Jun 6, 2011

Aq Baca Novel Jiwang Karat (?!)

Tangan dia dah mencelah menggagau di depan. Mata melilau macam burung helang nak cari mangsa. Tangan dan mata mendapat arahan dari neuron-neuron otak yang bekerja keras mengalirkan arus elekktrik dan neurotransmiter.. Sedangkan naluri hati berkata:



"Betul ke apa yang aku nak buat ni?"

Tapi otak yang dikaburi dengan asap hasutan syaitan yang direjam terus melawan. Memaksa untuk dia melakukannya. Terus memberi seribu satu alasan untuk melakukan perbuatan tersebut.

"Ala, buat ajelah. Nanti melepas, kau jugak yang rugi."

"Betul ke aku yang rugi?"

"Iye, nanti jatuh kat tangan orang lain, menangis air mata klorin pun tak ada gunalah."

"Tapi, bukan ke benda ni haram? Kalau haram, syok lepak macam mana pun aku tak nak dan tak sanggup nak buat!", tegas hati memangkah.

Dan begitulah ceritanya. Sambil kaki melangkah keluar, hati dengan tenang berkata,"Alhamdulillah, ikut rasa, binasa. Ikut kata iman, InsyaAllah, aman sentiasa". Dan diri pun bersyukur kerana dapat melangkah pergi dari godaan rokok yang selalu diagung-agungkan oleh rakan-rakan dan bisikan syaitan.

*********************

Err, apa aq melalut ni? Tu la kalau dah xde idea sangat nak menaip apa kat blog ni. Entah, maybe otak ni dah xde perasaan ataupun idea nak menulis pasal diri sendiri. Asyik berpusing nak menulis cerita je kerjanya. Tapi nak menulis apanya, komik si Haida tu pun x siap-siap lagi. Komik dengan Red-One tu xyah bilang laa, mula pun belum. Inikan pulak nak menulis cerita sendiri.

+Aq rasa baik kau pergi belajar laa...

-Belajar memang la nak belajar tapi.....tunggu balik M.A.K.T.A.B eyh?

+*Sigh. Suka hati kau lah...



Yup! Memang suka hati aq. Dan suka hati jugak kalau nak men-download movie sebanyak mungkin. Dan suka hati jugak kalau aq nak baca novel sebanyak mungkin. DAN suka hati jugak kalau aq nak menaip apa aje.

+E'eyh, jap-jap. Novel? Perghh...jiwang karat gila mamat ni!!

+Novel? Baik kau pergi baca buku sekolah la wei~

+Hahaha!!! Baca novel apa barang. Jiwa leleh x ingat...

Eh! Jap-jap-jap. Let me explain to you about this (ceh! speaking lak die nih). Yelah aq baca novel. Tapi apsal aq kena jiwang-karat-jiwa-leleh in?

*ingat aq macam ni ke??

Err, ada la kot sekali dua. TAPI, sekali dua je eyh (!).

*Sebab bukan semua novel aq jiwang-karat-leleh-air-mata-waterfall aje.

* Novel Islamik aq layan.


*Novel sejarah aq layan.


Novel bodoh-bodoh aq layan.


Novel yang thrill-thriller-bunuh-orang-seksa-orang aq layan.

Eventhough, memang kalau nak kira ratio antara novel yang aq beli tu, boleh menang dengan cemerlang la novel spesies jiwang ni. Tapi, jiwang-jiwang pun, HLOVATE ape. Pengajaran disampai dengan terang.

Dah sampai sekarang, kalau bawak HLOVATE balik maktab, ada jugak yang hilang bila nak mencari. Tu yang aq mula jalan penyelesaian baru:



1. Beli novel islamik.

Pasal apa? Ramai yang baca HLOVATE ni nak baca
part orang kahwin, tu je. Boleh kira kut berapa ramai yang baca
Rooftop Rant kalau nak dibanding dengan aA+bB.

2. Baca e-Book.

Aha! Yang ini aq suka. Baru nak buat naik sekolah ni.
Kalau nak baca kena pinjam lappy Bob la gamaknya. Entahlah.
Tapi kurang-kurang dapat free la. Download je mana-mana.
Nak baca pun, duduk la dalam bilik aq tu, xyah nak bawak lari mana-mana.

Tapi.

TAPI.

DISADVANTAGE: MANA NAK CEKAU NOVEL MELAYU??!!


Tu jela kot hari ni. Tengah baca novel "Khalifah-khalifah Yang Benar" dengan "Digital Fortress"(e-Book). Xtau dapat x nak menghabiskan sebelum naik sekolah. Nak pinjam lappy Bob. Tak dapat, Ella. Tak dapat, Nuna. Tak dapat jugak, aq xtau nak buat apa dah.



p/s:betul x sekarang ramai orang tulis macam ni?

|
|
|
|
|
\/

No comments:

Post a Comment