Proton Lekiu – Inovasi SUV Exora
Bagi yang sudah berkeluarga atau mereka yang gemar melakukan kembara, Lekiu mungkin antara model yang jadi pilihan.
Proton Kasturi – Inovasi Daripada New Saga
Proton Kasturi tidak jauh berbeza dengan model asalnya, New Saga. Cuma nampak sedikit perbezaan di bahagian hadapan, terutamanya pada lampu kereta ini.
Proton Lekir – Reka bentuk Kereta Perlumbaan Lotus
Daripada kelima-lima pahlawan yang dipamerkan, reka bentuk Lekir adalah antara yang menarik perhatian saya. Mungkin yang lainpun sependapat. Tapi tak pasti sama ada mampu memiliki kereta macam ini.
Proton Konsep Jebat – Inspirasi daripada Lancer Evolution
Rekabentuk Proton Jebat adalah modifikasi daripada Mitsubishi Lancer. Lebih tepat lagi, ia hampir menyamai Proton Inspira. Memiliki kapasiti enjin 2.0L jenis MIVEC turbo dengan 237 hp. Boleh mencapai kelajuan daripada 0-100 km/jam dalam masa 5.6 saat. Kelajuan maksimum boleh mencapai sehingga 232 km/j.
Proton Konsep Tuah – Generasi Persona akan datang
Proton Tuah dikatakan hasil daripada inovasi yang dibuat ke atas Proton Pesona. Rekabentuk Tuah juga tidak kurang hebatnya. Betul-betul kelihatan sebuah kereta mewah.
**************
Lepas SPM nty, bila aq dh amek lesen, mungkin kereta-kereta ni la yang jadi pilihan (terutamanya Lekir tu...macho woo). Tapi kena tengok bajet jugak la kan?? Hahahaa!
No comments:
Post a Comment