May 2, 2011

Team Kalah Belanja (!)


"Huh, huh, huh.."
Degup jantung semakin laju menghentak dada. Keringat dah mula membasahi jersi basketball dia. Tapak kaki pun dah terasa panas macam berjalan atas tar tanpa high-cut Edwin dia. Mata dah ternampak zero spot nak ambil pass dari L.
"Stop ball! Stop ball!" Arah Haris sambil buat isyarat T dengan tangan dia. Haish! Ini mesti ada yang tak kena dengan play hari ni. Haris tu, kalau tak awek dia, weak play je yang boleh paksa dia stop ball masa tengah syok main! L dah penat dah kalau asyik macam ni aje. Ni kalau nak kira dah masuk 4 kali dah dia suruh stop ball hari ni.
"Imm, berapa kali aku dah cakap kan, nak dribbling bola tu betul-betul la sikit. Kasi steady stand kau tu."
"Iyelah," Imm mengangguk. Dia faham, malah tak terasa hati pun bila Haris tegur tadi. Kalau dah asyik main bawah board aja tiap-tiap hari, nak dribble pun kekok semacam. Ni kira kena bertatih balik la.

***********

"Ok, ok. Last play. Lepas ni kita pergi makan." cadang L. Nak buat macam mana, perut ni dah berkeroncong tahap In The End-Linkin Park. Kalau setakat Ulek Mayang tu tak apalah jugak, dia tak lah kisah sangat!
"Rightio"
"On saja."
"Set!"
"Aku tak kisah."
"Team kalah belanja!"

"Go!!"

**********

Erk! Mampus aku kalau macam ni! Dah sorang nak makan Subway, sorang kempunan makan Baskin-Robbins. Yang lagi dua ekor tu tak kisah, pakailah diorang duit sendiri. Akhirnya diri sendiri terkena dengan cadangan "Team kalah belanja!"
Nasib kau lah Ippi!!

May 1, 2011

Live.Learn. (?)

To live is to learn.
To learn is to live.
Live.Learn.

Betullah orang kata pengalaman akan jadikan kita orang.
Takde lah semedang je jadi hantu raya tepi stesen bas tu.
Cuba faham sesuatu buat sementara.
Walaupun manusia lebih suka benda yang dicari
daripada benda yang didapat.

Bumi ini luas.
Tanah terbentang tak cukup nak menapak.
Manusia takkan terhabis dikenal.
Tapi kenal diri sendiri dahulu
sebelum cuba mengenal yang lain.
Kerna
yang lain itu ditatap oleh perspektif sendiri.
Iya kalau baik,
baik.
Jikalau buruk, buruklah ia.

Kadang-kadang kita sering memberi,
sehingga lupa untuk menerima.
Sering memberi untuk yang lain,
terkadang diri terus dilupa.
Jadi berjalanlah di atas muka bumi ini.
Dan terus beri pengalaman untuk sendiri.

**********

Alhamdulillah, dapat gak beli novel baru. CHOP! Bukan satu ye, LIMA!! Dapat terus satu set penuh koleksi Laksamana Sunan. Even the latest, 'Sutera Bidadari' tu pun dah dibeli. Walaupun baru nak menapak baca 'Cinta Sufi' tu, kurang-kurang dah ada novel spare nak bawak gi Texas sana. Tak kisah la nak exam ke hape, janji ada novel~~

'Contengan Jalanan' pun dah aq beli. Abes Baca dah pun. Unik, kira masuk la dengan jiwa aq pasal cerita dia pasal budak U pegi backpacking kat Aussie la, Jakarta la. Aq ni pun nak merancang pegi Utara Malaysia pun ntah dapat ke idak.

_Harap-harap dapatlah ye.