Aug 16, 2015

Meng'Aktivitikan' Kerja (~)



This show has more plot than my entire summer holiday~~


**********
Kosongnya masa
bukan perihal kita tak mengisi,
tapi, tentang mengisi cerita lain.

**********


Terasa kurang terisi cuti dari apa yang terancang. Mungkin, apa yang dirancang itu pun sebenarnya isian kosong semata.

Semacam mengisi gelas dengan 200 ml oksigen. Tak padan.

Terfikir, apa impak penggunaan kata kerja 'aktiviti' menggantikan 'kerja'? Adakah cuma satu placebo effect ataupun mainan akal terhadap mida separa sedar?

Contoh, gantikan.....

"Ada kerja kena dibuat hari ini" -------> "Ada aktiviti nak buat hari ini"

Hmmm?



*bebelan kosong......mungkin jari tak menari selincah dulu

Jun 2, 2015

Bebelan Pra-cuti (~)


Cuti = Mati ?

**************************

Salamun 'alaik!

Cuti.
Alhamdulillah, hampir habis jugak 10 bulan belajar dekat sini. Walaupun baru dapat semangat nak buat kerja betul-betul lepas habis last submission, kurang-kurang semangat tu boleh pass baton masuk waktu cuti nanti.

Macam pelik pulak sebut 'cuti musim panas' balik Malaysia nanti.

Apa-apa pun, diharapkan bahawa cuti kali ni lebih bermanfaat dan bombastik. Segala perancangan dah dibuat. Kita merancang, TUHAN merancang. Maka perancangan TUHAN lebih baik. Harap-harap tak lah burn cuti nanti pakai dengan....

Tidur. Makan. Laptop. Berjalan.
Sahaja.

Harapnyalah. Diri ni taklah haibat sangat sampai jadula tu penuh program sana-sini. Berkejar tak cukup tanah, berceramah tak cukup air liur. Aku bukan penceramah, cuma pembebel tak bertauliah.

Dan, harapnya taklah jugak 'ter'binge-watching tengok cerita ke, anime ke, YouTube ke. Serik sudah macam waktu cuti lepas INTEC itu hari.





'Projek' makin banyak. Projek skala besar.....grandiose gitu-gitu. Walaupun grandioseku cuma dalam kalangan manusia-manusia marhaen, tapi bukan ke masyarakat tu terbina dengan manusia marhaen? Cuma, harapan bahawa 'projek-projek' nanti akan membantu sedikit sebanyak manusia di sekeliling menjadi 'lebih manusia'. Doa dipermudahkan.

Ameen.

Dan, 'projek-projek' sekalian MUNGKIN bersifat underground.
Mungkin~~