Aug 12, 2012

Lee Chong Wei Pun Nak Join (!)


 "Lagi dua minggu dah nak puasa la,kan." Azad menuturkan tiba-tiba.
                "Hmm."
                Waktu bulan puasa memang waktu slow.Jamming session mana buat selalu waktu bulan puasa.Biasanya dua minggu lepas raya baru pick-up balik rancak untuk nak masuk studio.Rumah terbuka kiri kanan depan belakang la katakan.
                "Aku tak fikir lagi tahun ni punya baju raya nak pilih warna apa." Azad menggosok dagu.
                "Masuk je kedai,pejam mata,cekup satu.Dah.Selesai masalah." Pa'an menggumam dengan dahi masih berkerut merenung score.
                "Antiklimaks la kau." Azad cebik.




***********

Hmmmm....

Normal ke sebegitu? Dua minggu lagi nak puasa, tapi dah pikir nak baju raya kaler apa. Cilok dari 'Contengan Jalanan' pun syok jugak...hehehe. Sampaikan buku tu dah masuk dalam gua punya drawings. Tak tahu la cantik ke, macam lukisan budak 5 tahun.

Ok.

Sesungguhnya, terasa rugilah saya yang tidak berapa pandai menguruskan (baca : manage) masa ini untuk hidup di kolej mahupun di rumah selama berada dalam Ramadhan. Lebih baik rasanya untuk terus tinggal di MRSM Kuantan selama sebulan (?) *ayat skema*

Ayat macam apa je. But, for real memang tak berapa syok kut. Macam dalam Contengan Jalanan tu, dia kata lagi syok puasa dekat Aussie sebab kat Malaysia banyak benda lain nak terjadi. Tapi, apa-apa pun, puasa tu tetap dimana-mana sahaja.

Dan semakin dekat dengan Aidilfitri, semakin bertimbun jugalah kerja drawings  gua yang hendak dibawa bersama ke masjid sewaktu berterawih dan bersolat Aidilfitri nanti. Hahaha!!

Dan juga Ramadhan dah nak lari go ahead in front of us. Aidilfitri tanda kemenangan, tapi layakkah kita jadi pemegang pingat emas secara berjemaah?




*kontinjen Malaysia ^__^*

Dan, gua mampukah nak menukarkan ucapan masa mula-mula post ni, dengan ucapan di bawah?


**********

 "Kita tidur sini sama-sama la malam ni. Aku rindu zaman budak-budak. " Chad senyum segaris.  "Kita berdua je pun bujang yang tinggal. "
            Fend sengih sambil angguk.
            Sepi seketika.
            "Harapnya Ramadhan tahun ni dapat la buat saham nak masuk syurga. " Rendah perlahan suara Chad menuturkan.
            "Ameen. "
            "Ramadhan dah habis. " Chad mengulang sekali lagi dengan pandangan ditala ke langit Syawal.
            "I miss it already. "
            Dan bahawasanya kepada Tuhanmulah kesudahan segala sesuatu [an-Najm : 42]

***********

p.s : I miss it already......

No comments:

Post a Comment