"Huh, huh, huh.."
Degup jantung semakin laju menghentak dada. Keringat dah mula membasahi jersi basketball dia. Tapak kaki pun dah terasa panas macam berjalan atas tar tanpa high-cut Edwin dia. Mata dah ternampak zero spot nak ambil pass dari L.
"Stop ball! Stop ball!" Arah Haris sambil buat isyarat T dengan tangan dia. Haish! Ini mesti ada yang tak kena dengan play hari ni. Haris tu, kalau tak awek dia, weak play je yang boleh paksa dia stop ball masa tengah syok main! L dah penat dah kalau asyik macam ni aje. Ni kalau nak kira dah masuk 4 kali dah dia suruh stop ball hari ni.
"Imm, berapa kali aku dah cakap kan, nak dribbling bola tu betul-betul la sikit. Kasi steady stand kau tu."
"Iyelah," Imm mengangguk. Dia faham, malah tak terasa hati pun bila Haris tegur tadi. Kalau dah asyik main bawah board aja tiap-tiap hari, nak dribble pun kekok semacam. Ni kira kena bertatih balik la.
***********
"Ok, ok. Last play. Lepas ni kita pergi makan." cadang L. Nak buat macam mana, perut ni dah berkeroncong tahap In The End-Linkin Park. Kalau setakat Ulek Mayang tu tak apalah jugak, dia tak lah kisah sangat!
"Rightio"
"On saja."
"Set!"
"Aku tak kisah."
"Team kalah belanja!"
"Go!!"
**********
Erk! Mampus aku kalau macam ni! Dah sorang nak makan Subway, sorang kempunan makan Baskin-Robbins. Yang lagi dua ekor tu tak kisah, pakailah diorang duit sendiri. Akhirnya diri sendiri terkena dengan cadangan "Team kalah belanja!"
Nasib kau lah Ippi!!
No comments:
Post a Comment