Apr 4, 2012

Tudung 'Ombak Ridu' (?!)

"Kubuka jendela pagi di udara yang letih
Deru geram nyanyian jaman
Bersama berjuta wajah kuarungi mimpi hari
Halalkan segala cara untuk hidup ini"


Lagu "Astaghfirullah" dendangan Opick sedap berlagu masuk dalam telinga. Hari ni tak pergi mana, tapi 140% pasti yang itu lebih baik dari duduk termangung depan komputer atas kerusi dalam rumah. Giliran nak beli barang dah pun habis, Sekarang ni, tengah duduk-lepak-santai tepi eskelator dalam stor Jakel dekat Jalan Tuanku Abdul Rahman atau lebih dikenali oleh orang setinggan Kuala Lumpur dengan Jalan TAR.

Lebih kurang setengah jam bertapa tepi eskelator tu, kaki gua mula menapak pergi ke arah kedai tudung ala-ala busana muslim nun belakang lorong sana. Gua pun memulakan masuk dengan kaki sebab gua cuma manusia biasa, bukan badut mahupun monyet untuk berjalan dengan tangan. Sedang gua melilau-lilau dalam kedai tu, gua pun ternampak satu papan penanda yang tertulis 'Tudung Ombak Rindu'.


*ni la agaknya tudung Ombak Rindu tu*

Maaf la, gua tak ambil gambar guna kamera mahal DSLR bagai. Gua cuma ambil gambar dari INTERNET saja. Entah kenapa, keghairahan gua untuk mengambil gambar secara bebas ni makin merudum. Lebih senang untuk bersendirian, mungkin?

Apapun, agaknya kenapa mesti dinamakan Tudung Ombak Rindu? Ada jugak gua dengar pasal tudung Wardina, Waheeda dulu-dulu. Lepas tu, keluar pulak tudung Nur Kasih. Gua tak kisah la nak namakan tudung tu apa-apa pun. Tapi kebanyakkan tudung sarung gua tengok macam sesuai untuk budak sekolah rendah aje saiznya. Budak sekolah rendah kat kawasan rumah gua ni pun lagi besar agaknya tudung mereka.

Yeah, gua faham yamg aurat itu tak terkesan pada tudung aje bagi wanita. Tapi yang kali ni gua saja nak tumpukan pada tudung bidang 25 ala-ala tudung Ombak Rindu tu. Tapi, ikhlas gua nak taip di sini. Lelaki lagi senang memilih bakal isterinya yang lebih rela bertudung Ombak Tsunami yang labuh menutupi dada mereka!

Serius gua nak cakap ni, cuba korang semua bagi Golden Egg opportunity kat lelaki kat luar sana untuk pilih isteri seumur hidup diorang. Sejahat mana pun lelaki tu, ada jugak berbisik,


"Haduuh....sejuk mata ambo tengok. Buat bini memang best lah!!"




"Kau tahu, awek aku tu buat awek je. Nak buat bini mesti cari yang tutup aurat. Bukan macam awek sarung nangka aku tu!!"




See? Orang jahat pun nak isteri solehah. Huh, agaknya kena heartwash dulu kot iman diorang tu! Nak yang solehah, diri sendiri kena soleh wa musleh dulu. Gua? No comment...hahaha!!

Bak kata Inche gabbana :


Tidak salah kita berusaha mencari pasangan yang terbaik buat kita. Malah itu pon yang digalakkan di dalam Islam. Apabila ditanya oleh sahabat kepada Nabi SAW ciri-ciri isteri bagaimanakah yang perlu diperhatikan, maka ini jawapan Nabi:

"Dikahwini seorang wanita itu kerana empat perkara iaitu hartanya,keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Oleh itu carilah wanita yang mempunyai agama, (kerana jika tidak) binasalah dua tanganmu."
[Hadith riwayat Bukhari dan Muslim]

Saya kira hadith ini cukup popular di kalangan anda di luar sana. Malah saya tidak hairan sekiranya ramai di antara ada hanya ketip jari, kacang goreng cap Pagoda sahaja untuk mengingati hadith ini! Err.. Hadith satu sampai sepuluh Arbain an-Nawawiyah dah hafal..? Tersedak. 




Anyway, tengok dulu komen Baba Ali dalam video kat bawah ni tentang jenis-jenis tudung sekarang ni yang tak boleh masuk kategori 'tudung'.



No comments:

Post a Comment