Jun 15, 2013

Gua Manusia Ferum Oksida (~)

*ehsan Google Image*


Gua cuba melukis malam ni. Dah terbukti tangan gua dah berkarat untuk melukis benda-benda yang ada unsur realism. Even fictional and that's bad. Dan course gua sepatutnya kena ada good talent dalam lukisan. Dah berkarat.

Banyak sebenarnya benda lain yang dah berkarat.

Melukis
Larian bebas
Kawal nada suara
Melentur badan (bukan buluh)

2 hari lepas, gua balik Kuantan. Singgah maktab, jumpa kawan, jumpa cikgu, jumpa kucing, jumpa senior, jumpa buah hati.

Eh, silap-silap. Kalau buah hati gua tu yang disebut jumpa banyak-banyak tu la. Gua pun sempat jugak main basketball, tennis bagai. Sungguh, dah berkarat dah sukan dua benda tu. Tak test lagi skuasy, berenang, karate, kawad kaki (?)

Tapi tu semua baru karat body. Yang lagi teruk kalau gua karat hati.

*Google Image jugak*


Gua dah karat hafazan, dah karat ibadah, karat jadi mu'azzin, karat berbagai-bagai lagi. Macam mana nak buang karat hati dan karat body?

Hmm.....


p.s: mudah-mudahan tak jetlag banyak sangat....

Jun 6, 2013

Selemah Superman (?)

Betul ke gua selemah Superman?
Yang kalah hanya pada seketul batu?

Kalau batu besar kontena, memang gua kalah =.=''



Walaupun sebenarnya, Superman pun senang kalah kalau dia ada dekat sistem solar yang 'pakai' bintang merah. Superman senang kalah dengan magic. Dan gua tak tahu lagi Superman boleh kalah sebab apa.

Okay, dah lari tajuk dah gua ni.

*************

بسم الله الرحمن الرحيم



  عن أبي هريرة: أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: “المؤمن القوي خير وأحب الى الله من المؤمن الضعيف، وفي كل خير، احرص على ما ينفعك، واستعن بالله ولا تعجز، واذا اصابك شيء، فلا تقل: لو أني فعلت كذا، ولكن قل، قدر الله، وما شاء فعل، فإن لو تفتح عمل الشيطان”.




Maksudnya : Daripada Abi Hurairah r.a, katanya: Rasulullah s.a.w bersabda (maksudnya),“Orang mukmin yang kuat  (segalanya ) itu, lebih baik dan lebih dikasihi Allah daripada mukmin  yang lemah sedang setiap (mukmin) itu semuanya  baik. Utamakanlah (berusahalah) terhadap perkara yang menjamin kemanfaatanmu dan sentiasa bermohon pertolongan Allah tanpa rasa lemah semangat. Kiranya  kamu telah ditimpa  sesuatu (bencana dan ujian), maka janganlah berkata: kalau  aku lakukan ia akan jadi ‘demikian–demikian’ (berangan-angan) tetapi ini (apa yang berlaku) sudah ditakdirkan Allah s.w.t. Dia lakukan apa saja yang dikehendaki-Nya. Sebenarnya perkataan (kalau) itu, boleh mendorong kerja syaitan.” (Riwayat Muslim)”


**************

Gua memang tak pandai nak tafsir hadis pasal gua tak habis belajar lagi Bahasa Arab, Nahu, Shorof, Balaghah semua tu. Tapi, yang gua paham, memang mukmin yang kuat lebih baik dari mukmin yang lemah.

Tak semestinya kuat tubuh badan (ok jugak). Tapi, termasuk kuat agama, minda, akal, harta, kedudukan, emosi dan sebagainya. Blergh, panjang gua merapu.

Contoh?

Orang kuat boleh tolong angkat barang berat-berat, orang lemah MUNGKIN tak boleh
Orang kaya boleh bayar zakat dan cukai, orang miskin boleh terima.
Orang pandai boleh ajar orang, orang *kurang pandai* boleh belajar.
Orang tinggi ilmu agamanya boleh nikahkan orang, orang lain boleh dinikahkan.

Eh?

The point is, gua nak galakkan, bukan setakat orang Islam, tapi semua orang biar kita strive to be the best. Belajar banyak benda, buat banyak benda. Jangan jadi macam gua, duduk depan lappy je. Hmmm.

Esok dan 27 Rejab. Isra' Mikraj. Alhamdulillah. Cuma gua harap (gua la, kalau korang nak perasan pun boleh jugak) biar kita tak ambik peristiwa ni sebagai hari cuti umum 'Islam' dan sebagai hari untuk kita letak so-called Islamic posting on Facebook or Twitter or whatsoever. Dan keesokan harinya, kita post pulak benda mencarut, fitnah, lucah bagai. Ishishish....

Dan biarlah kita (especially gua) tak ambik kalender Hijri untuk tau bila puasa, bila raya, bila Maulid Nabi, bila Awal Muharram. Teringat tengok Islam KTP petang tadi.



Ok, gua terasa ni.....tapi tak cukup rasa lagi~


Extra:





p.s: still looking for heart-stopper cocktail recipe~~