Dec 31, 2011

Cinta Terbabas (~)

_idea dah terbang


Baiklah, disebabkan ketandusan idea, maka aq telah membuat keputusan bahawa cerita Muhasabah Cinta dan Tersimpul Di Langit tidak diteruskan. Kenapa? Sebab aq telah lupa tentang keadaan dan susunan ceritanya yang sebenar. Jadi, daripada aq membuat cerita yang bukan-bukan, baik aq tulis penamatnya di sini:


***************

Afiq : Meninggalkan Rozana dan berkahwin dengan wanita lain. Menutup malu? Siapa tahu...


Amalina : Sedang menunggu keputusan SPM diumumkan. Diterima masuk ke Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN)


Syuhadah : Konfliknya dengan cikgu sudah *hampir berakhir. Sedang "bercinta" dengan KOALA.


Rozana : Curang dengan lelaki lain. Telah sedia curang semasa bertunang dengan Afiq lagi.


Marhain : Juga sedang menunggu keputusan SPM. Akan mengambil lesen memandu tidak lama lagi.


Umie Khasnidar : Mendapat keputusan cemerlang 8A dalam PMR. Merancang meneruskan persekolahan di maktab yang sama.


Aisyah : Sedang mengambil kursus intensif di rumahnya. Meneruskan kehidupan seperti biasa.


Sufian : Masih mencari idea untuk mencari dan membuat kerja sendiri kerana perlukan wang lebih.


Anda : Telah membazir waktu selama beberapa minit untuk membaca cerita ini.


*****************





So, macam mana? Cerita ni adalah kisah sebenar yang aq dapat tahu dari seseorang dan jugak dah dapat lesen untuk menceritakan dan mengolah semula untuk sesiapa saja yang nak baca. Nama dan tempat mungkin telah diubah. Peristiwa adalah >60% sebenar sebab penulis sudah mengalami amnesia yang agak kronik selepas dipukul oleh...........keyboard?


Episod sebelum ini:
1. Muhasabah Cinta (~)
2. Tersimpul Di Langit (~)


_Unifi, true feet paralyzer

Dec 30, 2011

Perlukah (?)

Имам ли нужда от снимка блог?


저는 사진 블로그를해야합니까?


我需要一个照片博客


?האם אני צריך בלוג צילום


મારે ફોટો બ્લોગ જરૂર?


أحتاج إلى بلوق الصورة؟


Do I need a photo blog?


Adakah saya perlu blog foto?

Tazkirah Jumaat (~)



Suatu hari, Amirul Mukminin Umar bin Khattab sedang berjalan di tengah lorong kota Madinah. Pandangan matanya terhenti pada seorang anak kecil yang sedang bermain dengan seekor burung pipit, sebagaimana lazimnya anak-anak bermain layang-layang. Dalam hati Umar, timbul belas kasihan pada burung pipit lemah itu. Umar lalu membeli burung tersebut dari anak kecil itu, kemudian melepaskannya.

Beberapa tahun setelah Umar bin Khattab meninggal dunia, salah seorang sahabatnya bermimpi bertemu dengannya. Sahabatnya itu lalu bertanya, "Ya Umar, apakah yang dilakukan Allah terhadap dirimu?" Umar menjawab, "Allah mengampuniku dan melepaskanku dari belenggu siksa." Sahabatnya itu kembali bertanya, "Sebab apakah hingga Allah mengampunimu dan melepaskanmu dari belenggu siksa, apakah karena kedermawananmu, keadilanmu atau kerana kezuhudanmu terhadap dunia?"
  
Umar lalu menjawab, "Ketika orang-orang yang mengantarkan jenazahku telah pulang, aku sendirian di dalam kuburku. Lalu datanglah dua malaikat ke dalam kuburku. Aku merasa takut sekali hingga seluruh tubuhku gemetar dan aku hilang kesadaran. Lalu kedua malaikat itu mendudukkan aku. Tapi, ketika kedua malaikat itu hendak mengajukan pertanyaan kepadaku, tiba-tiba aku mendengar suara, 'Hai Munkar dan Nakir, tinggalkanlah hamba-Ku Umar bin Khattab. Janganlah kalian tanya dan jangan kalian takut-takuti. Aku menaruh belas kasih kepadanya dan bersedia melepaskan dia dari belenggu siksa-Ku. Sebab di waktu di dunia dia menaruh belas kasihan pada seekor burung pipit. Maka Aku curahkan belas kasih-Ku untuknya di akhirat.'"

Serupa dengan riwayat itu adalah kisah mengenai Al Ghazali. Pada suatu hari Imam Al Ghazali tengah menulis kitab dengan penanya. Ditengah-tengah menulis kitab itu, tiba-tiba ia melihat seekor lalat terbang di sekitarnya, dan tak sengaja hinggap di tempat tintanya. Imam Al Ghazali, yang kasihan menyaksikan lalat itu menggelepar-gelepar berusaha melepaskan diri dari kubangan tinta yang lengket, langsung mengangkat lalat itu. Beliau lalu membersihkan tubuh lalat kecil itu dari tinta dan mengeringkannya dengan hati-hati, agar tidak menyakiti lalat tersebut. Setelah itu beliau membiarkan lalat itu kembali terbang dengan bebas.

Ketika Imam Al Ghazali meninggal dunia ada ulama yang bermimpi bertemu beliau. Ulama itu lantas bertanya, "Wahai Hujjatul Islam, apa yang telah Allah berikan kepadamu?" Dalam mimpi itu, Imam Al Ghazali menjawab, "Allah telah mengampuniku dan mencurahkan rahmat-Nya kepadaku." Ulama tadi kembali bertanya, "Apakah itu kerana kealimanmu dan banyaknya kitab-kitab bermanfaat yang telah kau tulis?" Imam menjawab, "Bukan kerana itu semua, tetapi Allah mengampuni dan mencurahkan rahmat-Nya padaku, disebabkan kerana belas kasihku kepada seekor lalat."

Ombak Rindu Download (!)



Filem Ombak Rindu hasil karya novelis Fauziah Ashaari, Izzah, gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha cukup tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bala dalam keluarga mereka.

Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak ayah saudaranya walaupun hatinya meronta.

Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz sanggup 'membeli' Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu.

Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Apakah mereka bermadu?



***************


Jadi, korang dah tengok dah cerita ni? Aq belum TAPI masih menanti. Sebabnya, ada jugak dengar cerita ni tahap dia sampai Titanic versi Malaysia la...apa la. Ada pulak orang tu cakap yang cerita ni, FX (baca: effect atau kesan) dia terkesan pada kedua belah jantina.

+ Kedua belah jantina? Macam lain benar aje bunyinya tu?

- Tak kisah la. Asalkan yang aq tahu, kesan dia teragak hiperbola ke? Yang lelaki akan gelak habis-habisan. Yang perempuan, menangis berkolam-kolam *ok, aq hiperbolakan dia.






Genre: Romantik
General Release Date: 01 Disember 2011
Distributor: Astro Shaw Sdn. Bhd.
Cast: Aaron Aziz,Maya Karin,Lisa Surihani,Bront Palarae,Azizah Mahzan,Zaidi Omar dan Normah Damanhuri
Director:Osman Ali
Release Name:Ombak Rindu[2011] DVDRip Mkv-KaRL[JWG]
Size: 931 Mb
Quality: DVdRip - Mkv 704 x 433 756kbps, LiNE audio - 192kbps VBR MP3
Runtime: 2 Hour
Filename: Ombak Rindu[2011] DVDRip Mkv-KaRL[JWG]

Subtitle: None



TAPI.

Ada jugak yang cakap....


"Lagi bagus korang tengok Kung Fu Panda 2 dari
tengok Ombak Rindu. Sebab filem PANDA tu lagi banyak
ciri-ciri Islamiknya dari ONGBAK RINDU ITU."

*diolah oleh siapa entah

Dah tu, nak tengok ke tak? Macam malas nak beli tiket wayang atau ASTRO First? Meh sini aq nak bagi satu cara. Tapi tak pasti la ok ke tak. Kita cuba-try-test dulu.
Senang cerita korang pergi je kat sini.




MediafireDownload
http://www.mediafire.com/?16i7u3ary1uxqnw
http://www.mediafire.com/?gfsbasfr7ab77mh
http://www.mediafire.com/?kxabgo4h158ym3h
http://www.mediafire.com/?jnfe1e4u101hm49
http://www.mediafire.com/?7b727u27hyqpybt
Fileserve

Filesonic
Filejungle
Oron

Pisau Kocek Dan Unifi (~)

_pisau kocek

Atau nama biasanya, pisau lipat, juga disebut pisau tentera (baca: Swiss Army Knife). Dah ter-biasa pulak bawak benda ni pergi mana-mana~




Aq harap sangat pisau poket aq macam ni. Tapi, malangnya disebabkan oleh duit yang suka menghilangkan diri, benda ni cuma ada dalam Internet saja bagi aq...



*kan best kalau ada ni:
|
|
|
|
|
|
|
|
|
\/



Stylo sikit!





*newcomer to my PC system

Dah tak cari lain dah! *gaya nak kahwin lagi~


KECUALI


Kalau ada yang lagi hebad! *dan mampu bayar la...

Sudu (~)


Dan sebab tu aq memang, tersangat benci+taksuka basuh sudu.....

Dec 29, 2011

SOVEREIGN 2011/2011 (~)



*Now that's a very high ambition*





Apa yang dah berlaku takkan berulang, kan? Jadi, biarlah memori terus jadi memori. Sebab memori takkan berubah jadi realiti kecuali dengan izin TUHAN, mampu berulang...dan aq pun rasanya dah terlalu banyak nak dikumpul untuk tahun ni. Dan diputuskan untuk aq buang pindahkan memori ni ke tempat yang sepatutnya....


EXTERNAL DISK 1TB


+ kau ada ke??

- err....nanti aq belilah!

+ heh! ye sangat la nak beli....

- Laa! Yang kau tu, tak daftar2 lagi nak amek lesen!~

+ Err.....thehehehe~





**********************

Jadi, kita mulakan dengan sukan aq (?)
.
.
.
.
.
.



Sekarang aq dah rindukan bola tu~~ T__T
2 tahun je dapat main bendalah ni. Dah tu, mana nak cekau court kat sini?!









YEAH!! The Crew!! Berita baru diorang dapat jemputan buat persembahan
dekat dinner KUATAGH~~







 

Dah lupa dah masa ni. Nak daftar..........konon.








*Aq xtahu motif gambar ni...

Dah la Amani tak ada. Buang masa jugak la sebab baik baca buku. Padahal tengah SPM tuh~







Hehehehe.....like, father, like son~







Antara benda sengal yang kitorang buat. Err....aq rasa tak terlibat kot.
Padahal aq pun tolong jugak undi si Zuhdi tu~






The Sudent Representative Council

Diorang yang tolong kitorang UNTUK tolong cikgu sampai sekarang.....walaupun ada ura2 yang mengatakan bahawa budak2 Form *punca kuasa 2* (16) yang tak puas hati dengan diorang....nak tahu?
Tak payah susah-susah cari.....meh sini~
*Nama mungkin telah ditukar atas sebab-sebab tertentu~








Muka-muka kami.....walaupun ada yang berulang muka. Kembar? Terpulang.




And, last but not even a bit of least of it....
.
.
.
.
.
.
.


Gangster MAKTAB.........

Even Android Has A Heart (~)



_even *what has a *what?


Hahahaha!! Baru habis lukis bendalah ni. Padahal ambil kurang 5 minit je pun....Tiba-tiba saja dapat idea nak lukis sesuatu. Lukisan konsep.

+ Denial of a human from being a robot

-  or a denial of a robot being a human?

Entah. Yang pasti, dengar lagu kat radio boleh bagi idea *sikit la nak lukis apa lepas ni. Ingatkan nak buat macam sape tuh? Sape entah....

Tumblr? Is an option, but not a choice. *ada beza ka?

*ingat nak asah balik skill melukis+menjahit

Dec 28, 2011

Berzina Di Masjid (?)


 

KOTA BHARU – Hasrat sepasang kekasih untuk melampiaskan gelora nafsu serakah mereka di dalam bilik mandi sebuah masjid di sini kelmarin tidak kesampaian apabila dicekup oleh penduduk kampung.

Perbuatan terkutuk pasangan belasan tahun tersebut untuk memadu asmara berjaya dikesan oleh jemaah sebuah masjid di Kampung Pasir Tumboh, dekat sini setelah menyedari terdapat motosikal diletakkan di pekarangan kawasan tersebut. 
 
Seorang penduduk yang dikenali dengan panggilan Pok Cik Ya berusia 60-an memberi­tahu, kira-kira jam 4.20 petang dia melihat terdapat seorang remaja perempuan yang ber­baju kurung memasuki bilik mandi bersebelahan dengan tandas wanita. 
 
Menurutnya, sejurus itu terdapat seorang lelaki memasuki bilik sama dan dia terus memaklumkan kepada jemaah masjid yang bersiap sedia untuk mengerjakan solat Asar berhubung kelakuan mencurigakan itu. 
 
“Selepas beberapa minit berada di dalam bilik mandi, sekumpulan jemaah bertindak mengetuk pintu tetapi pasangan terbabit enggan membukanya. 
 
“Beberapa minit kemudian pasangan terbabit membuka pintu tersebut dan remaja lelaki tadi keluar lalu melarikan diri, dengan meninggalkan teman wanitanya yang kemudiannya menyusul keluar dengan berpakaian lengkap,” katanya ketika ditemui di masjid tersebut semalam. 
 
Bagaimanapun katanya, lelaki terbabit yang cuba melarikan diri dari masjid itu berjaya ditahan semula oleh penduduk kampung kira-kira 200 meter dari masjid tersebut. 
 
”Dengan kerjasama penduduk kampung dan jemaah masjid berkenaan, kita menahan pasangan terbabit dan pada masa sama kita menghubungi keluarga masing-masing untuk tindakan lanjut,” katanya.
 
Dia berkata, sejurus kemudian, keluarga pasangan terbabit datang ke tempat kejadian untuk berbincang sebelum membawa pulang ke rumah masing-masing. 
 
Katanya, pasangan terbabit dipercayai bukan penduduk di kawasan berkenaan tetapi perbuatan keji itu mengejut jemaah masjid dan penduduk kampung apabila terserempak mereka melakukan perbuatan maksiat di dalam bilik mandi yang terletak di dalam kawasan masjid. 
 
Menurutnya, kelakuan pasangan terbabit telah mengaibkan orang Islam kerana menggunakan kawasan masjid melakukan maksiat dan remaja sekarang sudah tidak mempunyai perasaan malu serta takut untuk melakukan perbuatan terkutuk di masjid. 
 
Katanya, sepanjang tinggal di kampung ini, tidak pernah berlaku kejadian seperti ini dan penduduk terkejut apabila ia dilakukan penduduk bukan tempatan.
 


*komen korang?
 

Dec 27, 2011

Sunan Musafir (?)







Nah, amekaw! Buku ke-6 siri Pahlawan Laksamana Sunan...


Belum keluar lagi laa~









*sebab tu aq suka naik motor...

_amacam?


update Sunan Musafir : sini

Bulan Purnama Wajahmu (~)



"Hati ini mula berdebar kencang
Peluh dingin mula mengalir berkeringat

Ah.

Inikah yang dinamakan fitrah cinta?
Membuatkan imanku tergugah seketika
ketika memandang wajah redupmu, mata galakmu yang mampu
membuatkan bulan tertunduk malu,
yang menjadikan bintang-bintang menari di kulit langit.

Mawar merah itu berembun di kelopaknya
Terbias warna merahnya ke sekeliling
Ternyata kamu seperti mawar merah itu, cantik.
Namun berbisa.
Persiapan rapi perlu tersedia,
untuk menyunting si mawar berbunga.

Aah! Sudah berkali!

Sudah berkali-kali hati berteriak, "Tidak!"
kerana tidak mahu cinta itu menyaingi cinta pada-Nya,
Rasul-Nya
Ibu bapanya.
Kerna oranng kata, cinta seperti itu merupakan zina,
zina hati yang berbisa.

Tetapi,
bukan cinta yang harus diletakkan di kandang mahkamah
Kerana cinta itu suci,
tulus lagi murni.
Hanya kerna tangan durjana manusia,
Cinta dipersalahkan atas semua noda?

***************


Mood : Agak mengantuk
Music : Khalifah - Ni Hao Ma

_bingitpunyalagu

Puisi. Puisi lagi. kejap. Puisi lagi? Hahahaha!! Cool-chill-relax la bhai...baru habis baca Kidung Selawat Zaki & Zulfa laa. Terasa dengan dia punya gaya bahasa, jadi aq pun cubala ambik sikit ayat dia. Cerita cinta bukan sekadar cinta. Cerita resah seorang putera kiai dalam mempertahankan maruah pesantren dan dirinya sekali.

Tengok? Terasa pulak Indo nya....dah, dah. Baik aq layan cerita.

Kejap. Ada cerita ke dalam kupu-kupu malam ni?

_sinarpurnamawajahmu

Dec 26, 2011

Pesanan Cikgu Awal Tahun (~)



Tingkatan 1 : Selamat datang ke sekolah menengah..









Tingkatan 2 : Jangan banyak main, tahun depan PMR...










Tingkatan 3 : Tahun ni kamu PMR, buat elok-elok. Nak tentu bidang apa masa Form 4 nanti....












Tingkatan 4 : Jangan ingat kamu honeymoon tahun ni, ya?!










Tingkatan 5 : Tahun ni SPM. Jangan ingat nak bercinta aja. Masa depan kamu ni...






Habis SPM ?



*it will never ends....

Dec 22, 2011

Things To Do (~)









_hungry

Just a quick post. Further information and registeration, just click at the link.

_eat

Dec 21, 2011

Hachimitsu to Kuroba Download (~)

_berulang makan biskut dan coklat



Hachimitsu to Kuroba

Atau lebih senang dikenali dengan Honey and Clover. seriously, antara J-Drama/Anime yang aq paling syok tengok. entah apesal, mungkin sebab cerita dia yang berputar atas kehidupan dekat kolej *kot. Apa-apa pun, kalau korang nak tengok, boleh je cari online. Tapi kalau nak download yang J-Drama punya, boleh je ikut sini :

Honey and Clover Episode 1 : Download – honey_and_clover_ep01_hdtv[ls-sars].avi
Honey and Clover Episode 2 : Download – honey_and_clover_ep02_hdtv[ls-sars].avi
Honey and Clover Episode 3 : Download – honey_and_clover_ep03_hdtv[ls-sars].avi
Honey and Clover Episode 4 : Download – honey_and_clover_ep04_hdtv[ls-sars].avi
Honey and Clover Episode 5 : Download – honey_and_clover_ep05_hdtv[ls-sars].avi
Honey and Clover Episode 6 : Download – honey_and_clover_ep06_hdtv[ls-sars].avi
Honey and Clover Episode 7 : Download – honey_and_clover_ep07_hdtv[ls-sars].avi
Honey and Clover Episode 8 : Download – honey_and_clover_ep08_hdtv[ls-sars].avi
Honey and Clover Episode 9 : Download – honey_and_clover_ep09_hdtv[ls-sars].avi
Honey and Clover Episode 10 : Download – honey_and_clover_ep10_hdtv[ls-sars].avi
Honey and Clover Episode 11 : Download – honey_and_clover_ep11_hdtv[ls-sars].avi


kalau nak yang .torrent file punya, ikut sini :

Hachimitsu to Kuroba (Honey and Clover) [11]
01 02 03 04 05 06 07 08 09 10 11


_perut dah sebu...

Dec 20, 2011

Malaysia-Indonesia (~)


KAMI PAHLAWAN PERDAMAIAN
MALAYSIA-INDONESIA

BAGAIMANA DENGAN

ANDA?

***********

_lesen harga dia RM899

Hahaha!! Ni barulah betul namanya serumpun senusantara. Kan bagus kalau ada lagi page banyak-banyak macam Malaysia-Indonesia Sahabat Selamanya ni. Janganlah asyik nak bergaduh sana, ganyang sini. Ada siapa ajar dengan bergaduh tu boleh selesai masalah?

Good Job, people!!

_lesen, lesen...

p.s: baru tahu 'indon' tu makna dia 'orang gaji'...

Sebenarnya...(~)



*the truth is sometimes hard to swallow....

Ariff Alfian VS PETRONAS (?)

Ariff Alfian Rosli, Pelajar Tajaan PETRONAS Kahwini Teman Lelaki Di Dublin



_dunia

Mesti korang ada terbaca pasal benda ni kan? "Ariff Alfian, Pelajar Tajaan PETRONAS Kahwini Teman Lelaki di Dublin". Gay? Gay kah mereka?

|
|
|
|
|
|
|
|
|
\/


*ya, mereka



Satu kemusykilan terpampang di sini. Siapa sebenarnya yang lelaki dan siapa sebenarnya yang berlagak macam 'bukan lelaki' ? Kalau nak cakap si budak Ariff ni yang 'bukan jantan' cuba tengok benda ni. Cer tengok, cer tengok...


|
|
|
|
|
|
|
|
\/




*which is which ? -__-''




*geli SIOT!!



 *keluarga yang 'bahagia'



Aq nak doakan biar si Ariff tu dapat balik kembali ke jalan yang benar. Aq nak hina-caci-maki dia pun takdak guna. Bukan dia dengar pun. Internet? Pergh, entah bukak entah idak la berita dia tu. Doa jela untuk dia....






Masalahnya, mukminkah aq...?







Terbaca pulak kes ni....


************

KUALA LUMPUR: PETRONAS menamatkan penajaan Ariff Alfian Rosli, bekas pelajar yang didakwa berkahwin dengan pasangan sejenis di Dublin, Ireland, berdasarkan keputusan dan pencapaian akademik tidak memuaskan yang melanggar syarat perjanjian pinjaman.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan semalam, Jabatan Perhubungan Media, Bahagian Hal-Ehwal 
Korporat Kumpulan PETRONAS, syarikat itu memutuskan sedemikian pada Januari 2009.

PETRONAS sekali gus mengesahkan Ariff Alfian adalah bekas pelajar tajaannya di bawah skim Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah Petronas bermula September 2001 untuk mengikuti kursus A-Level dan seterusnya melanjutkan pengajian peringkat ijazah perubatan di United Kingdom.

“Setelah menamatkan kursus A-Level, Ariff Alfian memohon dan diterima memasuki University College Dublin. Sepanjang tempoh pengajian di Dublin, Ariff Alfian tidak pernah menghadiri sesi perbincangan berkala dengan Penasihat Pelajar PETRONAS dan tidak membalas sebarang emel serta panggilan telefon walaupun banyak usaha dibuat untuk berhubung dengan beliau.

“PETRONAS sudah mengadakan beberapa perbincangan berkaitan perkembangan akademik dan penajaan beliau dengan bapa beliau, Rosli Haron. Salah satu perbincangan ini bertempat di Dublin dan dihadiri sendiri oleh Ariff Alfian dan bapanya,” menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun, menurut kenyataan itu lagi, Pegawai Penasihat Pelajar PETRONAS sentiasa berhubung dengan Kedutaan Malaysia di Dublin apabila menyedari Ariff Alfian tidak pulang ke Malaysia selepas penajaannya ditamatkan, kerana bimbang terhadap keselamatan dan status beliau di Ireland.

Pada Mei 2009, PETRONAS mengeluarkan notis tuntutan bayaran balik pinjaman berkenaan kepada Ariff Alfian dan penjaminnya mengikut peraturan serta syarat perjanjian yang sudah ditetapkan dan juga dipersetujui oleh kesemua pihak.

“Sehubungan itu, perbincangan juga sudah diadakan dengan penjamin pada pertengahan tahun ini mengenai pembayaran balik pinjaman berkenaan. Sehingga kini, PETRONAS masih belum menerima sebarang maklum balas mengenai perkara itu, walaupun surat peringatan sudah dihantar pada 6 Disember lalu.

“Adalah penting bagi PETRONAS menerima pembayaran balik pinjaman ini untuk dimasukkan semula ke dalam dana penajaan pengajian tinggi bagi keperluan bakal pelajar tajaan PETRONAS pada masa hadapan,” menurut kenyataan itu.


**************


Jadi, macam mana ni Ariff Alfian?

p.s: nah, baca sikit *berjela pasal gaymuslims