Feb 27, 2014

Apa Barang Badan Berketak-ketak (~)

Salam 'alaik!

Macam mana diri kalian? Sihat-sihat belaka? Sihat yang gua maksudkan tu sihat wal'afiat, bukan 'sihat-bulat-comel' sebegitu. Walaupun tak ada la salah mana kalau korang nak comel-comel pun kan? Comel pun ciptaan TUHAN. Gua pun suka perempuan manusia-manusia comel sebegini. Apatah lagi seorang bayi.

Tapi, kan lagi comel kalau kita boleh jadi sihat-sihat gila ala-ala Incredible Hulk (?).

Okay, tak perlu kut nak jadi macam tu. Dah macam amek steroid gua tengok pakcik Banner tu.

Tapi, gua nak cakap kat sini pasal senaman, atau kata omputihnya, eksesais (exercise).

A: Hah??! Apakah kau nak suruh aku eksesais senam bagai?
B: Tak payah la nak senam bagai ni. Kau duduk Malaysia, pusat diabetes sedunia ni.... (eh?)
C: Eksesais kena pergi gym kan? Busuk!!
D: Err....tak pe kut. Saiz badan saya ni pun dah cukup bagus la.




Aik, macam tu pulak. Chill meh. Gua tau memang kita kadang-kadang malas kan kalau nak pergi senam bagai ni. Nak pergi gym pulak. Memang tak la!

Tapi gua ada terjumpa satu workout plans ni. Memang terbaik la! Dalam bentuk fail pdf, pakai gambar pulak tu, senang je nak paham. Nak lemak berkrim.......eh, silap-silap. Nak berkangkung-asparagus lagi, dia ada 100 senarai set senaman yang kita boleh ikut. 100!! Dan yang palingpalingpaling penting sekali, these exercise requires a little to NO equipment at all! Kira kat dalam bilik pun boleh jugak (macam gua buat). Tak payah pergi gym pun. Gym kolej tu gua tak pernah jejak sekali pun.










Nak maklumat lagi panjang, masuk sini: 100 No-Equipment Workouts
Kat situ, ada dia terang lagi jelas, link nak download, macam-macam lagi. Nak buat pun korang boleh ikut kesesuaian dan kena tengok jugak kalau senaman tu sesuai ke tak nak amal.

A+B+C+D: Ooooooo.........

hah, dah cakap pasal eksesais badan, meh sini.....
Gua nak cerita pasal eksesais hati pulak.

Takkan badan kita jaga gila-gila, tapi hati kasi kecut macam ayam salai dekat pasar tani tu? Badan berketak-ketak sampai dah macam kotak gua tengok, tapi hati naik keding dah tak makan 2 bulan. Mana boleh gitu bhai, tak sepadan tak sedondon. Tak boria. Err....




Dari Abi Hurairah ra, katanya: Telah bersabda Rasulullah (sallallahu alayhi wasalam): Mukmin yang kuat adalah lebih baik dan lebih dicintai olih Allah daripada mukmin yang lemah, dan pada tiap-tiap (mereka) ada kebaikan. Bersungguh-sungguhlah kamu mendapatkan apa yang mendatangkan manfaat bagi kamu, dan pohonlah pertolongan kepada Allah dan janganlah kamu lemah, dan sekiranya suatu (musibah) menimpa kamu maka janganlah kamu mengatakan: Kalau saya melakukan itu (dulu) sudah tentu saya akan begini dan begitu, tetapi katakanlah: (Ini adalah) takdir Allah, Dia berkuasa melakukan apa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya “KALAU” membuka amalan syaitan.
(Hadis Riwayat Muslim)


Hah, tu kalau nak masuk Google Translate, memang nampak mukmin yang badan berketak macam pakcik Hulk tu lagi hebat dari Pakcik Tony Stark yang biasa-biasa je.

Tapi....

Telah menceritakan kepada kami Abu Bakar bin Abu Syaibah berkata, telah menceritakan kepada kami Abu Mu’awiyah dari Al A’masy dari Ibrahim At Taimi dari Al Harits bin Suwaid dari Abdullah ia berkata,
“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Menurut kalian, siapa yang kalian anggap paling kuat?”
Para sahabat menjawab,
“Iaitu orang yang tidak kalah dalam suatu pergaduhan.”
Beliau bersabda:
“Bukan itu, orang yang kuat adalah orang yang mampu menahan dirinya saat ia marah.”
Hadis Riwayat Abu Daud, Kitab Adab, Bab Menahan Marah, Disahihkan oleh Shaikh al-Albani

Kan? Kan? Agak selalu je kut kita dengar ke, baca ke, hadis pasal ni. 

Dan lebih kurang hadis ni pun pasal SABAR. Sabar memang kadang-kadang (macam selalu je) susah nak capai, tapi kalau dah biasa tu......pergh! Syok kut (macam tau je....). Sabar itu, sabar ini. Sabar segala macam. Sampai bila orang kata kita gila pun, kita terpikir banyak kali, "Siapa yang gila ni...?"

Cuma tak payahla semua benda nak kata. Bak kata ustaz, orang tampar pipi kanan, kita kata "sabar..." pastu hulur pulak pipi kiri. Tu ada yang tak kena dengan skru kepala tu.




Ustaz tu kata, marah kita tu bila berkaitan dengan hak-hak TUHAN. Contohnya, bila orang hina agama kita, Rasulullah, masa tu baru dibolehkan untuk marah. Itu pun, ada cara dengan had la. Takkan main lepas gitu je.

Tambah lagi, ada 4 jenis manusia bila kait dengan sabar:

1) Cepat marah, lambat tenang
2) Cepat marah, cepat tenang
3) Lambat marah, lambat tenang
4) Lambat marah, cepat tenang

Dah kita, nak taruh dalam mana satu?



p.s: complication.....mudah-mudahan dijaga nyawa dan iman

Feb 23, 2014

Everyone Is Doing Better In Life......(~)



Salam 'Alaik~

Nothing good to say here. Just hoping and striving to be better here and hereafter. I just found some forum and pages. Groups. I'm really hoping to join those things, just have to cope with assignments here. Activities? Not too hardcore, mediacore maybe. Just forget about those softcore stuff. After all, it all comes down to priorities.

Oh yes! I'm selling a book. Academic one, that is.

Core Maths for Advanced Level.
Barely used.
Original price: RM80
New price: RM50 (postage included)





*p.s: thanks for the panda.....

Feb 9, 2014

Nanggroe Dan Ammar (~)

Salamun alaik!

Gua tak banyak benda nak tulis (taip?), cuma agak teruja jugak siang tadi lepas dapat hilang gian beli buku kali pertama 2014!

Kononnya.

Karnival Karangkraf baru gua tahu acapkali jugak ada dekat Seksyen 15 tu. Gua je yang tak selalu jenguk. Tapi, novel baru Sunan punya pasal, gua terus prengpreng naik motor ke sana.




Haaa....sempat beli dua ni aja. Pasal kalut sangat pulas throttle motor tu sampai tak sempat nak keluar duit lebih. Tapi, takpe pun. Memang kena catu sikit barang-barang baca selain buku belajar.

Yelah sangat~



Buku Cerita Cinta Ahmad Ammar. Gua terasa nak beli buku ni masa dekat kaunter bayar tu. Nampak pulak ada akak tu borong sampai 5 buah. Tercabar la gua, takkan tak beli satu kut? Alih-alih, tarik la jugak satu. Buku ni pun kompilasi karya dan tulisan pelbagai pihak berkaitan arwah Ammar ni. Gua tak sempat baca lagi. Nak melayan buku kat bawah ni dulu.




Heee...... ^__^

Pasal ni la sebenarnya gua lompat naik motor pecut pergi Karangkraf. Hard cover punya Sunan Naggroe Sang Kembara. Prolog bagi kisah Laksamana Sunan. Cerita dia ringan sikit kalau nak dibandingkan buku-buku sebelum ni. Dari lahir dan laa ni gua tengah baca waktu dia tengah berguru dengan Wali Sufi.

Gua ingat nak ambik sekali autograf RAM, tapi disebabkan panjang beratur, kerja pulak banyak, Zohor nak masuk, tak jadi langsung.

Cuma gua nak bagitau ada lagi satu buku Sunan hardcover ni yang gua nak jual. Kasi pos saja. Gua ada satu je lagi ni. Hardcover ni dia jual dekat Karnival Karangkraf la ni. Hari ni pun hari last.

Harga: RM 35 (termasuk pos)
Edisi: Kulit keras.

KALAU ada siapa-siapa nak beli, boleh bagitau gua. Kalau takda, gua jual dekat kengkawan gua yang lain je~~


p.s: teringin pulak berdapur di jalanan.....

Feb 7, 2014

Macam Konspirasi (?)



Aku langsung tak menyesal atas orang yang telah aku menganggapnya sebagai seorang sahabat, kemudian dia telah membuatku benar-benar kecewa.
Dan aku juga tak menyesal pun atas orang yang telah aku menyangkanya sebagai seorang kekasih, kemudian dia telah pergi meninggalkan aku.
TETAPI aku amat-amat menyesal atas orang yang telah aku melabelkannya sebagai seorang musuh durjana, kemudian dia telah datang lalu menolongku~~




Takda kaitan dengan tajuk. Tajuk pun tak masuk akal.

Bahasa Arab. Dah lama gua tertinggal ni. Tapi takpe, tak belajar banyak benda baru asalkan jangan tinggal terus. Dan tiba-tiba gua nak belajar Swedish. Ada can?

Portfolio......ooooo, portfolio~~

2 digital, 1 blog. Gua tak dapat lagi yang kena hantar hardcopy pakai pos laju tu. Nasib baik boleh tabuh sketchbook tu bertindih. 3-in-1?

Pun boleh. Takdak emosi. Emotional trasher. Berkecamuk. Mentang-mentang takdak kelas. Hehehe~~

Rightio, overdose~~

Feb 3, 2014

Gua Mimpikan......(?)


Salamun 'alaik!
Apa khabar saudara sekalian? Harapnya sihat walafiat belaka ya?

Ceh! Konon nak perah idea padahal tak tau nak kata apa. Hilang mood. Malas nak mencari. Biarkanlah dia berjalan, merantau cari pengalaman. Duk terperap menghadap Facebook sama filem, memang boleh terbantut tumbesaran.

Dah.

Cerita pasal filem, baru gua perasan yang filem dalam simpanan gua memang 95% berunsurkan aksi, thriller, dan seumpama dengannya. Baru lepas tengok ESCAPE PLAN dengan GRAVITY. Cerita yang boleh buat terpaku jugak la mata ni depan skrin. 'Gravity', tak ada pun banyak sangat aksinya. Cuma nampak macam mana situasi desperado seorang space drifter untuk balik ke bumi.

Tapi, akhirnya gua download jugak cerita yang banyak sikit main emosi lembut. HER. Gua tak cadangkan untuk tengok kalau tak boleh tapis sendiri unsur-unsur 18SX yang non-visual dan mungkin disebabkan benda ni, gua bagi 3/5. Berlatarbelakangkan masa depan, cerita ni pasal seorang penulis surat (?) yang baru bercerai dan akhirnya bercinta dengan komputer sendiri.

Best.

Ok, dah habis idea. Ke belum?

Nampak sangat yang gua banyak filem genre action-thriller, jadi gua pun perasan yang mimpi gua banyak main emosi. Dan disebabkan gua ni pun tengah dalam jalan Seni Bina, maka gua perasan satu benda.

Mimpi gua ni semua bersambung. Macam dalam peta. Dari pusat beli-belah, stesen LRT, kampung Jelebu, dewan FELDA, pejabat JUPEM, sampai ke atas jalan. Agak dah boleh buat satu bandar dah kut. Hospital sama muzium pun dah tersedia. Sekolah apatah lagi, termasuk dengan asrama. Macam main game.

Cuma ada satu masa tu, mimpi gua ni macam terkeluar dari universe dia sendiri. Ceh, ada universe konon.


Gua macam berjalan dalam satu kampung, baru balik dari dusun. Bawa balik buah pulasan dalam bakul. Tiba-tiba, seorang budak lelaki menyusul. Lantas tangan kanan gua dituntun.

Tak payah cerita banyak pun. Tapi mimpi ni lain macam sikit. Sampailah gua sedar satu benda.

Gua tak ready lagi.

Aku tak sedia lagi.

Saya masih belum bersedia~~

So, goodbye!!

Assalamu'alaikum~~


p/s: coret sekadar puaskan hati....