Sep 11, 2014

Google Adalah Skynet (?)

Salamun 'alaik!

Hahaha!!
Hari ni, geek side gua makin membuak-buak. Selepas sebulan lebih nafsu duit dan setem gua dah diberi makan (mungkin terlebih), mula minggu ni gua dah bertambah syok pasal techno stuff.



YES! Gua memang dah usha je PROJECT ARA ni dari dulu lagi. Idea mula dari satu jenis manusia, korang boleh Google sendiri nama dia, dengan nama Phonebloks pasal idea modular phone. Really bring nerdgasm for the smartphone lover.

Apa yang gua best sangat pasal benda alah ni sebab, diorang dapat baca apa pengguna smartphone nak sebenarnya.

Maksud gua, dari segi design.



Nampak kan beza dulu dengan sekarang?
Inovasi teknologi dulu: dari telefon kotak -> saiz jadi kecik -> tambah skrin -> telefon yang boleh flip-flip gitu -> pastu skrin kaler-kaler -> telefon slide pulak -> ada yang bentuk cam daun -> pastu design nak main game.

Inovasi teknologi sekarang: tambah saiz inci skrin -> upgrade software -> tukar hardware (dalam) -> repeat the process.

Dan PROJECT ARA bagi gua satu harapan untuk generasi telefon yang baru. Gua tak pandai nak eksplain dekat sini, korang tengoklah video-video sekalian.


Video teaser



Video development



Video presentation Google



Kalau dalam masa 2 tahun lagi PROJECT ARA ni boleh dilancarkan (lewat sikit kut nak masuk Malaysia), gua sanggup beli nak jadikan Zenfone5 gua sebagai telefon kedua. Dan kemungkinan pasal pemasaran ada disebut di sini.

Now, for some food for thought. Is Google becoming more like Skynet?



Sebab haritu gua ada test, rupa-rupanya Google track kita dekat Google Map. Macam haritu gua ada pergi BTN Kem Tg Rhu, diorang boleh detect perjalanan gua dari rumah ke INTEC sampailah ke sana. Fon gua cikai, laptop tak bawak, tak ada nak tag-tag gambar kat Facebook bagai. Hmmm....?


*oh visa.......

No comments:

Post a Comment