Feb 5, 2015

Review: Repekan Hadiah 3 Filem (?

Salamun 'alaik!

Harapnya semua sihat (kalau ada yang membaca). Pasal hari ni gua nak cadangkan list cerita yang agak baru jugak la, tapi sangat mind-boggling. Hampa tau tak mind-boggling tu pekebenda?


Dipersilakan untuk mencari sendiri sebab gua pun tak reti nak cerita :p

Okay, okay.

Taknak buang masa (padahal idea dah bocor ni).......



1. PK



Satu lagi karya (ke lakonan?) hebat Aamir Khan selepas Taare Zameeen Par dan 3 Idiots. Ada lagi kut lakonan dia, tapi yang paling terbaru gua tengok, dua ni aje.

Kalau Taare Zameen Par tertumpu pada cara pendidikan kanak-kanak yang berbeza cara pemikiran dan 3 Idiots lebih kepada kritikan terhadap sistem pembelajaran (baca: bukan pendidikan) sekarang, PK, lebih tertumpu kepada cara pemikiran dan cara 'berTUHAN' yang terlalu bercampur aduk mahupun tersimpang dari ajaran sebenar sampaikan benda yang salah pun masih dianggap benar.

Mungkin ada yang tak berapa setuju dengan cara penggambaran filem ni mahupun cara penyampaian idea, tapi bagi pendapat gua, kena tengok dulu. Lepas tu, baru komen. Jangan jadi macam sebahagian manusia yang mengkritik ataupun memuji sesuatu benda lepastu bertanya, "Kita tengah cerita pasal apa ni?"



2. Haji Backpacker



Perghh!!

Gua baru habis layan cerita ni, dan SANGAT-SANGAT tergamam dengan idea dia. Pengarah semacam menggarap makna 'Ghuraba' dalam hadis Rasulullah s.a.w dengan agak literal tapi masih bawak makna yang hebat.



Gua cadangkan, kalau hampa semua nak layan cerita yang tarik sifat kemanusiaan merentas negara dan agama, boleh tengok cerita ni. Semacam bagi satu pukulan padu, left hook to the face kalau nak cakap pasal realiti manusia di dunia.



3. Interstellar


Lagi satu filem arahan Christopher Nolan yang padu lepas tontonan Inception gua (masih tak lalu nak layan Momento).

Lain dari yang lain dalam Pakcik Nolan ni nak bermain dengan konsep 'manusia di ambang kepupusan' punya idea. Selalunya, orang akan bagi idea serbuan zombie di depan kedai ataupun alien datang ketuk pintu dapur kita. Tak pun, so-called bayangan kiamat dengan green screen diorang tu.

Dan korang tau filem yang science-based macam ni sangat bagus kalau orang sampai buat forum untuk tentukan kesahihan teori saintifik dalam sesuatu filem macam ni.


.
.
.
.
.


Dan, itulah.

Gua dah tak larat nak taip banyak-banyak. Lagi banyak taip, lagi banyak salah gamaknya.

Cerita universiti gua? Masih lagi 3K. Kuliah, kafe, katil. Walaupun gua masih cuba nak tambah lagi huruf-huruf tu. Mungkin 4K 2U 2F 1G. Mana tahu?

Dan gua ada perancangan yang agak besar (bagi gua lah) bila balik Malaysia nanti~~


3 comments: