Dua minggu lepas, gua tengah kegilaan muat turun filem dengan cerita. Mula dengan Smallville: Season1-10, gua pun cari pulak filem. Entah apa yang masuk dalam laptop ni sampai bagi aura suruh gua cari filem yang serius sikit kalau nak banding filem-filem sebelum ni yang lagi ringan. Dan akhirnya, gua pun jumpa la cerita ni.
Anonymous
Filem ni taklah seserius filem lain yang mungkin lagi berat and based on true story. Dan filem ni pun MUNGKIN tak bertepatan dengan sejarah William Shakespeare yang sebenar, walaupun nampak kuat dan jitu sekali dia punya latar masa dan tempat. Lagipun, filem ni mungkin cuma spekulasi sesetengah poetry society yang mencampakkan idea bahawa Shakespeare adalah seorang pencuri karya dari seorang yang terhormat.
Cerita ni mungkin boleh bikin suspens sebab latar filem ni menggambarkan bahawa sesuatu pementasan, which is what makes Shakespeare famous, adalah salah satu daripada cabang-cabang kerja syaitan. Dikatakan pulak bahawa penulis semua karya Shakespeare ni pun orang kenamaan, yang mana dia pun kena jaga nama baik-agung dia tu.
Nak tambah lagi hot and spicy, cerita ni memang banyak kait dengan skandal, penipuan diraja (eh?), dan permainan darah. Seolah-olah nak menggambarkan bahawa karya-karya tu ditulis dengan darah-darah yang tumpah atas tanah England pada masa tu.
Komen lain gua rasa takde apa pun, sebab gua pun bukan tengok sangat pasal pengkaryaan filem tu. Mungkin lebih pada jalan cerita? Dan jalan cerita dia memang lambat~~
Amaran: Cerita ni bukannya 'bersih' sangat~
No comments:
Post a Comment