Aug 15, 2014

Aku Terima Nikahnya.....(?)

Salamun 'alaik!!

Alhamdulillah, pada 9 Ogos 2014 yang lepas, walimah telah selamat dijalankan di Sahom Farm Retreat Perak. Kenervousan tu memang terasa, tapi dah memang sampai masanya. Cuak kuat mana pun dah tak boleh nak patah balik.

Gua sampai ke Kg Sahom tu malam Jumaat padahal kendurinya hari Sabtu keesokan. Tak apa, kira boleh bercengkerama semalaman dengan kuda. Malam esok dah tak boleh dah. Haha!


(pemandangan Sahom)


(kuda, kuda!!)


Siang pagi, gua rilek-rilek dulu. Sarapan dengan sahabat-sahabat gua tepi kolam. Oh, kolam sini pakai air sungai tau. Takdak klorin bagai. Lepas sarapan, gua terus bersiap pasal majlis nak mula lebih kurang pukul 12.00.















Waktu majlis tu, agak penat jugak gua melayan tetamu. Meja ke meja, orang yang gua tak kenal pun main sapa je. Tak kisah la, dah tetamu kan. Kena la melayan. Tak lupa jugak, waktu bersanding tu ada persembahan silat. Ala-ala disiplin (kumite), bertarung dengan sitkom. Gua memang terhibur la bab sitkom tu. Main piat telingalah, cubit-cubit, gigit telinga. Haish.....

Majlis habis lebih kurang petang pukul 4.00 gitu. Kitorang pun dah penat. Rilek-rilek je petang tepi sungai. Sampai malam, melayan slideshow daripada waktu bernikah dengan majlis belah perempuan hari tu. Mata dah agak berat, tapi masuk bilik still......

Anyway, gua nak ucapkan terima kasih kepada semua warga yang terlibat dalam melancarkan majlis pada hari tu. Dan gua jugak nak ucapkan tahniah kepada Syafiq dan Shahirah dalam menjadi sahabat pertama gua di INTEC yang mengikat tali pernikahan. Dan mungkin jugak sahabat gua yang kedua, Iffah(?). Itu, gua kena konfemkan dulu berita angin.















Gua punya majlis bila? In sha Allah, September nanti.

Tapi tak tahu la tahun bila, pasangannya siapa~~


p.s: clearance.....T__T

No comments:

Post a Comment