Dec 31, 2010

00:01, 1 Januari 2011


Alhamdulillah...dah masuk tahun 2011 sudah kita ye? (apesal skema sgt nih??) Hahahaha!! xpe2,,dah abes dh setahun aq kat menengah atas ni, tunggu setahun je lagi. Tahun depan dh senior, and dari awal SEM2 tahun lepas form4 sume dh plan nk rollcall dak2 kat maktab tu. Tapi aq mmg malas nk masuk ah....kotor tangan aq je. Kalau diorg sroh wat pape...aq pas je kt sesape..^___^

Anyway, tahun 2011 ni cuma setahun je lagi yang kita kne pass trough. Dah nk SPM un aq mls gak nk study2 nih. Xpe2...nty2 kita cube lagi...hehehe.

Selamat Tahun Baru 2011
Semoga hari esok lebih baik dari hari ini
.
.
.
.
.
.
.
\/


Safee Sali Jadi Rebutan (!)

Petikan Harian Metro 31 Diesember 2010.

"Kuala Lumpur-Mohd Safee Mohd Sali, pemain pasukan Harimau Malaya yang baru sahaja mendapat gelaran 'Penjaring Terbanyak' pada Piala AFF Suzuki baru-baru ini telah mendapat tawaran untuk dibeli dari kelab bola terkenal, Manchester United dan Manchester City. Kedua-dua pengurus kelab tersebut kini berebut untuk membeli Safee Sali bagi memperkuatkan jentera hadapan kelab masin-masing. Pengurus kelab Manchester City, Jose Morinho mengatakan bahawa, keberadaan Safee dalam pasukan beliau akan memantapkan momentum pasukan tersebut dengan kebolehannya mengawal bola. Manakala, Sir Alex Ferguson ingin meletakkan Safee sebagai kesebelasan utamanya dalam musim akan datang. Beliau percaya bahawa Safee mampu membawa pasukannya menjulang kemenangan pada musim akan datang.

Manakala, Khairul Fahmi iaitu penjaga gol pasukan Malaysia tela dilamar untuk menggantikan Edwin Van De Sar sebagai pemegang posisi tersebut untuk Manchester United. Ferguson menyatakan bahawa Fahmi merupakan pemain yang mempunyai 'tenaga remaja' yang hebat dalam usianya."


Aq xtau korg nk caya ke tak. Aq bce pun cam,"pergh,,hebat ar cmni pemain Malaysia!". Kalau korang xcaya tengok r gambar ni. Aq amek dari website Harian Metro.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
\/


kan aq dh ckp, msti xcaye punye~~

Dec 30, 2010

Law Of Attraction

Not much to say
just watch this vid


*sori xdpt upload vid...

contest aksi gambar freestyle




Syarat-syarat pertandingan
1. terbuka kepada semua blogger/pembaca blog ini sama ada lelaki atau perempuan tiada had umur dikenakan
2. copy banner " contest aksi gambar freestyle epalgreen.blogspot.com " seperti yang terdapat di atas
3. sila sertakan gambar-gambar menarik anda bersama-sama yang tersayang seperti bersama keluarga , kawan-kawan dan lain-lain
4. lengkapkan slogan berikut berdasarkan kreativiti anda :

gambar ini menarik kerana ..........

5. tag 4 orang blogger atau lebih rakan-rakan anda
6. sila tinggalkan url contest di ruangan komen di bawah
7. sila patuhi terma dan syarat penyertaan diatas bagi mengelakkan entri anda tidak dikira atau not valid .

tarikh tutup penyertaan : 9 Januari 2011
Ini gambar saya :)



Gambar ini menarik kerana aq nampak cam James Bond Malaysia tengah kejar penjahat a.k.a abang aq yg tgh tgkp gambar ni. Masa ni kt Melaka tengah cuti-cuti Malaysia...sume orang terabur, yang kecik kt belakang tu akak aq ar tu...tgh lyn diri sndri + amekkan kasut aq skali. Tapi sayang, cuti die sekejap sgt...tapi memang best la...

*perasan tgn kanan aq wat ape? kwn aq ckp tgh pegang invisible pistol.

Tagged:

P/S : Nak Perang Ke??

Cuma gara-gara laser masa Piala AFF Suzuki aritu, orang Indon ngan Malaysia dah nak perang....malas tol aq cmni~



Dah tu, tetibe naik pulak nme Upin Ipin....

Nasib bek ade gak orang yang akal die waras lagi



Betul la orang tu ckp, xkan sebab sebijik bola kita nak hilang akal.

Ok, cuba kita buat 1 representation.....ok, bhse aq xbtol sgt.

PERHATIAN:TENANGKAN KEPALA HOTAK MASING-MASING

Senang je nak buat. CONTOHNYA, kita ambil tangan orang Malaysia ngan Indon....pastu campur2 dlm 1 guni. Bagi kat sorang budak Cina or India, suruh die pilih mne 1 tangan Indon, mne 1 tangan Malaysia. Konfem die xtau mnk pilih mne. Kalau betul un samada nasib xpun org yg kne potong tgn tu rasuah b udak tu ngan aiskrim ke, PSP ke hape.

Kesimpulannya, xguna lah racist2 ni kt dunia. Korang xpilih korang nk lahir kt negara apa, dlm family ape, even dlm perut perempuan mne ntah, korg xboleh pilih. Tu semua kehendak Tuhan....so, buat ape nk bangga-bangga ngan bangsa sendri SAMPAI merendahkan martabat bangsa lain?

Kesimpulannya, berbaik-baiklah wei....xguna gado2 psl hal remeh-temeh ni....

Cheers!!
Reminding you just in case if you forgot~
ok, 45 minit, 3 perenggan....

Award


Soalan pertama : Ucapan anda?
Sankyu to Che'Ot coz telah mengetag saya
(wujud ke perkataan tu??) even xtau dri mne dtg award ni.

+ tu la..pakcikim
- oh...ok2~~

Soalan kedua : Berikan empat ciri lelaki idaman dijadikan pasangan hidup.
L.E.L.A.K.I?? eden un laki. OK2..kita tuka pompuan wanita.
Satu :Tentu sekali yang beragama. We perfect each other ok?
Dua :Motherly instinct AND action. Pape jela yang cam mak orang.
Tiga:Funny, rational, easy to talk with.
Empat :Prefer those who shorter han me. Tapi klo takdir dh dpt yg tnggi nk wat cmne, ye tak?

Soalan ketiga : Beri satu tips untuk mengekalkan hubungan.
Satu bnde, be with Islam. Tu cara paling baik. Kalau nak taip kt sni memang berlambak lerr...

Soalan keempat : Pernah anda terjumpa doa pendekat jodoh dan doa putus cinta?
Pergh,,,mesti r penah. Kalau dh baca Mingguan Wanita tiap bulan :D

Soalan kelima : Letakkan 10 link pilihan anda dan beritahu mereka, mereka telah memenangi award ni.
1-10:Sesape je yang baca bnde nih. Silakan mengetag diri sendiri ye..

Dec 29, 2010

Signboard

Maju rupenye Kelantan,,sampai ade airport sndri ah.

Teruskan perjalanan,,awek di depan =D


agak lucah gak ni,,korang rase pasal ape??


ayat berbelit tapi bermakna...wohaa!!


Dec 28, 2010

Malam ni

Lelaki tu pandang semacam. Sekali pandang mesti orang ingat laki tu sindrom Down, tapi bukan...BUKAN. Die cuma seorang laki yang biasa n xmahu jadi macam orang lain....yang berpura-pura rugged and stylo. Dan dia yakin dengan jadi camtu orang akan kawan die dengan ikhlas.





Tak.

Ni bukan pasal aq...hahahaa!!! Bosan di tengah malam memang boleh membunuh diri lar. Baik pegi buat keje umah yang bertimbun cam gunung everest tuh. Lagipun dh xde sape nk chatting ngan aq. Abu xde, Aiman xde, Aimi xde,Cik Perempuan xde, Ms Guardian xde, Adik Bella xde....bosan aq camni.

+ Xpe2, abes wat keje nty kita bace buku eh?

Rightio~ Nak buat Bio sama Math + Add Math (cube baca dlm english!!). Lepas tu baru boleh baca novel baru. Ingat nak beli Pelangi or buku pasal duit (ngehngeh,,gile duit~) tapi xbersua muka....I mean, muka kulit buku tu lah.

Dah la, baik buat keje sekarang!!!

cmne boleh tertekan nomor die tadi?
abes kredit aq RM2 + mesej tadi...hmmm~

Dec 27, 2010

M.A.L.A.S


A-Z

A - AVAILABLE: Aq bukan brg la nk available nih,,hahaha!
B - BIRTHDAY: 14 Oct 1994
C- CRUSHING ON: Hackers
D - DRINK YOU LAST HAD: Soy milk
E - EASIEST PERSON TO TALK TO: myself
F - FAVORITE SONG AT THE MOMENT: Crowd Animation-MysteryGuitarMan
H - HOMETOWN: Ampang
I - IN LOVE WITH: babies
J - JUGGLE: in dreams
K - KILLED SOMEONE: kalau ade sebab laa...mls nk bunoh2
L - LONGEST CAR RIDE: dari rumah sampai padang besar....jalan2~~
M- MILKSHAKE FLAVOR: Chocolate .
N - NUMBER OF SIBLINGS: 4
O - ONE WISH: my wish is your command....haish!
P - PERSON YOU CALLED LAST: my mom
R- REASON TO SMILE: no reason...^___^
S - SONG YOU LAST HEARD: Crowd Animation
T - TIME YOU WOKE UP: 10.20...mlm tadi tido kol 3.30...ptot xyah tido kot
U - UNDERWEAR COLOR: give a guess
V - VEGETABLE: Me love cookies!!
W - WORST HABIT: Stalking
X - X-RAYS YOU'VE HAD MOST RECENTLY: my ankle
Y - YOYOS ARE: Lethal~~
Z - ZODIAC SIGN: Libra

RANDOM QUESTIONS ABOUT YOU

Your favorite number(s): 2,5
What color do you wear most: blue
Least favorite color: nope
What are you listening to: truck's horn
Are you happy with your life right now: as usual
What is your favorite class in school: REHAT TIME!!
Are you outgoing: maybe
Can you dance: a little....
Can you tie a cherry stem with your mouth: xpaham
Can you whistle: yup
Cross your eyes: juling eh? klo juling bole r~~
Walk with your toes curled: =.=??

DO YOU BELIEVE IN...

Do you believe in life in other planets: yes
Do you believe in miracles: 50-50
Do you believe in magic: dari kecik tau tu sume trick je~
Love at first sight: sometimes
Do you believe in Santa: NO
Do you know how to swim: nak cam katak ke...cam dugong?
Do you like roller coasters: absolutely...tapi dh lme xnaik
Do you think you could handle the stuff they eat on those reality shows: ermm,,maybe?
Have you ever been on a plane: YEAY!!
Have you ever asked someone out: yup
Have you ever been to the ocean: yup again...
Have you ever painted your nails?: pernah..ngan cat kapur..hahaha!!

THE WHAT'S
What is the temperature outside?: 30 Celcius kot...
What was the last thing on TV you watched: jangan pandang belakang congkak

THE WHO'S
Who was the last person you IM'd: my sister
Who was the last person you took a picture of: random people
Who was the last person you said I love you to: ermmm...xpenah kot~

CRYING SECTION

Ever really cried your heart out: NO
Ever cried yourself to sleep: masa merajuk dolu-dolu
Ever cried on your friend's shoulder: nah,,,nty basah baju die!!
Ever cried over the opposite sex: yup! hahaha!!
Do you cry when you get an injury: Dolu-dolu
Do certain songs make you cry: hehehe...

HAPPY SECTION

Are you a happy person: Maybe...
What do you do when you're happy: Kepala melayang to the G6!
What makes you happy: bile org xmarah2
Your happiest moment: ntah...sume yg best kot?!
Songs that make you feel happy instantly: MysteryGuitarMan's songs


CURRENTLY WEARING

What is your current hair color: Black
What shirt are you wearing: red SEP shirt
Pants: Me love SODA
Shoes: prefer sandal....maybe changing to shoes...
Necklaces: NOPE!

IN A GUY/GIRL

Favorite eye color: hazel
Short or long hair: long
Height: shorter than me..
Sense of humour?: Maybe...but not too much ^__^
Nice shoulders: NICE!
Are you okay with braces?: biase2 je...tapi klo bole xmao la..hahaha~
Piercings and tattoos: BOTH OF THEM, NO!

HAVE YOU EVER

Been to jail: whoa whoa, NO!
Mooned someone: Moon? Ms Guardian la cmtu~~
Thought about suicide: no.
Laughed so hard you cried: sometimes...
Cried in school: haha. YES.
Thrown up in a store: NEVER!
Wanted to be a model: xsuke keje model...prefer with hacking!!
Seen a dead body: yes
Been on drugs: OF COURSE!!
Gone skinny dipping: mnde nih??

THIS OR THAT

Pepsi or Coke: both of them, rejected.
McDonald's or Burger King: McDonald's
Single or Group Dates: Group
Chocolate or Vanilla: Chocolate
Strawberries or Blueberries: Blueberries
Meat or Veggies: 70-30
TV or Movie: PC!!
Guitar or Drums: Piano!! not answering da question...LOL!
Adidas or Nike: Nike
Chinese or Mexican: MALAY :P

tag? malas la...korang nak amek...silakan~

Feelhoney - Lagu Tidur

Lirik & Lagu : Hasbi Muh Ali
Susunan muzik: Farid Nuljari

malam ini ku teringat kamu
lantas ku tulis sebuah lagu
melodinya hanya sederhana
ku harap menghibur hatimu yang lara

ku ucapkan selamat malam
moga tidurmu aman dan tenteram
subuh esok jangan lupa kejutkan aku
dari mimpi, mimpi, mimpiku

jangan lupa bacalah doa
Bismikallahumma ahya waamutu
dan bila esok juga ucapkan
Alhamdulillahillazi ahyana

selamat malam sayang....

Dec 26, 2010

SEMANGAT!!




Alhamdulillah! Akhirnya menang gak malaysia lawan Indonesia tadi. 3 berbalas 0 weyh! Piala AFF Suzuki 2010 akhirnya dalam genggaman Malaysia! Tapi memang bengang gak la tengok Markus tadi jaga gol Indonesia. Melalut die punye grip. Pastu memang Safee Sali hebad tadi 2 gol die sumbat! Bangga weyh, selama ni aq jarang-jarang tengok bola Malaysia un tengok punye semangat tadi.

Nak cakap satu je tengok kesian Player Indonesiia tadi. Penyokong die leh lari mse gawat2 tu. Orang masa tengah gawat la bagi sorak kuat2. Ini tidak, pegi lari. Mana xhilang semangat player Indonesia tu. Kalau diorang bagi semangat konfem skuad Indonesia boleh lawan kurang2 masuk 2-3 gol.

Rajagobal un dah senyum sampai boleh feel2 lagi ade masuk gol malam ni. Sampai merah muka di (padahal tu kamera tu)

Apa-apa pun,,SEMANGAT MALAYSIA!!!

Tweaking Lagi!!

WorldClock (screensaver)

WordClock (screensaver)

RealDesktop (desktop)

Hedrondesk (desktop)

Hahahaha!!! Malam tadi sibuk cari bnde nih. Pagi ni baru leh wat~~
Kalau nk try korg tekan je nama dia...
Tapi rsenye xberbaloi kalau korg rse bnde ni melambatkan keje.
Still, best kot main2 ngan bnde nih!
Nak lagi pegi sini.

Terang Bulan

Terang bulan kurenung.....masa kat maktab selalu cari n makan bulan ngan Ms Guardian. Tapi bulan dh xde dh kalau kat Ampang ni. Harapan la kalau nak tengok bulan even die mengambang sampai aq jadi werewolf sekalipun. Aq selalu fikir, bunyi apa yang selalu aq dengar....

Trrrrrrrrrrrr.................

Slow je bunyik die. Aq cuba nak cover ngan selimut tebal 5 inci un xleh. Pastu aq sedar.....bulan kalau kita ngadu banyak-banyak un mna bole die dengar.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kita just terus cerita and cerita sampai kita rasa penat. In the end, kita kne teruskan hidup jugak. Macam sekarang la nih, Homework gila berlambak tapi boleh lagi adjust PC yang aq bole hadap lagi seminggu nih.

Hmmm.

1 permintaan.


Nak buat keje masa pukul 11 malam tanpa ada org kat rumah boleh x?

Dec 25, 2010

Cantik Dan Harum

Wanita sinonim dengan kecantikan. Istilah "cermin" dalam bahasa Arab dekat sangat dengan wanita – kerana cermin itu dekat pula dengan kecantikan. Bercermin untuk kelihatan cantik. Ke mana-mana wanita pergi, cermin ada di sisi.Bagi yang tidak cantik bagaimana? Mereka bukan wanita?

Tunggu dulu,setiap yang Allah cipta pasti indah kerana Allah itu Maha Indah dan suka pada keindahan. Tuhan tidak mencipta manusia hodoh, Tuhan hanya mencipta manusia dengan kecantikan berbeza. Jadi, ingat itu... setiap wanita berhak untuk cantik!

Soalnya, di manakah letaknya kecantikan sebenar pada seorang wanita? Kalau kita tanyakan kepada para lelaki maka sudah pasti kita akan temui pelbagai jawapan. Ada yang merasakan kecantikan wanitaitu pada wajah, pada bentuk tubuh, pada kebijaksanaan atau pada tingkah lakunya.

Dan pada yang menyatakan kecantikan pada wajah pula terbahagi kepada pelbagai pandangan, ada yang mengatakan kecantikannya terletak pada hidung, pada mata dan sebagainya. Pendekata kecantikan itu bagi anggapan sesetengah orang sangat relatif sifatnya. Lain orang, lain penilaiannya.

Namun sebagai seorang Islam, kita tentulah ada kayu ukur tersendiri untuk menilai kecantikan. Kita tentunya mengukur kecantikan wanita mengikut kayu ukur Islam. Dan tentu sahaja kecantikan yang menjadi penilaian Islam adalah lebih hakiki dan abadi lagi.

Misalnya, kalaulah kecantikan itu hanya terletak pada wajah, wajah itu lambat-laun akan dimakan usia. Itu hanya bersifat sementara. Apabila usia meningkat, kulit akan berkedut tentulah wajah tidak cantik lagi. Jadi tentulah ini bukan ukuran kecantikan yang sejati dan abadi.

Sebagai hamba Allah, kita hendaklah melihat kecantikan selaras dengan penilaian Allah atas keyakinan apa yang dinilai oleh-Nya lebih tepat dan betul. Apakah kecantikan yang dimaksudkan itu? Kecantikan yang dimaksudkan ialah kecantikan budi pekerti ataupun akhlak. Itulah misi utama kedatangan Rasulullah SAW – untuk menyempurnakan akhlak manusia.

Kecantikan akhlak jika ada pada seseorang, lebih kekal. Inilah kecantikan yang hakiki mengikut penilaian Allah. Hancur badan dikandung tanah, budi baik di kenang juga. Kecantikan akhlak ini juga adalah satu yang lebih abadi. Kata pepatah lagi, hutang budi dibawa mati. Malah akhlak yang baik juga sangat disukai oleh hati manusia. Contohnya, kalaulah ada orang yang wajahnya sahaja cantik tetapi akhlaknya buruk, pasti dia akan dibenci.

Ya, mata menilai kecantikan pada rupa. Akal menilai pada fikiran. Nafsu menilai pada bentuk tubuh. Tetapi hati tentulah pada akhlak dan budi. Kecantikan akhlak ini diterima oleh semua orang. Katalah orang jujur, siapapun suka. Semua orang sepakat menyayangi orang yang jujur itu disukai. Sedangkan jika menurut ukuran rupa, penilaian manusia tetap tidak sama. Sebab itu ada pepatah yang mengatakan, 'beauty in the eye of beholder'.

Rasulullah saw juga telah pernah menegaskan, sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah. Wanita solehah ialah perhiasan rumah-tangga, perhiasan masyarakat dan perhiasan negara. Jika ada ibu yang solehah, anak-anaknya tentu mendapat manfaat. Mereka akan terdidik dengan baik.

Jika ada isteri yang solehah, suami pun akan mendapat manfaat. Para isteri ini akan memudahkan urusan rumah-tangga, menjalinkan hubungan keluargha dengan penuh kasih-sayang dan lain-lain. Tuturkatanya baik, tingkah lakunya baik, senyumannya menawan dan segala-galanya indah... mereka bayangan bidadari syurga di dunia ini.

Kenapa banyak wanita yang memiliki kecantikan tetapi musnah hidupnya? Ada ungkapan yang berbunyi, kemusnahan akan menimpa bilawanita mula merasai dirinya cantik dan mempamirkan kecantikan. Sejauhmana benarnya, wallahua'lam. Tetapi apa yang pasti, menurut Islam jika kecantikan tidak disertai iman yang kuat, maka pemiliknya akan hilang kawalan diri. Akibatnya ramai wanita cantik diperdayakan oleh syaitan untuk menggoda manusia melakukan kemungkaran. Lihatlah di sekeliling kita. Kata orang, bunga yang cantik jarang yang harum! Ini sudah menjadi sesuatu yang lumrah.

[B]Tanpa iman[/B], kecantikan akan dipergunakan ke arah kejahatan dan kemaksiatan, yang akhirnya akan memusnahkan diri pemiliknya dan orang lain. Cuba kita lihat apa yang terjadi kepada bintang filem barat (di sinipun apa kurangnya), ada yang memporak-perandakan negara, rumah-tangga dan berakhir dengan sakit jiwa dan bunuh diri.

Cantik tidak salah, tetapi salah menggunakan kecantikkan itulah yang salah. Kata orang, wanita yang cantik jarang berakhlak. Umpama bunga yang cantik, jarang yang wangi. Tetapi kalau cantik dan berakhlak pula, inilah yang hebat. Umpama cantiknya wanita solehah pada zaman nabi seperti Siti Aishah RA, Atikah binti Zaid dan lain-lain.

Bagaimana mendapat kecantikan sejati? Perlu kita faham kecantikan itu bermula dari dalam ke luar. Bukan sebaliknya. Oleh itu pertama, tanamkan di dalam hati kita iman yang benar-benar kuat berdasarkan ilmu yang tepat dan penghayatan yang tinggi. Iman itu keyakinan, kasih sayang, kemaafan, sangka baik dan reda. Rasa-rasa ini buktikanlah dengan perbuatan yang baik. Bila hati baik, wajah akan sentiasa cantik.

Jadi perkara kedua ialah susulilah iman itu dengan perbuatan yang baik. Ertinya, kita atur kehidupan mengikut syariat atau peraturan Tuhan. Dan apabila iman ditanam, syariat ditegakkan, akan berbuahlah akhlak yang mulia. Wajah, perilaku dan peribadi kita akan nampak cantik sekali. Inilah yang dikatakan kecantikan yang hakiki. Biar buruk rupa, jangan buruk perangai. Apa gunanya mulut yang cantik kalau kita gunakan untuk mengumpat?

Ya, kecantikan akhlak... boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja, oleh yang rupawan mahupun yang hodoh. Itu bukti keadilan Allah yang mencipta wanita dengan berbagai wajah dan rupa... tapi peluangnya untuk "cantik" tetap serupa!

sumber:iluvislam.com

Dec 24, 2010

Tanpa Tajuk

Agak malas untuk mengupdate

tag?

naahhhh.....

Dec 22, 2010

Xde makna ape-ape...

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah

sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya

menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur

dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.

Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan

terbuka tapi lazimnya kita kita akan memandang pintu yang telah

tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang

telah pun dibukakan untuk kita. Kawan yang paling baik ialah

seseorang yang anda boleh duduk didalam buaian dan berbuai bersama

tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang

dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang

pernah dialami.

Memang benar kita tidak tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah

kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang

kita rindukan sehinggalah

‘ia’ datang memberi seseorang .Seluruh

cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda

kembali! jangan harapkan cinta sebagai balasan.nantikan sahaja ia

untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak

,pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. ia cuma mengambil

masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk

menyukai seseorang,satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia

mengambil masa sepanjang hidupuntuk melupakan seseorang.

Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ia palsu,Jangan

kejar kemewahan kerana ianya akan susut,

carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma

memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang

suram.Carilah yang membuat hati anda tersenyum. akan tiba satu

ketika di dalam kehidupan apabila anda teramat rindu seseorang

sehingga anda ingin mengapainya dari mimpi anda dan memeluknya

dengan sebenar.

Mimpilah apa yang anda ingin mimpikan , pergilah kemana – mana yang

ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda

hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua

perkara yang ingin anda lakukan.

Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri

anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda

kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda seorang insan dan

harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia .

Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang,jika anda rasa

ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan

orang lain juga.Kabahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam

memiliki semuanya yang terbaik. mereka hanya membuat yang terbaik

dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka.

Kebahagaiaan terletak kepada mereka yang menangis ,mereka yang

terluka , mereka yang telah mencari dan mereka yang telah

mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang

telah menyentuh hidup mereka.

Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir

dengan tangisan. Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan

kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh

meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan

kegagalan dan kekecewaan masa silam.

Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang disekeliling anda

tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati

nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula

yang akan menangis.

Wassalam