Kepada BF anak aku,
Peraturan 1:
Kalau kau sampai kat pagar umah aku pastu dok hon…hon… pastikan kau bawak barang yang nak dihantar… sebab kau takkan ambik apa-apa atau sesiapa.
Peraturan 2:
Jangan kau pegang-pegang anak aku depan atau belakang aku. Kau boleh pandang dia, selagi mata kau tak merayau lebih dari paras leher anak aku. Kalau kau tak boleh jaga tangan kau dari dok pegang-pegang anak aku… aku boleh tolong cabut dan jaga tangan kau kat rumah…
Peraturan 3:
Aku tau sekarang ni fesyen budak-budak pakai seluar londeh sampai nampak boxer atau spender. Aku ni open-minded, so aku takkan suruh kau pakai seluar tu elok-elok macam manusia normal.
Tapi, bagi memastikan yang seluar kau takkan terbukak atau dibukak semasa ber’dating’ dengan anak aku, aku akan pakai stapler gun kat dalam laci aku ni untuk lekatkan seluar kau kat pinggang.
Peraturan 4:
Aku rasa mesti kau tau pasal kempen seks ‘selamat’ yang omputih dok canang hari-hari kat tv atau kat internet. Kalau tak pakai perlindungan cam kondom atau lain-lain, kau mungkin akan dapat penyakit yang mungkin membunuh kau satu hari nanti.
Meh sini aku nak bagitau, kalau ngan anak aku ni, aku lah pelindung tuh..dan aku akan mendatangkan sakit kat tubuh badan kau dan kemungkinan besar akan bunuh kau jugak. Paham?
Peraturan 5:
Biasalah kalau kau nak berkenalan lebih baik ngan aku ni sebagai calon bapak mertua… kau nak berbual pasal politik, pasal sukan atau lain-lain topik semasa. Aku tak mau dengar semua tu.
Satu je topik yang aku minat nak dengar: bila ko nak hantar anak aku balik ke rumah ni semula? Dan jawapan yang aku nak dengar cuma: “Awal.”
Peraturan 6:
Aku rasa kau ni hensem, popular kat kolej/pejabat kau, banyak peluang nak dating ngan aweks-aweks lain yang lagi kiut-miut… aku takde hal ngan kelebihan kau tu… selagi anak aku pun ok dengan kepopularan kau.
Tapi, sekali kau dah couple ngan anak aku, kau jangan pandai-pandai cari perempuan lain sampai la anak aku dah bosan ngan kau atau dia break-off dengan kau. Kalau kau buat anak aku nangis, aku pun akan buat kau menangis.
Peraturan 7:
Sementara kau menunggu anak aku bersiap, jangan dok mengeluh kalau dia bersiap lama sangat. Kalau kau nak orang yang punctual, kau boleh dating ngan minah askar. Kalau kau bosan menunggu kat luar tu, tolong le wat ape yang patut, macam basuh keta aku atau cat pagar rumah aku ni.
Peraturan 8:
Tempat-tempat berikut adalah dilarang sama sekali korang pergi dating; tempat yang ada katil, ada sofa, ada rumput atau apa-apa tempat yang boleh duduk-duduk atau baring-baring, tempat-tempat yang tak ada kehadiran orang tua, polis, dan tok imam.
Tempat-tempat yang gelap. Tempat-tempat yang membolehkan korang berpegang tangan/menari atau bersukaria. Tempat2 yang panas sampai membuatkan anak aku terpaksa pakai tshirt takde lengan, pakai short skirt. Tempat yang sejuk sampai ko kena panaskan badan anak aku.
Movie yang romantic, berunsurkan cium2 tu elakkan. Movie pasal seksa kubur atau hari kiamat dibolehkan.
Peraturan 9:
Jangan sekali-kali menipu aku. Aku ni nampak jer perut buncit, kepala hampir botak,macam orang biasa tapi aku sebenarnya seorang spy tau… aku boleh tau semua pergerakan ko dari network spy-spy aku.
Kalau aku tanya kau nak pegi mana, dengan siapa lagi yang join ngan korang, kau ada satu peluang jer nak jawab dengan benar, tiada yang tak benar melainkan benar belaka. Aku ada satu senapang patah, satu cangkul dan lima ekar tanah yang penuh hutan kat belakang umah aku ni.
Selalunya aku dok menembak khinzir kat situ. Kalo aku tembak kepala ko kat belakang tu, takde sapa yang nak tanye. Jangan main2 ngan aku.
Peraturan 10:
Ko patut takut ngan aku ni..kalo boleh biar sampai sangat2 takut. Aku ni dok teringat2 lagi peristiwa bukit kepong. Sampai skang kalo ada orang datang umah senyap2 pastu dok berbual kat laman aku nak tembak..aku ingatkan komunis.
Nanti dah abih dating, sampai kat pintu pagar, bukak pintu kereta dan angkat dua2 tangan ko tinggi2. Cakap dengan jelas “saya datang antar anak pakcik”. Pastu terus blah. Tak payah masuk minum teh. Kilauan matahari yang ko nampak kat tingkap umah aku ni ialah teropong senapang sniper aku.
Sekian, Yg ditakuti,
Bapak Kepada GF ko.
No comments:
Post a Comment