Jul 20, 2017

Ketagihan Menghidupkan Idea (~)

Assalamu'alaikum!
Kadang-kadang, terasa sebegitu banyak idea dalam kepala boleh buatkan kita teruja. Itu ini, begitu begini (not quoting any song...*ehem*) sampaikan terasa kita tak terjangka nak membuatnya dalam dunia nyata.


Terasa hari ni nak berbasikal keliling bandar.
Terasa hari ni nak menulis sebuah cerita.
Terasa hari ni nak membaca suatu buku.
Terasa hari ni nak merekacipta suatu idea.

Yang akhirnya tak bergerak mana?

Bagi aku, perasaan ni dah lama terjadi. Sejak 5 tahun yang lalu. Di mana aku masih mampu berjalan ke taman sunyi seorang diri tanpa menghiraukan kata orang mahupun kata hati. Hanya berjalan selepas didesak otak ke otot-otot kaki yang akhirnya mengalah kepada hati bahawa ini semua perlu berakhir untuk hari itu.

Sekarang? Sekarang, otak ni cuma mampu memainkan senario-senario yang mungkin berlaku bila aku mula tunduk kepada idea-idea tersebut.Sehingga mencipta memori-memori palsu. Berfungsi, tapi palsu. Aku mula andaikan bahawa otak adalah mesin simulasi yang berkesan, tanpa sedar mula memakan diri sendiri menjadi malas dan mati dalam lautan idea sendiri.

Itu? Hanya realiti sosial (video sini) yang aku simulasikan dalam minda. Sampaikan sering aku mengandai-andai sesuatu akan berlaku seperti yang disangkakan. Sedangkan langkah pertama masih belum bergerak. Dan situasi ni berlaku ketika idea itu masih dikembangkan di dalam minda, belum pun bercerita dengan orang ramai.

Dan malam ni, aku punya banyak idea. Terlalu banyak. Walaupun esok masih ada 2 kertas peperiksaan terakhir untuk semester ni. Terima kasih untuk siri SHERLOCK musim ke-4 episod 0, segala mind palacenya dan ketagihan (harapnya bukan dadah).

Dan idea pertama yang sudah tertunai adalah tulisan ini.

Alhamdulillah~~~

May 29, 2017

Kosongnya Puncak Alam (~)

Assalamu'alaikum~

Lama rupanya keyboard ni berhabuk tanpa ketikan hati. Mungkin dah lama hidup aku tak tersusun dalam cara hidup.

15 tahun, 6 cara hidup. Semuanya ada cara hidup yang tersusun. Walaupun hidup keseorangan dalam bilik sewa nun jauh dekat Portsmouth.




Sekolah rendah? Pagi dan siang yang ceria.
Sekolah menengah? Petang yang sihat.
Maktab? 24 jam yang tersusun.
UIA? Dorm life yang mesra.
INTEC? Study life yang....okay la.
Portsmouth? Malam yang tenang.

UiTM? Jadual yang memerlukan kerja harian 5 hari seminggu, 8-to-6 setiap hari (?), agak memaksa diri untuk IKUT jadual. Bukan menyesuaikan diri dengan jadual tu sendiri. Buatkan aku rasa yang pagi kena buat itu, tengah hari buat ini, petang kena itu, malam ini.

Kurang kebebasan dari segi pergerakan, secara fizikal.

Gunakan motorsikal, akan habiskan duit minyak.
Jalan kaki? Destinasi tak sampai.




Mungkin sebabnya adalah PUNCAK ALAM tu sendiri (dan sosial kawan-kawan yang berbeza). Puncak Alam yang 'sedang baru' nak membangun buatkan tempat ni terasa agak kosong untuk aku yang dah terbiasa dengan kesibukan bandar Ampang ataupun bandar kecil Portsmouth.

Dan mungkin kawan-kawan yang biasa bergerak dengan kereta buatkan aku terasa lelah nak mengejar gunakan motorsikal pinjam.

Mudah-mudahan, siapnya pintu masuk hadapan UiTM Puncak Alam boleh kurangkan sedikit rasa helpless sebegini.

Bayangkan, perjalanan motorsikal ke kelas 15 minit sambil memandang fakulti yang hanya seberang pagar~

Feb 14, 2017

Satu Idea Pendek: NEGARA ISLAM (!)

Salamun 'alaik!

Adakah korang berminat nak tubuhkan 'Negara Islam'?
Adakah korang ingin kembalikan sistem khalifah?





Tapi apabenda tu 'Negara Islam' (NI)?

Kena ke NI perlukan satu sempadan geografi macam negara-negara sekarang ni? Ataupun NI ni adalah negara yang mempunyai penduduk muslim semata-mata? Ataupun cukup dengan negara yang diperintah oleh satu parti politik Islam?

Zaman dulu-dulu, mungkin kawasan pemerintahan Islam nampak gah dan hebat sebab dapat takluk kawasan-kawasan baru, luaskan semacam empayar yang merebak macam dakwat di atas kertas.

ATAU....

Mungkin NI tu cuma konsep. Menggunakan nilai-nilai Islam sebagai satu tanda aras dalam menguruskan hal-hal negara.

Mungkin negara yang diperintah diktator juga mempunyai ciri-ciri NI.

Mungkin kerajaan dan pihak agama bekerja bersebelahan, bukan satu di bawah yang lain. Sebab badan agama di bawah kerajaan akan dipergunakan dan kerajaan di bawah badan agama akan terbantut atau tergendala.

MUNGKIN~



*hasil dapatan daripada ceramah Misconception of Dawlah Madaniyyah oleh Dr Jasser Auda
**akan cuba tulis dengan lebih masuk akal dan terperinci daripada nota catatan

Feb 5, 2017

Susun VS Sepah: Ujian Personaliti Di Dalam (?)

Salamun 'alaik.



Dalam aku tengah kebosanan dan membebel sorang-sorang dalam bilik, aku selalu tertanya sendiri. Ramai yang pernah dengar benda ni dan mungkin ramai yang dah tau pun jawapan diorang.

Aku ni pengemas ke penyepah?

Sebab dari dulu lagi, if my memories were right, aku memang seorang penyepah barang. Laci tak pernah bersusun, buku berterabur, mainan masuk bawah sofa, baju berlonggok dalam almari. Sampaikan kalau ada orang kemas barang aku senyap-senyap, memang aku takkan jumpa la sampai ditunjukkan pakai ayat, "Tu depan mata tu!".

Tapi sekarang terasa macam aku ni lebih pengemas. 'Lebih' itu subjektif.

Kemas sikitlah buku-buku dalam almari, barang dalam laci, baju tersusun ikut jenis. Sampaikan terasa macam makin rajin pulak buat 5S dekat rumah. Walaupun 5S tu mungkin berkesan dalam persekitaran rumah ke tidak, itu aku tak tau.


The point is, aku tertanya-tanya macam mana cara seseorang tu susun atau simpan barang dalam bilik atau tempat kerja mereka menunjukkan cara mereka berfikir atau bekerja. Dan laman web personality test macam 16PERSONALITIES makin buatkan cabang serabut aku makin berselirat.

Macam, ada orang yang dah planned out everything. Crossing t's, dotting i's. Sampaikan diorang ni dah perfectionist dan memang akan kalut takpun marah kalau plan diorang tak menjadi.

Ada pulak yang tak kisah pun pasal plan-plan ni bagai. Go with the flow. Apa nak jadi, jadilah. Asalkan aku boleh buat, boleh hidup. Kerja selesai.

Dan aku pulak, aku terasa macam orang yang sentiasa buat rancangan untuk setiap benda. Walaupun untuk benda yang tak masuk akal dan tak boleh dibuat. Pengaruh komik.

Dan dalam masa yang sama, aku tak kisah sangat untuk ubah sesuatu benda sekerat jalan. Mungkin sedikit berharap yang apa-apa rancangan tu memang akan ada yang salah. Pengaruh seni bina.


.
.
.
.
.


Atau mungkin aku cuma terlebih bersemangat nak tengok SPLIT.


Entah~

Jan 29, 2017

Review: Desolasi (~)

Assalamualaikum, spoiler.



Kalaupun filem ni keluar tahun lepas (la sangat), dan aku dah tengok cerita ni sebanyak dua kali (agak malu sebab bukan di wayang), baru sekarang aku nak cerita.

Dari segi plot, mungkin agak pening dengan timeline cerita ni. Dari flashback, penceritaan semula dengan resolusi cerita yang mungkin agak teater dan tergesa-gesa?

Aku lebih teruja dengan konsep filem yang menggunakan keadaan medikal pesakit (Aiman) sebagai kenderaaan untuk menceritakan konsep iman dan redha dalam hidup, mungkin.




Dari segi visual, mungkin CGI filem ni Nampak agak merepek dan tak berapa polished. Lagi-lagi dalam babak Taman Kayangan (nama sendiri). Tapi, bagi aku ini mungkin salah satu cara untuk pengarah membezakan kepada penonton dengan jelas yang mana satu realiti, mana satu imaginasi.

Semacam minda yang tak berapa teliti dalam bayangkan sesuatu, macam tu jugak betapa tak ‘real’nya taman kayangan tu. Berbeza dengan filem Inception yang mana konsep utama adalah untuk kaburkan borderline antara mimpi dengan realiti.


Satu lagi filem yang berkualiti, bukan filem klise mahupun parodi kepada parodi.~~

Jan 20, 2017

Aku Acah-acah Youtuber (!)

Assalamu'alaikum!


Nampaknya, aku dah mula nak perasan-perasan jadi youtuber. Perasan nak jadi feymes dengan berjuta subscriber sambil dapat duit beribu-ribu dollar sebulan. Haha!



(Ini hanyalah satu penyataan sarkastik dan gurauan semata-mata. Jangan kecam saya yang kononnya mahu jadi terkenal dan mengejar gelaran dan populariti. Saya hanya mahu mencuba.)




Tapi, kena la mula dengan something yang boleh dibuat kan? Takkan dalam semalaman je boleh jadi youtuber feymes. Itu namanya pakai subscriber bots....eh?


Youtube: Crazy Russian Hacker. Mula-mula nampak macam lawak je dia ni, tapi makin lama makin hebat. Aku tabik dengan komen-komen yang nampak kritik, tapi sebenarnya bagi identiti kat dia.




Hah, sampai 3 kali kopipes...haha (gelak kehambaran).

Untuk permulaan, aku dah mula buat audiobook (lebih kepada bacaan teks). Bacaan pdf, ataupun mana-mana teks termasuklah bacaan cerita hantu dari r/shortscarystories. Mungkin aku nak baca cerita hantu dari r/nosleep pulak.

Jujurnya, aku masih tak berapa tahu jenis apa yang aku nak letak. Malahan, aku nak letak benda yang bawa manfaat.

Sekurang-kurangnya, benda neutral dan tak bawak masalah.

Jadi, sekarang aku teruskan dengan bacaan audiobook dulu dan bacaan dari subreddit. Tapi lepas ni mungkin aku nak letak video yang lebih kepada menunjukkan sesuatu. Contohnya, tunjukkan beberapa game atau video ataupun software.

Dan Youtube ni aku akan gunakan lebih sebagai vlog daripada video yang mempunyai bahan spesifik. Siapa tahu kan?

Macam Domics mungkin? Mungkin bukan bahagian animasi.

Bukan sekarang kut~