KLIA, Malaysia - Kebosanan menunggu dalam perut KLIA buat aq jalan-jalan cari buku dekat kedai buku. Sambil menunggu check-in nak naik Fly Emirates ke Dubai, Cinta Sufi di tangan cuba dihabiskan dengan sebaiknya. Lepas check-in, terus masuk dalam perut kapal terbang. Duduk sebelah Hayato dengan Wala buat aq tak kekok nak bergelak berketawa sama-sama.
Dan duduk dekat tempat yang sama selama 6 jam boleh buat aq keras punggung, kaki, kepala dan semualah! Transit dekat Dubai untuk 4 jam dari jam 0600 sampai 0955.
4/5/2011, 06:30
Dubai, UAE - Lepas solat Subuh, terus jalan-jalan cari makan dengan Affan. Terserempak dengan yang lain dekat Burger King. Aye, button-ku yang satu dah hilang, agak-agak nak beli balik ada lagi x? Lepas makan, jalan-jalan balik dengan Affan and the girls pergi tengok perfume. Diorang yang nak tengok eyh...eh, silap. Bau. Then, on board jam 0905 dan terduduklah aq dalam tu selama 16 jam. Movies, drama, songs and dramings. Benda tu je yang hilangkan kebosanan aq. Agak lama tidur. Bangun je terus nampak Kutub Utara. Subhanallah! Kalaulah tak tercampak aq pergi Texas ni, entah bila aq boleh terlihat padang ais seluas mata memandang dengan mata sendiri. Pastu, terus sampai Houston jam 1800.
Pergi George R. Brown Convention Center dan daftar booth . Pastu pergi Hyatt Regency Hotel tapi xboleh nak masuk lagi, so kena duduk dekat Ramada Hotel dulu. Dan takdir menentukan bahawa aq akan kehilangan phone aq dalam bas. And the last message that I got was,"Nak berdamai ke x?". Dan aq xbalas sebab akan memakan kredit aq macam Arif makan fries. Sedangkan kredit dah nak nazak dah masa tu. Harapan cuma dapat pihak I-SWEEEP dapat bagi balik Nokia aq tu.
Makan malam mak Affan yang belanja. Makan thosai ngan tanduri aje. Lepas makan baru merancang nak jalan-jalan tapi hotel management tu halang sebab dah lepas pukul 10. Hebat tak hebat! Dah tu duduk je dalam bilik sambil baca 5 Tahun 5 Bulan.
5/5/2011, 04:02
Houston,Texas - Hari ni bangun pukul 3 pagi padahal malamnya tidur pukul 11:00. Tertidur balik tapi bangun balik pukul 3:30. Terus qadha' solat subuh, zohor, asar, maghrib dengan isya'.
Menulis sambil melayan Oreo dengan Carmax depan mata. Sambung baca novel sampai subuh. Lepas sarapan, terus set up booth dan jalan balik ke hotel sebab terus check-out dari Ramada and check-in kat Hyatt Regency lepas sarapan.
Petang tu ada rehearsal for opening ceremony and the opening ceremony was on that night. Gotta say this, LOVE THE SAND PAINTING!! Dah habis ceremony tadi, jalan balik ke hotel dan terus terbaring tidur.
6/5/2011, 09:58
GRB Convention Center, Houston Texas - Bangun lambat pagi ni. Sarapan roti dengan tuna yang bawa dari Malaysia je. Takdir, Wala demam tetibe pagi tu. Tapi terus je pergi GRB for public visit. Kat sana jumpa Molly dari Virginia, Nurul dari Macedonia (I think!) dengan dak perempuan mana ntah dari Arab Saudi. Jalan-jalan kejap tengok booth orang lain, pastu duduk balik. Ternag apa yang patut kat pelawat dan terjumpa sorang pakcik ni (terlupa nama). Baik hati dia tolong bagi mesej lat phone aq, kalau ada terjumpa tolong pulang balik kat booth aq.
Yeah, jumpa gak Rohan, Greg ngan Andrew dari Dallas and also zaibidi. Dia asal malaysia tapi tinggal dekat Texas. So, Bahasa Melayu dia boleh cakap kurang la. Kawan dia yang asal Turkey tu pun lagi best cakap Melayu. Sampai-sampai je terus bagi salam dengan "Apa khabar?" dia. Ramah betul!
Dah ramai balik awal, jadi aq pun balik awal. Tapi budak perempuan pergi shopping kat Galeria. Best lah tu! Petang pergi National Houston Museum of Naturak Science. Tengok la benda-benda dekat situ. Mcam Petrosains tapi lagi syok agaknya. Malam pulak xde apa-apa yang boleh dibuat. Cuma tidur, jalan-jalan, tengok Family Guy, Crysis 2, Legend of The Guardians. Tidur jam 0300.
7/5/2011, 06:11
GRB, Houston, Texas - Solat, mandi dan bersiap nak pergi GRB. Judging time memang debar jugak. 6 judge datang masa morninig session. Padahal disebut yang ada cuma 7 je. Soalan pun cam senang-senang je. At first thought, memang tahu dah soalan ni tak layak dapat gold or even silver. Tapi masih cuba yang terbaik. Tengahari makan veg sandwich aje. Terus sambung judging lagi 2 orang.
Masa waktu senggang tu ada jugak berborak dengan Mohammet Serpi dari Turkey dan belajar sikit bahasa Turkey.
cay - teh
cevre - alam sekitar
Nasilsin - apa khabar?
Iyiyim - saya baik.
mante - gunung
Adam - lelaki
Kadin - perempuan
Kitab - buku
Dan ada jugak berborak dengan Molly. Dari pasal sistem sekolah, perasaan, Bin Laden, politik and even tentang Islam. Aq ada cuba terangkan sikit pasal solat. Harap-harap dia faham dan tak salah faham!
Dan malam tu tak pergi social event. So, that postcards AND the pens AND the pins just lying there inside the box.
8/5/2011, 07:05
GRB, Houston, Texas - Hari ni akan pergi NASA Center. Ternaik bas awal ke GRB. Jadi, kena tunggu dalam 20 minit samapi semua dah ada kat GRB. Naik bas pergi NASA. Dalam hati dah merancang nak bagi poskad secara rambang. Kat NASA ada galeri spacesuit, movie and the trip to NASA Center. Dapat tengok the real Saturn V !! And the place where the astronouts work and train. Walaupun bateri kamera dah nak habis dan telefon masih x dapat dijumpai, jadi gambar agak kurang.
Petang tu pulak jalan-jalan pergi Books-A-m=Million. Sampai tak sempat nak pergi closing dinner.
9/5/2011, 03:00
Hyatt, Houston, Texas - Hari terakhir kat Texas. Pagi je tengok iklan kat TV. Agak terpaku dengan iklan Insanity Challenge ( goinsanity.com ). Pastu Affan bangun nak join tengok iklan sekali. Dah pagi pergi Region's Bank nak cash-out duit. Ada la dalam USD 100. Terasa gak tengok Nadia dengan Kiki ambil USD 500 sorang. Dah tu, mak Affan ajak pulak pergi T.J Max. Ingat tempat yang sama diorang pergi tapi lain. Yang ini kecik sikit. Tapi beli jugak beg untuk Mama ngan Kak Ibah. Masa xkisah sangat sebab Wala pergi hospital sebab demam dia makin teruk. Pukul 2.25 baru gerak pergi airport. Dekat situ ada jugak beli poskad untuk 1 kelas. cukup-cukup aje. Dah dalam flight, tidur memanjang aje. Pastu tengok Child Genius.
11/5/2011, 08:36
Dubai, UAE - Sampai untuk transit. Tapi Dini pulak hilang pasport. Lepas je. Dalam etrminal tu melilau la konon nak beli barang. Nampak buku best, tajuk dia The Library of Gold ngan City of Veils. Dia punya jalan cerita memang best tapi tak jadi beli.
Dah nak check-in baru terkocoh-kocoh nak pergi beli t-shirt NIKE BATTLEPROOF tu. Haila, nasib baik Ella, Haziqah ngan Nadia sama lambat je dengan aq. So, in flight cam biasa la; movies, drama, lagu. Pastu Ain ajak nak beli rantai tau. Aq kira-kira la duit aq. Tiba-tiba boleh pulak ternampak USD100 terselit dalam dompet tu. Punya lah frust aq sebab baik buat belanja kat Science Museum ke, NASA ke haritu. Ni semua ada lagi USD200+ . So, nak buat apa? Simpan jela.
Gambar xde sebab internet sangat 'baik'~
No comments:
Post a Comment