Dec 20, 2013

Sembang: Bakal Bini Gua (?)

(ni bukan bakal bini gua, harap maaf......)



+ Assalamu'alaikum!

- "Eh, waalaikumussalam"

+ Aik, ada orang ke jawab? Setahu gua, gua sembang kencang sorang-sorang je kat sini.

- "Hailorh, kau ni pun. Aku pun kau tak kenal."

+ Gua kenal ke?

- "Apa tak kenal pulak. Kita kan dah macam adik-beradik."

+ Jadi, siapakah gerangan anda wahai manusia matriks?

- "Aku ni la possible future kau....haiyooo"

+ Hah? Possible future mende la pulak ni. Yang gua tau, mesin masa tak ada la dicipta lagi paling kurang 50 tahu  akan datang. Yang gua tau la.

- "Hampagas kau! Ni tak payah pakai time machine bagai. Aku travel sesuka kehendak Tuhan."

+ Err......ok. Dah tetiba nak kacau gua ni apasal? Dah tak reti nak tidur pagi-pagi buta ni? Ke........kau ni stalker gua? Hehehe.

- "Bijak sangat la stalker. Aku datang ni nak bagi tau kau benda. Kalau tak, tak hingin aku nak datang walau digula-gulakan dengan duit RM650"

+ E'eh. Lek la bro, jangan marah-marah aaa. Gua gurau je. Yang kau pergi masuk sampai RM650 tu apasal? Nak bagitau, bagitau jela. Hah, cepat cepat. Gua pun nak tido dah ni. Tak layan RedBull punya pasal.

- "Aku sebenarnya nak bagitau pun serba salah. Tapi, untuk elakkan kau jadi possible future yang lain-lain, aku kena la jugak bagitau"

+ Hah, nak bagitau amende?

- "Aku nak bagitau kau, jangan kacau BAKAL ISTERI orang lain!"



+ Aik, apsal tetiba masuk tajuk ni? Dan sejak bila pulak gua kacau bini orang?

- "Bukan bini orang la bijak. BAKAL BINI. Aku taknak cakap banyak. Nah, video yang aku tengok yang aku rasa possible future yang lain tak sempat, takpun, tak nak tengok pun."

+ Aii, future pun boleh bagi video? Aaaah, apapejela.




- "Dah tengok?"

+ Err.....dah, dah.

- "Nice. Dah, pergi tidur sana."

+ Okay, okay...... Eh, lagi satu.

- "Hah, apa dia?"

+ Kalau betul la kau kata kau ni salah satu daripada possible future gua, kau ni yang mana satu?

- "Yang akan mati waktu kau tidur malam nanti."

+ ...........................


********************


Rightio, gua pun tak tahu nak sembang apa. Gua cuma nak kongsi pasal video tu jela. Takpe, takpe. Tak setuju takpe. Lagipun, dia tu ustaz. Bukan mufti nak turunkan fatwa, dia sendiri yang kata.. Tapi, kita pun bukan mufti jugak kan? Ustaz pun tidak.....haish. Kalau anda ustaz, mufti tak pun ulama', kalau salah tolong betulkan....hihihi  ^__^

Apa-apa pun, tak boleh terima banyak. Ambik sikit. Benda baik, terima dengan baik walaupun benda tu macam terasa kena lempang dengan kamus dewan 4-puluh-ratus muka surat~~



p.s: CF nak pergi sabtu ka ahad?.....

Dec 13, 2013

Promosi: Tepung Magik (!)



Salamun 'alaik!!

Haaa....hari ni gua tak banyak cerita. Hari ni gua nak promote satu barang, TEPUNG MAGIK! Gua nak tolong kawan gua jual TEPUNG MAGIK ni. Kawan la katakan.

TEPUNG MAGIK ni memang magik sungguh la. Satu ciri-ciri dia adalah, tepung ni takkan jadi lembik ataupun soggy walau korang tinggalkan dia bawah tudung saji tu lama-lama. Maknanya, korang boleh goreng untuk sarapan pagi, simpan sebelum pergi kerja, pastu buat makan petang pulak! Tak ada la terasa membazir nak buang-buang.

Biasanya, tepung goreng ni korang guna untuk goreng seafood takpun sayur-sayur kan? Lagi-lagi feveret gua, cendawan goreng tepung!!

Antara kelebihan/keistimewaan Tepung Magik:

1)Kerangupannya: boleh tahan berjam-jam (sehingga lebih kurang 8 jam sekiranya menggoreng dengan kaedah yang betul)
2)Gorengan tidak lembik (soggy)
3)Gorengan tidak berminyak
4)Tidak menggunakan banyak kuantiti tepung
5)Rasa enak
6)Mudahkan tugas di dapur
7)Nilai lebih untuk wang anda
8)Sijil HALAL Jakim

Sesuai untuk menggoreng:
1)Ayam - tidak perlu bancuh telur/tambah garam - rasa seperti ayam goreng popular
2)Makanan laut seperti udang, sotong, ketam, ikan
3)Daging
4)Kambing
5)Wedges & Potato chips
6)Tempe
7)Buah-buahan seperti pisang,cempedak, sukun dll
8)sayur-sayuran seperti daun bayam, terung, brokoli, kobis bunga, bendi, peria dll
9)Cendawan (paling istimewa)





Tapi, TEPUNG MAGIK ni pun boleh bagi macam-macam resepi yang boleh dibuat kat dapur sekalian. Nah, disertakan cara-cara menggoreng tepung + resepi:











Sup ayam pun boleh bhai!! Gua tengok Ketam Black Pepper tu pun boleh terliur.

Nah, tengok pulak testimoni dari pengguna-pengguna:




Kalau korang berminat, boleh telefon/mesej/whatsapp kawan gua, Lukman (013- 363 1209/013-378 9755)

Maklumat lebih lanjut, sila ke page FB  Tepung Magik Kuala Lumpur~~

Dec 12, 2013

Apasal Tacing Sangat Ni (?!)

Salamun 'alaik~~
Sekadar kopipasta~



**********************



[Orang Kuat Terasa dan Media Sosial]


Orang kuat terasa sebaiknya jangan ada account di media sosial. Itu pada hemat dan pendapat saya.


Kerana nanti semua tulisan orang, akan dirasakan tertuju kepada dirinya.


Kalau terasa aja tak mengapa lagi. Simpan dalam hati muhasabah diri sendiri. Tetapi orang kuat terasa biasanya akan meroyan di medan sosial ini, cuba sedaya upaya menembak pula orang yang dirasakan telah menembaknya(tapi tak tembak dia pun sebenarnya). Kemudian nanti ada yang sampai meleret gaduh hingga ke alam realiti.


Mesej inbox tanya perkara sebenar tak nak. Komen tanya di status terus tak mahu. Buat assumption sendiri(rasa dirinya yang sedang kena tembak), kemudian buat kecoh tak tentu fasal. Kemudian mula la ungkit benda tak ada kena mengena, mula berdendam dan sebagainya.


Bila banyak benda dah bertindih-tindih, berselirat, akibat tindakan berpandukan emosi yang amat ini, baru periksa semula. Oh, rupanya fulan tak tembak aku pun. Aku terasa lebih. (Itupun kira bagus kalau ada kesedaran nak check semula)


Masa tu malu dah nak minta maaf dan mengaku salah.

Sebab nak minta maaf pun dah susah. Benda simple(tak ada kena mengena) asalnya, jadi isu sebab kita terasa, lepas tu sana sini pelbagai pihak lain masuk campur, jadi berbelit-belit. Akhirnya kalau nak minta maaf, kena mengaku kat facebook sendiri terang-terang - aku yang cepat terasa dulu. Aku yang mula semua ni. Semua yang korang sangka fasal si fulan berdasarkan status aku, dah salah. Aku minta maaf.

Macam dah bogelkan diri sendiri. Tak mengapa lagi kalau berani buat begitu, masih ada maruah. Ada orang, lepas dah kecoh di medan sosial, ramai dah baca, minta maafnya belakang-belakang. Okaylah juga, paling kurang minta maaf. Tapi ada yang tak sedar diri, teruskan lagi.


Lebih malu bila fulan yang kena dengan kita sampai terpaksa londehkan wajah kita yang sebenar. Menunjukkan kitalah punca utama semua itu berlaku. Orang ramai jadi tahu kita salah dalam keadaan amat mengaibkan. Masa tu jenuh nak delete status la, nak buat account baru la, nak kata kita pula diaibkan dan sebagainya. Kalau masih ada kesedaran mengaku salah waktu tu boleh tahan lagi. Tapi paling pening kalau kita kuat emosi ni teruskan lagi dan lagi.


Orang kuat terasa sebaiknya untuk keharmonian sejagat, padam la account media sosial. Berkawan bertahun-tahun belum mampu jadi penentu orang kuat terasa akan bertahan dengan status sahabat dia di alam maya ni yang terkena dirinya(walaupun sahabat tu tak cakap fasal dia sebenarnya). 


Ini(medan sosial alam maya ni) tempat ada ramai orang. Kemugkinan kawan kita update status tu cakap fasal orang lain. Kemungkinan juga kawan kita update status tu tak ada niat tembak sesiapa, hanya bincangkan satu isu umum(contoh: isu usrah). Kita pula terasa lebih(ingat kawan kita tengah tembak usrah kita). Susah tu kuat terasa.


Muhasabah diri.

Biar tak ada Twitter FB,
asal jangan tambah masalah pada orang lain,
dan diri sendiri.

Medan sosial sekarang memang jadi tempat orang ramai luah perasaan, luah idea, kritik, tapi tak semestinya semua itu berkenaan kita.


Status ni pun bukan untuk anda(pembaca status ini) secara individu.

Hanya membicarakan isu umum yang memang berlaku.
Anda sebagai pembaca status ini tidak perlu terasa dan rasa saya tengah cakap fasal diri anda directly.

Tapi kalau pada diri kita ada sikap sebegini,

bolehlah kita(saya dan anda),
ambil masa muhasabah diri.

Semoga ini status yang bermanfaat.


Ke arah netizen yang lebih harmoni,

Mari Menjadi Hamba!

Dec 2, 2013

Review: UMTAD (!)



Salamun 'alaik!!

Eh, jap jap~~

.
.
.
.
.
.
.
.


Okay, baru boleh mula. Saja menunggu detik 12 biar post ni bukan yang kedua dalam sehari.

+Kesah apa aku??

Hahahaha!! Okay2. Fine.
Gua tak ada benda pun nak tulis pasal filem arahan Pierre Andre ni. Biasa ler, tulisan picisan sekadar luahan perasaan. Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang! antara filem Melayu yang aku rasa walaupun biasa-biasa aje untuk ditonton di wayang, tapi masih tak dikira sebagai pembaziran yang terlebih la kut

Nak dibandingkan dengan preview sebelum cerita mula?

BAMM!!

Dengan berani gua boleh cakap, 3/4 daripada cerita-cerita tu semua macam ada talian silaturrahim aje. SILAT-turrahim.

Gaduh-gaduh la. Cerita apa? TOKAN, errrr........yang lain gua tak ingat. CIKARO pun dia punya promo langsung tak menarik la. Walaupun cerita TOKAN tu maybe ada tarikan sikit kut.

Tapi, nak dibandingkan dengan UMTAD ni, memang cerita yang gua rasa boleh sentuh semua age-level. Dari kecik hingusan sampai bongkok tiga. Okay, bongkok tiga tu tak patut kut.

Sungguh nak kata, filem Malaysia yang langsung tak ada pelakon perempuan sepanjang filem berjalan. Melainkan camera shot-view waktu ceramah UAI akhir cerita la kut. Tu pun, real-life shot, bukan berlakon maa....Isi cerita yang nak disampaikan pun yang basic-basic. Pasal solat, selawat, iman, ukhuwwah. Benda-benda gitulah. Cuma, mungkin filem ni lagi bagus kalau nak ditumpukan pada golongan-golongan biasa, kira bukan golongan agamawan la. Yang baru nak berjinak-jinak dengan agama. Bagi golongan yang dah lama amalkan agama lebih sikit dari tahap biasa-biasa mungkin pandang filem ni agak rigid, kaku kalau nak dikaitkan dengan real-life situation. Tambah dengan jalan cerita yang tak nampak jelas dia punya flow. Kadang-kadang gua rasa lost track kejap pasal masa bila berlakunya babak-babak tu.

Gua cuma nak cakap filem ni bagus nak dibawa anak-anak. Timing tayangan waktu mula cuti sekolah pun agak terbaik. Dengan jalan cerita yang bawa tema musafir (memandai je), boleh la kut bagi semangat budak-budak biar tak terperap aje dalam rumah.

Apa-apa pun, nah review yang gua rasa lagi legit dan gunakan bahasa yang tak patut dimarah dengan Cikgu Bahasa Melayu la kut~~ ^__^


Rating? 7/10 agaknya~



p/s: tunggu BBW.....awek mana nak cilok?

Dec 1, 2013

Cuti: Kedah² (~)

Salamun 'alaik!!

Dan selamat bercuti gua ucapkan kepada semua budak-budak sekolah seluruh Malaysia (mungkin tak semua?) termasuklah tubuh badan gua sendiri. Huehuehue~~



Dan juga seperti biasa, musim cuti adalah musim gua berjalan ke Pulau Pinang beserta Kedah. Apa kisah pulak ramai bebenau lecturer gua yang main kahwin nikah sem ni. Yang dekat Pendang, gua ada hal. Terlepas. Yang dekat Pahang, memang tak la gua nak pergi. Tak tahu tempat. Yang dekat Sungai Petani? Alhamdulillah, sempat jugak. Siap berjalan ke Jitra la jugak~

Ambik jela gambar-gambar sekalian. Eh, jangan ambik. Tengok je. Faham? Tengok sahaja. Untuk tontonana sahaja~~












Gua nak letak lagi satu gambar sebenarnya. Tapi takut jadi kontroversi pulak pasal ada seorang wanita (cewah!) Nanti ada orang marah, memang tak tenang gua nak belajar sem depan. ^_^''









Malam? Gua melepak rumah Shafiq. Hahaha! First timer kut sleepover rumah kawan. Kitorang pun meronda ler ke pulau dengan satu tujuan. Pasembur~~





Si budak kecil Aisyah Zafrah. Puas sudah bermain 4 hari dengan beliau...hahaha! Budak dah nak capai umur 2 tahun, biasalah kalau nakalnya macam orang merusuh ke, orang buat demonstrasi ke, ahli parlimen ke......eh?

Apa-apa pun, malam ni gua nak layan Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang! (UMTAD!) Nak ajak mak buyung, esok dia dah pergi kerja. Kesian~~


p/s: malam nanti, in sha Allah, gua tulis serius sikit....