Salamun 'alaik!
Hari ni tiba-tiba gua nak cerita. Tiba-tiba....(Amaran: bacaan panjang yang bosan)
Hari ni tiba-tiba gua nak cerita. Tiba-tiba....(Amaran: bacaan panjang yang bosan)
Korang pernah dengar perkataan infiniti? Macam bohong je kalau tak pernah cakap, melainkan kalau memang tak pernah dengar seumur hidup. No offense.
Biasa la kut kalau waktu bebudak sekolah dulu, selalu lawan siapa boleh kira paling banyak dan paling laju.
1,2,3,4,5,6,7,8,9,10,11,12,13........
Dan sampailah beratus-ratus. Dan jugak permainan ini mungkin akan berakhir dengan rajukan dan 'boo-mengeboo' bilamana ada orang yang sebut,
Infiniti! Yeay, aku menang!!
.........
Biasalah, budak-budak.
Tapi, gua teringat sejak dari kecik lagi akan ada orang akan counter-attack dengan cakap, "INFINITI TAMBAH SATU!!".
Dan buatkan aku terfikir, besar mana nombor infiniti ni sampai bila ditambah satu, masih lagi dipanggil INFINITI. Bukan infinitu atau Majalah Infiniti (?)
Salah satu nak fikir idea Infiniti ni adalah dengn eksperimen Mobius Strip. Simple je, korang cuma kena guna sehelai kertas. Dan mungkin jugak bantuan Google untuk tahu maksud Mobius Strip.
..................................
Apa-apa pun, niat gua hari ni bukan sebab nak terangkan maksud infiniti ke apa. Sebab gua tak ambik PhD dalam Matematik Teori. Dan macam ada je benda alah tu.
Gua cuma nak bagi kita fikir tentang DEFINISI.
Maksud, erti, penerangan, sama kata. Gua bukan kamus bahasa.
Kadang-kadang, dan kadang-kadang tu mungkin bermaksud selalu, kita tersilap meletakkan definisi pada sesuatu benda. Ataupun definisi kita tak cukup 'umphh'.
sumber: Google -_-
Gua pun selalu jugak tersilap letak definisi pada sesuatu benda. Contohnya, katil dicipta untuk berbaring. Jadi, definisi katil adalah tempat pembaringan ataupun tempat tidur.
Tapi gua masih jugak tidur kat atas lantai.
Okay, berbalik pada infiniti. Pada gua, infiniti tu bermaksud kosong. Sebab masih boleh terima teori matter and anti-matter. Bagi setiap benda, akan ada pasangan dia yang berlawan sifat. Dan theory of fussion menyatakan (kelas fizik?) bahawa bilamana dua benda ni bertembung, mereka akan hilang dari kewujudan dengan bertukar sifat menjadi tenaga. E=mc² , bruh...
Tu baru nak cerita pasal infiniti. Macam mana pulak nak define Islam? Muslim?
Kafir?
Syiah?
Kapitalis?
Liberal?
Sedangkan definisi 'manusia' pun kita masih tak mampu nak capai kata sepakat sejagat. Mungkin.
Sebab, gua ada terdengar perbincangan.
Perlu ke kita buat baik? Kalau perlu, apa yang kita boleh katakan sebagai 'baik'? Apa sumber rujukan? Kalau ada, sumber rujukan tu sahih ke tak? Macam mana nak tahu?
Gua cuma takut kalau kita, terutamanya gua yang tengah menulis ni, sibuk bercerita tentang sesuatu benda tanpa tahu benda sebenar pasal cerita tu. Kita jadi ignorant. Ignorance is a bliss, yes?
Maybe.
Maybe not.....
Sedangkan kenyataannya, kita cuma meluncur di atas permukaan ilmu. Bukan calar mahupun menggali. Apatah lagi menyelam~~
Nak lukis kartun, bagi bermakna bro~