku ni yang:


"Jangan diri itu belum mampu bercinta, sibuk mahu meluahkannya.
Bina diri, bina peribadi. Bina peranan meluahkan rasa cinta.
Jangan luahkanya dalam keadaan 'berbogel', tanpa diri punya apa-apa."


"Jodoh, jodoh, jodoh hingga lembik!"


Banyak jugak la yang Hilal 'bantai' ala-ala manja dengan golongan-golongan tertentu. Yang "Terlalu Islamik" dan "Terlalu Duniawi". Biar la kita sedar, dan sedar bawa makna kita 'terlelap', leka sebelum ni.

Dan gua pun rasa tak salah nak baca buku-buku macam ni masa muda, sebelum nikah. Bukan tanda tuan baca tu kemaruk sangat nak kahwin. Biar dia persiapkan diri. Sebelum SPM pun baca buku, takkan dah kahwin baru nak baca? Eh, tapi tak salah nak baca lepas kahwin jugak.

Cuma jangan la ter-fokus sangat pasal bab ni. Kita banyak tanggung-dan-jawab kut. Bina diri sebelum bina lain.

Lastly, nak kahwin memang senang. Nak berumah tangga tu yang susah~~


~Aisyah, Aisy si Panda~~


p.s: Alhamdulillah, takda pressure AD 2 minggu.....
p.s.s: teringin nak Sinergi pulak.....

No comments:

Post a Comment