Mar 31, 2011

Perang Dah Tamat (?)


Lirik Malique ft. Rabbani - Perang Dah Tamat

[Tun Dr. Mahathir - Intro]
The world now lives in fear.
We are afraid of everything.

[Rabbani - Korus]
Alhamdulillah
Kita selamat
Kabus dah hilang
Perang dah tamat
Nyanyikan lagu
Damai dalam lena
Jangan buka mata
Realitinya sungguh berbeza

[Malique]
Berita yang ditunggu
Kini sedang tersebar
Seluruh umut manusia
Boleh tersenyum lebar
Perang sudah tamat
Terpampang di dada akhbar
Senjata dah dilucutkan
Malahan dibakar

Jalan dah dibuka
Bekalan dah dihantar
Pengawal sempadan bersalaman
Dan bergambar
Tiada lagi askar-askar luka
Main kejar-kejar
Kerna dunia tidak lagi perlukan pendekar

Bumi berhenti bergetar
Tak perlu rasa gentar
Tiang dah dipacakkan
Bendera berkibar
Yang sembunyi keluar
Dah bersinar di luar
Burung besi pulang
Yang sebenar legar-legar

Langit koyak dah ditampal
Tiada halilintar
Laut merah pudar
Jala kembali ditebar
Di desa bunga mekar
Di bandar bangunan tegar
Bunyi mercun
Bunga api gantikan bunyi bom dan mortar
Apakah benar?
Perang dah tamat

[Ulang Korus]

Perang sudah tamat
Kita jadi buta warna
Lihat kulit manusia
Semuanya sama saja
Pembunuhan
Permusuhan
Semua syak wasangka
Harus dihentikan
Berkuatkuasa serta merta

Piagam Madinah dihidup dan dijana
Semua agama Ibrahim aman hidup bersama
Perang cuma tinggal kata dalam kamus lama
Tak disebut
Tak diguna
Tak lagi dicari makna

Perang sudah bubar
Perang sudah bubar
Ganti sebiji peluru
Dapat sebatang cigar
Perang sudah bubar
Perang sudah bubar
Ganti sebatang senapang
Dapat sebiji gitar

Mereka kata tidak mungkin
Aku balas benar
Cuba tutup mata
Baca risalah diedar
Perang sudah tamat
Ku nyanyi separa sedar
Perang sudah tamat
Maaf bukan cerita sebenar

[Ulang Korus]

[Rabbani - Bridge]
Uthrul Horriyah
Auqifull Haq

[Malique]
Hari-hari tengok berita buruk jam lapan
Hari-hari tengok saudaraku berbunuhan
Bukankah mengambil nyawa itu kerja Tuhan
Bukan aku
Bukan kamu
Ajal Dia yang tentukan

Ada Torah
Zabur
Injil
Ada Quran
Kalau Iqra'
Tiada ibu-bayi mati berpelukan
Ada I-Ching
Ada Tipitaka
Ada Veda
Habis baca semua
Baru sedar kita tiada beza

Kita manusia
Lain nama dan fizikal
Persamaan utamanya kita akal
Biar haiwan saja bersifat territorial
Ok, hypothetical - tiada peta politikal

Saya orang aman
Saya bukan orang jahat
Saya benci perang
Saya rela bersahabat
Nyanyi lagu damai
Satu dunia ikut rapat
Sambil tunggu hari Osama dan Obama berjabat

[Ulang Korus 2X]

[Tun Dr. Mahathir - Outro]
War must therefore be made illegal.



download link : Here

Mar 29, 2011

Laksamana Sunan (!)






Ok, dah gian ngan cerita Perihal Laksamana Sunan ni. Ni gara2 Ainsha yang cerita la, ditambah lagi bile Amani bawak balik Bagaikan Puteri tu balik maktab. Memang best la 2 malam je abes. X sabar lak nak sambung baca cerita ngan Ratu Sulaman tu.

Cakap pasal Ratu Sulaman, teringat bile cerita pasal buku ni ngan Liyana. Punyelah aq semangat cerita pasal buku tu sampai xsedar aq sebut Ratu Sulaman tu jadi Ratu Sulaiman! Dah abes citer, Liyana un tegurlah aq. Malu siot!! Dah tu, semangat die cakap, "Ratu Sulaman la, aq dah baca cerita ni!" Aq un, "ok2,Ratu Sulaman eyh?"

Pastu ade baca sikit yang sambung pasal Ratu Sulaman tu. Tapi aq ade tengok yang ade sambungan die lagi.

Perghh,,kalau dibuat movie cam Hikayat Merong Mahawangsa tu, konfem leh jadi hit cam cerita Harry Potter tu. Lagi bagus an kalau ada filem epik sendiri kalau nak banding ngan cerita negara lain?

Nampak Pelik (?)

Mum (!)

HAPPY BIRTHDAY TO MUMMY!!

KHILIJAH BT MOHD YASIN

Mar 28, 2011

Tips Menangi Hati Seseorang~

_hati

Hati manusia ni memang sukakan benda yang menyenangkan. Jadi, mestilah orang lain yang kena senangkan hati orang tu (ayat ape la ni..). Ni ada 11 cara nak menyenangkan hati orang lain sekaligus menambat hati seseorang.

Ingat, tambat di sini bermaksud luas. Makna general dia nak mengeratkan hubungan sesama manusia la. Cara-cara ni korang anggaplah macam anak panah yang sedia nak memanah hati manusia ni (bukan panahan Cupid atau Stupid eyh!). Tapi, jaga-jaga. Kalau 'panahan' ni digunakan dengan niat dan cara yang salah, so result dia salah jugak lah. Pastu jangan nak komen,

"Ni semua si M****b punye pasal lah org cakap aq playboya!!"

"Penipu punye M****b!! Bagi nasihat salah la wei!!"

Suka hati limpa korang la nak cakap apa. Aq cuma nak kongsi je~~

And jangan lupa bila dah usaha, berdoa dan bertawakal lah ye...


1. SENYUM


Haaa...ni cara yang paling senang and cara yang paling berkesan. Panahan yang pertama, terutama dan terpantas sekali di antara semua. Even a smile is considered as a charity. X ke senyum ni senang-senang je nak dapat pahala. Kalaulah kita bandingkan orang yang senyum dengan marah, confirm korang lagi suka tengok orang senyum kan? Kalau ada sesape yang suka tengok orang marah tu agak laa kan.

2. MULAKAN PERKENALAN

Ok, cara ni merupakan salah satu cara yang boleh bagi the deepest impact dalam hati manusia ni. Tapi panahan ni perlukan seorang penembak tepat, sharp shooter maknanya. Sebab kalau lah tersalah langkah, silap hari silap bulan, orang ingat kita p*l*k. Iye ler, xpasal2 nak tegur orang kan? Malah orang yang memulakan salam pun lebih baik daripada orang yang terima salam tu, referring to the hadith :"In greetings, the better is he who initiates greeting the other."

Dengan cara ni pun, orang konfem abes lah teringatkan kita. Kalau x ingat pun, bile TERjumpa tu, mestilah ingat pernah BERjumpa dulu,kan?

3. HADIAH


Xyah cakap banyak2 lah kan? Sape la x suka hadiah. Tapi ingat, bagi dan terima hadiah dengan ikhlas.

"Yang memberi lebih baik dari yang menerima"

4. STAY SILENT.

Nampak x benda atas tu? Ingat, lidah tu lagi tajam lagi pedang, entah lagi tajam dari lightsaber wooo~ Pick your words right and you'll find yourself loved by others.

5. JADI PENDENGAR YANG BAIK


Memang lumrah manusia yang penuh dengan masalah. So, mestilah nak cari orang nak express feeling kita kan? Dah tu, bila ada yang datang nak citer masalah diorang, dengar. Just listen to them. Terutama sekali kalau masuk orang perempuan ni. Selalu diorang cakap masalah diorang kat orang lain just sebab diorang someone to talk with. Kadang2 tu x terpikir pun nak mintak jalan penyelesaian.

6. PENAMPILAN DERR!!

Benda ni pun xyah cakap la kan? (padahal pemalas nak menaip tuh!)

7. TOLONG MANUSIA YANG LAIN


Memang satu cara yang berkesan kalau nak tawan hati orang lain. Orang selalunya akan ingat kalau ada orang lain yang tolong dia. 'Coz a simple help at the right time will mark one's name in the heart. So, tolong la dengan SEIKHLAS mungkin. Kalau takat nak tolong bab nak nak naikkan nama korang yang xberapa feymes tu...baik korang pampang la sifat 'baik' korang tu dalam paper eyh?

8. MURAHKAN TANGAN

Bukannya tangan korang tu murah. Maknanya, rajin2 la bersedekah kat orang lain. Ingat, sedekah tu bukan dengan duit aje.

The Prophet Muhammad (peace be upon him) said: "Save yourself from hellfire by giving even half a date-fruit in charity." - Sahih Al-Bukhari, Volume 2, Hadith 498

See?

9. SEMBUNYIKAN AIB ORANG LAIN


"Barangsiapa yang menyembunyikan keaiban saudaranya di dunia, nescaya Allah akan menyembunyikan keaibannya di akhirat kelak"
-mafhum hadis-

10. NYATAKAN PERASAAN ANDA


Kalau korang sayangkan seseorang, nyatakan perasaan korang tu dengan cepat. Xpayah nak sorok2 lagi. TApi kena ingat, perasaan sayang ni atas dasar berkasih sayang kerana Allah, bukan sebab nak kaya ke, nak feymes ke, ape ke...

"Tidak beriman seseorang itu sehingga dia menyayangi saudaranya sepertimana dia menyayangi dirinya sendiri."

11. BERSOSIAL


At last, sampai jugak nombor 11 ni. (aq un dah penat nak menaip ni..hehehe). Nombor 11 ni pasal bersosial. Jangan salah paham pulak. Ni bukan sosial yang macam xde batasan tu, balik zaman jahiliah sana. Sosial ni bermakna dekatkan diri dengan masyarakat. Kira ni the most crucial condition in winning someone's heart. Lagi2, dah brape banyak social site kat internet skang ni. Yelah, kalau xbergaul dengan orang, hati sape pulak la yang korang nak tambat tu nanti.

-Hati jin?

+Uishh, jangan disebut benda tu. Aq un xtau nak kenal ke x.

Dah tu rajin2 la korang mengambil hati manusia2 di luar sana ok!

p/s:aplikasi atas tanggungjawab sendiri~