Hikayat Merong Mahawangsa adalah sebuah filem epik yang penuh aksi dengan watak-watak mitos yang sarat penggunaan kesan khas visual (CGI) dan set, busana dan “props” kurun ke 2. Cerita ini mengisahkan seorang nakhoda dan pahlawan yang bernama Merong Mahawangsa yang dikatakan berasal dari keturunan Iskandar Zulkarnain.
Pada tahun 120, Empayar Rom ketika itu dibawah pemerintahan Hadrian sementara di negara China, Dinasti Han merupakan sebuah empayar yang kuat dan telah memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah.
Sewaktu angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka (dikatakan terletak di utara Malaysia) untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han.
Bagaimanapun, puak lanun dari Geruda mempunyai perancangan yang berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan. Di hujung pengairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Geruda.
Dapatkah Merong Mahawangsa menyelamatkan Puteri China dan menyatukan baginda dengan Putera Rom bagi sebuah perkahwinan yang menemukan dua tamadun besar dari negara Timur dan Barat?
SENARAI KREW & KAKITANGAN
Penerbit Eksekutif : Norman Abdul Halim
Penerbit : Norman Abdul Halim, Yusry Abdul Halim, Edry Abdul Halim
Pengarah : Yusry Abdul Halim
Muzik : Edry Abdul Halim
Pengarah Fotografi : Mat Nor Kassim
Kamera Aksi : Chau Kim Ming
Production Designer : Kek Ting Lam
Pengarah Kreatif : Johan Lucas
Pengarah Seni : Anuar Paharudin
Martial Art : Chan Man Cheng, Chong Yi Wah
Pakaian : Rosada Abdul Hamid
Make up : Mas Hashim
SENARAI PELAKON
Stephen Rahman Hudges : Merong Mahawangsa
Jing Lu: Meng Li Hua (Chinese Princess)
Gavin Rees StenHouse : Marcus (Roman Prince)
Craig Robert Fong : Admiral Liu Yun (Chinese Admiral)
Eric Karl Henrik Norman : Lycius (Roman Admiral)
Keith Chong : Chinese Emperor
Deborah Henry : Yesoddhra
W. Hanafi Su : Taji
Dato’ Rahim Razali : Kesum
Khir Rahman : Kamawas
Ummi Nazeera : Embok
Nell Ng : Ying Ying
Jehan Miskin : Embi (Malay Warrior)
Umi Aida : Lang (Mak Merong Mahawangsa)
Kuswadinata : Phra Ong
Mano Maniam : Goan 1
Ravi Sunderlingam : Sunder (Goan Warrior)
Sejujurnya aq cakap yang Cerita ni memang tarik perhatian aq lorh. Sebab cerita epik camni memang best kalau dikaitkan ngan kisah dari seluruh dunia. Saling besangkut-paut, cerita ni maybe ada elemen yang jarang kita tengok dalam filem Melayu yang lain.
Lagipun, cerita terbitan KRU Production ni memang agak istimewa dari segi penghasilan Filem menggunakan teknik CGI. Kira diorang ni dah pakar la dalam guna CGI ni an. Walaupun jalan cerita dia xsehebat cerita arahan Yasmin Ahmad or Afdlin Shauki (sebab memang dua tu je cerita yang selalu aq tengok), tapi kalau bab CGI, memang xleh nafi lagi la hebatnya KRU Production dalam hal ni. And, maybe sebab tu lah aq nak ajak sesape tengok citer ni jom!!!
No comments:
Post a Comment