Oct 29, 2015

Satu Idea Pendek: Tajam

Google Image



Pensel yang tajam adalah pensel yang:

A) Sentiasa diasah
B) Tak pernah digunakan
C) Pensel tiruan

Oct 27, 2015

Sayangku (~)


Baru mula membaca.
Novel grafik yang agak terlalu 'grafik'.
Yang penting jalan cerita.

Mungkin boleh menari bersama dengan buku ni:


Oct 19, 2015

Satu Idea Pendek: Karangan UPSR



Adakah karangan-karangan autobiografi masa UPSR dulu, macam 'Aku Seekor Kucing', 'Aku Sebuah Kereta'.....

....mengajar kita sifat empati?

Satu Idea Pendek: Epik



Salamun 'alaik!

Tak,tak. Aku tak nak cerita pasal Epik Gilgamesh. Tak tahu pun aku pasal cerita tu. Cuma, aku tertanya-tanya.

Pernah tak korang rasa diri korang tu tersangat epik?


Sampai terasa kisah hidup korang (pada waktu tu...) boleh diabadikan dalam sejarah negara. Boleh buat hari sambutan khas untuk epicness korang. Bah, kalau korang nak, boleh ada tugu korang sebelah Tugu Negara tu.

Pernah?

Kalau pernah kan, nak tanyalah.......

Korang terjaga tak dari kisah epik korang tu?~

Oct 14, 2015

Satu Idea Pendek: Tamat



Umur.

Ada yang pandang, umur tu semacam level up dalam game. Tambah experience, max hp, mana, skills.

Ada yang pandang, umur tu  macam time-bomb. Tunggu masa je nak meletus~~

Oct 13, 2015

Satu Idea Pendek: Kembali

Projek baru tahun kedua. Retreat.



Yang mana aku baca retreat ni banyak dilakukan oleh ramai orang dengan banyak sebab berlainan.

Agama.
Rohani.
Minda.
Jasmani.

Aku tak tahu untuk masyarakat Barat, UK khusus. Tapi, retreat paling masyuk dekat Malaysia (atau masyarakat Timur secara umum) mungkin kawasan kampung.



Because I think that a retreat should be general and enjoyed by whole lot of people.~~

Oct 10, 2015

Early Edition Versi Realiti (~)





What would you do if you have 24 hours to change the future, EVERYDAY? Watch here.


***********


Salamun 'alaik!

Untuk beberapa sebab yang terlalu banyak, aku nampak dua perkara di atas punya banyak persamaan. Walaupun satunya adalah realiti, yang lagi satu adalah fiksyen.

Dan mungkin fiksyen yang lebih dekat dengan realiti~~

Oct 8, 2015

Cermin Pandang Belakang (~)



Salaamun 'alaik!

Dan wauw!!.....sungguh ku tak sangka yang aku akan buat 5S untuk blog picisan ni. Well, not exactly 5S, but you get the idea.

Bak kata orang, hidup kita ni kalau nak dibandingkan dengan bawak kereta, perlu pandang cermin pandang belakang sekali-sekala. Pandang ke belakang untuk pastikan jalan ke hadapan lebih selamat, atau apa-apa je la.

+Tapi, aku bawak kereta F1??

Ye, suka hati. Kereta F1 pun ada kamera pandang belakang apa. Kut. Err....


IS!....

.....aku nak cakap, banyak sebenarnya cerita aku yang, dengan baik atau tak seberapa, dah diceritakan dalam blog ni. Dan sepanjang sesi pembersihan 'alam sekitar' tadi, selain aku sedar bahawa isi jari menari tersebut-sebut lebih matang. Nadanya lebih sesuai dengan peningkatan umur. Lebih mesra alam.

+Go green?

Maknanya, tak lah aku tulis tu macam luahan perasaan hati yang terempang berbulan-bulan. Lebih teratur. Dan-

+Dan?

Dan yang paling tak best, aku sedar yang tempo tarian jari aku ni makin hambar kalau nak dibandingkan dengan tulisan seorang AKU 3 tahun dulu yang hanya bercerita tentang berbasikal di kawasan perumahan pada waktu petang.

Mungkin, kita kena lebih kerap toleh ke belakang. Bilamana kita terlalu nak ke hadapan dengan cepat, takut beg-beg bekalan semua tercicir dekat belakang.

+Oooooo.....

Dan, mungkin aku tak patut buat benda ni di tengah-tengah semester. Kacau jiwang betul!~~

Oct 3, 2015

Review: Alangkah Lucunya (Negeri Ini)~



Dapatan lepas berjalan-jalan di Bandung.
Tambahan teringat bacaan Novelog: Jom Drop? oleh Nazirul Haziq.

Ternyata buat aku kuat tertanya, apa sebenarnya realiti masyarakat kita?
Dan ternyata, walau mungkin nampak sedikit artifisial (aku tak pernah jejak dunia ni......sue me), filem ni buatkan aku terpikir.

Mana dia masyarakat yang sayangkan manusia?
Mana dia ahli pemikir yang kuat berkata?
Mana dia pelajar/aktivis yang kuat bicara?
Mana dia seorang muslim?
Yang sepatutnya menyayangi saudaranya seperti menyayangi dirinya sendiri.

Jangan sentap. Tu semua untuk aku.




Yang dinyatakan dalam filem ni, seorang aktivis mungkin tak nampak jalan kerjanya sebagai suatu yang 'bersih'. Dipaparkan dengan watak-watak 'Islamis' (mungkin kerana faktor budaya) yang menganggap haram itu mutlak tanpa usaha untuk mengubah. Manakala, watak so-called Islam Liberal itulah yang usaha kuat tanpa pikirkan nasib sendiri. Mereka buyfish

Tak paham takpe.

Bukan niat aku nak naikkan konsep Islam Liberal (tak tahu perlu ada ke definisi macam tu). Dan bukan jugak nak rendah-rendahkan peribadi seorang muslim. I know nothing.

Cuma mungkin kita kena revise apa yang patut kita buat.


أَتَأْمُرُونَ النَّاسَ بِالْبِرِّ وَتَنْسَوْنَ أَنْفُسَكُمْ وَأَنْتُمْ تَتْلُونَ الْكِتَابَ أَفَلا تَعْقِلُونَ

"Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebaktian, sedang kamu melupakan diri (kewajiban) mu sendiri, Padahal kamu membaca Al kitab (Taurat)? Maka tidaklah kamu berpikir?" (QS. Al-Baqarah: 44)

Oct 2, 2015

Satu Idea Pendek: Pilih



Tahniah, anda telah memilih untuk membaca tulisan ini.
Dan itulah takdir. Terasa dipaksa tak?

Err.....jangan tanya aku. Tak lah aku tahu kuat mana ilmu macam tu. Cuma, apa yang kita nak buat kalau kena pilih antara situasi-situasi yang mencekik tangan untuk buat pilihan?