Jaket kulit di tangan terus disarung ke tubuh. Tak pernah terfikir di benak minda bahawa dia akan melakukan perkara itu. Mungkin orang akan berkata yang macam-macam, tapi dia tetap dengan pendirian sendiri. Asyik melayan perasaan, tidak sedar bahawa ada sepasang mata coklat hazel sedang memerhati dari jauh.....
**************
Perpustakaan itu masih sunyi. Dia melirik mata ke G-Shock biru di atas meja. Pukul 9.30. "Patutlah," bisik mindanya. Keliling dibawa kepala untuk memerhati. Terasa sunyi pulak dekat perpustakaan ni. Itulah, tadi diajak belajar kat rumah saja, tak mahu! Kan dah kena pada kat batang hidung sendiri, rasa belajar keseorangan. Patut diajak saja dia belajar sama-sama, tak adalah bosan cenggini!
************
"Argh!" jerit dia sendiri. Tak tahanlah tu. Baru terjatuh sikit dah merengek. Belum terjun bangunan sepuluh tingkat lagi. Baru paras 10 anak tangga, adalah! Baru setahun jagung dalam benda ni, dah nak cuba main back flip. Kalau tak reti, boleh diajarlah. Ni siapa yang parah sekarang ni. Nak jawab lagi dengan mak bapak dia dekat Setapak nun. Jangan ingat kau datang dari dunia breakdancing, boleh masuk dunia parkour sesuka hati. Dunia lain tu!
************
Okay, aq tau aq xpandai sangat buat cerita.
Dah berapa kurun aq xmenaip sendiri.........
No comments:
Post a Comment