Mar 28, 2011

Tips Menangi Hati Seseorang~

_hati

Hati manusia ni memang sukakan benda yang menyenangkan. Jadi, mestilah orang lain yang kena senangkan hati orang tu (ayat ape la ni..). Ni ada 11 cara nak menyenangkan hati orang lain sekaligus menambat hati seseorang.

Ingat, tambat di sini bermaksud luas. Makna general dia nak mengeratkan hubungan sesama manusia la. Cara-cara ni korang anggaplah macam anak panah yang sedia nak memanah hati manusia ni (bukan panahan Cupid atau Stupid eyh!). Tapi, jaga-jaga. Kalau 'panahan' ni digunakan dengan niat dan cara yang salah, so result dia salah jugak lah. Pastu jangan nak komen,

"Ni semua si M****b punye pasal lah org cakap aq playboya!!"

"Penipu punye M****b!! Bagi nasihat salah la wei!!"

Suka hati limpa korang la nak cakap apa. Aq cuma nak kongsi je~~

And jangan lupa bila dah usaha, berdoa dan bertawakal lah ye...


1. SENYUM


Haaa...ni cara yang paling senang and cara yang paling berkesan. Panahan yang pertama, terutama dan terpantas sekali di antara semua. Even a smile is considered as a charity. X ke senyum ni senang-senang je nak dapat pahala. Kalaulah kita bandingkan orang yang senyum dengan marah, confirm korang lagi suka tengok orang senyum kan? Kalau ada sesape yang suka tengok orang marah tu agak laa kan.

2. MULAKAN PERKENALAN

Ok, cara ni merupakan salah satu cara yang boleh bagi the deepest impact dalam hati manusia ni. Tapi panahan ni perlukan seorang penembak tepat, sharp shooter maknanya. Sebab kalau lah tersalah langkah, silap hari silap bulan, orang ingat kita p*l*k. Iye ler, xpasal2 nak tegur orang kan? Malah orang yang memulakan salam pun lebih baik daripada orang yang terima salam tu, referring to the hadith :"In greetings, the better is he who initiates greeting the other."

Dengan cara ni pun, orang konfem abes lah teringatkan kita. Kalau x ingat pun, bile TERjumpa tu, mestilah ingat pernah BERjumpa dulu,kan?

3. HADIAH


Xyah cakap banyak2 lah kan? Sape la x suka hadiah. Tapi ingat, bagi dan terima hadiah dengan ikhlas.

"Yang memberi lebih baik dari yang menerima"

4. STAY SILENT.

Nampak x benda atas tu? Ingat, lidah tu lagi tajam lagi pedang, entah lagi tajam dari lightsaber wooo~ Pick your words right and you'll find yourself loved by others.

5. JADI PENDENGAR YANG BAIK


Memang lumrah manusia yang penuh dengan masalah. So, mestilah nak cari orang nak express feeling kita kan? Dah tu, bila ada yang datang nak citer masalah diorang, dengar. Just listen to them. Terutama sekali kalau masuk orang perempuan ni. Selalu diorang cakap masalah diorang kat orang lain just sebab diorang someone to talk with. Kadang2 tu x terpikir pun nak mintak jalan penyelesaian.

6. PENAMPILAN DERR!!

Benda ni pun xyah cakap la kan? (padahal pemalas nak menaip tuh!)

7. TOLONG MANUSIA YANG LAIN


Memang satu cara yang berkesan kalau nak tawan hati orang lain. Orang selalunya akan ingat kalau ada orang lain yang tolong dia. 'Coz a simple help at the right time will mark one's name in the heart. So, tolong la dengan SEIKHLAS mungkin. Kalau takat nak tolong bab nak nak naikkan nama korang yang xberapa feymes tu...baik korang pampang la sifat 'baik' korang tu dalam paper eyh?

8. MURAHKAN TANGAN

Bukannya tangan korang tu murah. Maknanya, rajin2 la bersedekah kat orang lain. Ingat, sedekah tu bukan dengan duit aje.

The Prophet Muhammad (peace be upon him) said: "Save yourself from hellfire by giving even half a date-fruit in charity." - Sahih Al-Bukhari, Volume 2, Hadith 498

See?

9. SEMBUNYIKAN AIB ORANG LAIN


"Barangsiapa yang menyembunyikan keaiban saudaranya di dunia, nescaya Allah akan menyembunyikan keaibannya di akhirat kelak"
-mafhum hadis-

10. NYATAKAN PERASAAN ANDA


Kalau korang sayangkan seseorang, nyatakan perasaan korang tu dengan cepat. Xpayah nak sorok2 lagi. TApi kena ingat, perasaan sayang ni atas dasar berkasih sayang kerana Allah, bukan sebab nak kaya ke, nak feymes ke, ape ke...

"Tidak beriman seseorang itu sehingga dia menyayangi saudaranya sepertimana dia menyayangi dirinya sendiri."

11. BERSOSIAL


At last, sampai jugak nombor 11 ni. (aq un dah penat nak menaip ni..hehehe). Nombor 11 ni pasal bersosial. Jangan salah paham pulak. Ni bukan sosial yang macam xde batasan tu, balik zaman jahiliah sana. Sosial ni bermakna dekatkan diri dengan masyarakat. Kira ni the most crucial condition in winning someone's heart. Lagi2, dah brape banyak social site kat internet skang ni. Yelah, kalau xbergaul dengan orang, hati sape pulak la yang korang nak tambat tu nanti.

-Hati jin?

+Uishh, jangan disebut benda tu. Aq un xtau nak kenal ke x.

Dah tu rajin2 la korang mengambil hati manusia2 di luar sana ok!

p/s:aplikasi atas tanggungjawab sendiri~

No comments:

Post a Comment