Dah hampir 4 tahun aku bermesra dengan Google SketchUp.
Dan aku faham, betapa model dan realitinya itu macam langit dengan bumi. Bukan kerana jauhnya persamaan, tapi saling lengkap-melengkapi. Macam jigsaw puzzle.
Realiti perlukan model untuk lebih berkesan, dan model perlukan realiti untuk.....lebih realistik.
Model manusia? Yang dalam majalah-majalah? Mereka hanya model. Berapa kerat manusia yang sanggup pakai baju macam ni pergi pasar malam? Walaupun pernah mencuba.....
Jadi, buang model dan berpaut pada realiti? Mungkin tak.
Realitinya kita adalah manusia dan Rasulullah s.a.w itu modelnya. Model paling realistik sebagai MANUSIA.~~
No comments:
Post a Comment