Mar 29, 2013

Apa Barang Baca Buku (?!)



Salamun 'alaik!!

Buku.

Korang rasa best ke buku tu? Yela, buku bukannya boleh touch-screen, takleh slide-slide, tak ada Burung Marah mahupun Larian Kuil. Macam kata-kata Abang Rancho dalam 3 Idiots:

"Instruments that record analyse summarize organize debate and explain information which are illustrative non-llustrative hardbound paperback jacketed non-jacketed with forward introduction, table of contents, index that are indented for the englightnment, understanding enrichment enhancement and education of the human brain thru sensory root of vision... sometimes touch"

Hahaha!

Mengarut sudah. Walaupun karutan tu agak perlu sebab kita perlukan ilmu! (apa kaitan....?) Ilmu tu kena ada bhai. Dunia akhirat memang kena ada ilmu. Sebuah hadis nabi yang berbunyi :

من أراد الدنيا فعليه بالعلم ومن أراد الآخرة فعليه بالعلم ومن أرادهما فعليه بالعلم
Maksudnya : Sesiapa yang inginkan dunia maka hendaklah dia berilmu, sesiapa yang inginkan akhirat maka dia juga mesti berilmu dan sesiapa yang ingin keduanya iaitu dunia dan akhirat maka dia lebih dituntut agar berilmu. (Sumber)

Heh, jari gua nak menaip pun dah berterabur. 

Anyway, knowledge is important, mate. Korang baca la banyak-banyak buku yang ada kat dunia ni. Tak kisah la genre apa. Fiction, non-fiction, sains, politik, agama, psikologi, ekonomi, motivasi, lawak, mahupun komik. Teruskan baca banyak buku. Biar berkoyan-koyan buku korang kat rumah. Gua pun ingat nak buat rumah gua nanti macam dalam cerita Spongebob yang ada bilik bacaan besaq gilak tu. Amin.

Apa-apa pun, pandai-pandai la pulak masa korang baca buku tu. Baca, baca jugak. Bak kata cikgu BM masa sekolah rendah dulu, buang yang keruh, ambil yang jernih. Ingat, jernih.....bukan separa jernih. Dah tu, jangan la asyik baca novel yang bagi janji angan-angan palsu korang di masa hadapan. Kenapa?




Well, that's just one of the reasons. Berlambak je lagi sebab kenapa kena pandai 'membaca' buku. Macam dalam travelog Ustaz Zaharuddin yang pertama, jangan kita taksub sangat dengan kata-kata seseorang syeikh ataupun tok guru sehinggakan sanggup menolak malah mengkafirkan pandangan atau pegangan golongan yang lain. Na'uzubillah.

Which means, gua nak tunjuk 6 buku yang baru gua beli minggu lepas. 6 buku, 2 hari! Padahal dulu sebulan satu buku je.




Dari atas: 
1) The Tales of Beedle The Bard  (ala...dalam cerita Harry Potter tu)
2) Relativity  (lari sikit ke pure science dari architecture)
3) Wong Fei Hung  (KUNG FU!!!!!............currently reading)
4) A Shite History Of Nearly Everything  (setompok fakta yang tak berguna)
5) Tweeting The Universe  (gua tak tahu lagi pasal apa)
6) Jangan Berhenti Berlari  (nicely done, boleh buat rujukan budak-budak yang nak sambung Islamic Banking...?)

Gua baru habis No.1 dengan No.6 dan tengah baca no.3. Apa boleh buat, buku PakCik D.K.Ching pun tak khatam lagi. BBW dekat Penang Times Square is nice, tapi Pesta Buku POPULAR kat Sunway tu yang tak layan. Banyak buku Mandarin (bukan limau) dan gua takde MakCik Alih Bahasa dari China. Alih-alih, beli jugak No. 3 dengan No.6 dalam POPULAR dengan harga biasa.

By the way, MASJID KAPITAN KELING!!! Hati-hati, takut korang termasuk dalam satu bangunan kecik yang ada kubur pulak dekat-dekat situ.





Disebutkan dalam sebuah hadis: "Dua golongan pelahap yang tidak akan kenyang, iaitu pencinta ilmu dan pencinta dunia." (Riwayat Hakim, bertaraf sohih lighayrihi dan disepakati oleh az-Zahabi, namun terdapat kritikan terhadap hadis ini.)~~

p.s: Melaka....here I come!


Mar 28, 2013

R.O.T.G (?)



Salamun 'alaik!

Gua sebenarnya tak ada cerita pun. Bukannya ada orang ramai nak baca, tapi kalau korang ada baca ni terima kasih la ye? Cuma nak kabor cerita baru, R.O.T.G a.k.a Rise Of The Guardian. Disebabkan gua pun dah lama tak jejakkan kaki ke panggung wayang, maka torrent lah antara harapan gua untuk tengok movie.

Bukan apa, torrent memang ada banyak advantages la bagi gua. Free, multiple quality choices, dan paling penting, boleh tengok berulang kali. Macam R.O.T.G ni, agak-agak boleh masuk list yang nak tengok banyak kali la kut.




Tapi, yang paling mengancam sekali, of course Jack Frost!




Apo nak dikato, karakter dia memang agak best la. Label? Rambut putih, hoodie, tongkat kayu, ais, terbang, bulan, angin & Guardian.

Gua tau benda ni memang mitos Barat je. Dalam Kristian pun tak ada, apatah lagi dalam Islam. Cuma bila tengok Jack Frost, tetiba teringat cerita Air Gear. Pandai-pandailah korang cari sendiri. Gua cuma tengok stail luaran si Jack Frost tu je.

Hahahaha! Dan post ni sangatlah tak berilmiah. Luahan perasaan cuma. In sha Allah, lepas ni gua kongsi pasal buku-buku yang baru gua rembat dari POPULAR dengan BBW.

Mar 27, 2013

Idea, Idea Everywhere (~)



Best ni kalau bagi hadiah hari jadi~~

Mar 3, 2013

Andai Berperangai Kopi Pasta (~)





Andai seorang perempuan datang kepadamu ketika kau berseorangan…
Andai seorang perempuan datang dan senyum mesra memandangmu…
Andai seorang perempuan datang duduk di sebelahmu membiarkan bahu dan punggungnya bersentuhan denganmu…
Andai seorang perempuan datang menanyakan tentang bentuk badannya kepadamu…
Andai seorang perempuan datang menanyakan tentang kecantikan wajah dan badannya kepadamu…
Andai seorang perempuan datang memintamu menghilangkan daun di rambutnya…
Andai seorang perempuan datang kepadamu sambil mendedahkan bahagian- bahagian tertentu…
Andai seorang perempuan datang tanpa segan silu denganmu…



Andai datang waktu itu, apakah tindakanmu?



MUNGKIN PADA PANDANGAN PEREMPUAN ITU,



“Kau adalah kawan karibku.”
“Gua takde perasaan dengan lu, so gua selambe jela dengan lu.”
“Kau dah seperti abang kandungku.”
“Kau dan aku bukan alim sangat jadi tak perlu hipokrit.”
“Kaulah kekasihku, diri ini sepenuhnya milikmu.”
“Aku tahu kau dan aku takkan mungkin berzina, kita pasti pandai mengawal diri.”
“Oh, kau adalah bakal suamiku, aku harus berlatih dari sekarang mengurangkan malu”.
“Ku berbuat begini tiada yang tahu, kau takkan cerita pada orang lain.”



TETAPI WAHAI LELAKI, ADAKAH SELALUNYA BETUL PANDANGAN MEREKA ITU?



Andai seorang perempuan itu datang…
Dan hanya dirimu pengawal gelanggang…



BERANIKAN dirimu untuk MENEGUR
GAGAHKAN dirimu untuk BERUNDUR
TABAHKAN dirimu untuk menjadi LELAKI YANG UNGGUL!



Lelaki yang hormat pada hak bakal suami perempuan itu nanti,
Lelaki yang hormat pada maruah kaum ibu dan adik beradik perempuannya sendiri,
Lelaki yang takkan disogok dengan benda-benda free,
Lelaki yang punya jati diri, menegur kerana TAK MAHU ISTERINYA NANTI BEKAS-BEKAS LELAKI,



Insaflah wahai diri yang bernama lelaki,



Andai seorang perempuan itu datang…
Beranikanlah diri untuk menolak dengan matang…
Andai seorang perempuan itu datang…




Andai berperangai kopipasta, berpandailah anda merujuk tuan empunya~~


p.s: ya, sedang melayan Owl City....

Bila Cinta Nak Bertasbih (?)


Salamun ‘alaik!!

Hmmm....bayangkan hidup sebagai seorang student di asrama/kolej. Walaupun korang bukan student, pandai-pandailah korang berangan ye? Hidup seorang student yang sibuk, jauh dari rumah (even though rumah jauh sepelaung je...), assignment berlambak-timbun-berbukitan, keas dari pagi sampai petang. 

Mungkin korang kena kerja nak dapat duit poket?

Pergh, hidup macam tu. Macam sakit je kan? Tapi bila ditambah dengan keliling perempuan comel munggil, seksa-seksi, manja-manja gedik. Kalau ada yang nampak baik pun, terdegup di hati nak mengenali. 

Fuuhhh!!

Eh? Lain macam je bunyinya. Yang part first tu biasa-biasa laa. Tapi yang second?

Nah....tu la cabaran manusia bila dalam perjalanan mencari ilmu. Asrama korang sebelah rumah pun still terasa sakit woo nak menahan godaan yang konfem lagi sedap dari eskrim PakCik Muthu. Dan makin jauh korang terbang, lagi banyak spesis-spesis ikan yang berwarna-warni. Erm....


Pernah tengokkah kita filem ni? Berzaman kut kalau baru nak disebut sekarang, KCB1 mahupun KCB2. Yang cerita bersiri tu gua tak tanggung la korang tengok ke tak. Gua malas. Hahaha!!

*pakcik kanan sekali tu best doe*

Dari pandangan cermin mata hipster(?) mungkin cuma nampak cerita pencarian jodoh di masa watak utama Mas Furqan masih belajar. Kerja jual tempe sama bakso untuk tanggung hidup keluarga kat Indonesia tapi si hipster kut-kut tengok dia dah get ready nak sara anak orang.... Ditambah pulak dengan pop-up si Anna 
macam damsel in distress.....aik?

Heh. Tu buat si pemakai kacamata hipster. Boleh kata langsung takde lens (baca:kanta) nak tapis. Tapi, si 
pemakai kacamata iman? Fuiyooo....kalah pandangan X-ray Superman kut.

Macam mana tu =.=?? Entah-entah macam ni;

Hipster: Si Azzam ni kuat belajar woo.....aset suami mithali nih. Hehehehe...

X-ray: Waa...malu gua dengan Azzam ni. Sempat lagi rupanya gua ber-DoTA.

Hipster: Haish, ko ni. Dah la dia boleh tak layan Eliana tu. Rugi kott!

X-ray: Hahaha!! Kau nak ke ambik Eliana tu jadi bini kau?

Hipster: (sengih kerang) Eh, buat stok awek boleh la. Nak buat bini mesti la yang baik-baik.....

X-ray: Hahaha!! Ko yang macam ni pun nak yang baik-baik, inikan pulak orang yang berwatak Azzam.

Hipster: Eh, dia tu lain. Lagipun, sweet apa kalau dapat first sight love macam dia dengan Anna. Macam aq dengan awek aq pulak dolu-dolu.

X-ray: Hahaha!! Layak ke kita jadi Azzam, takpun awek ko tu jadi Anna? Assignment pun lambat berantor, nampak awek je ko bersiul, lepak DoTA siang malam??

Hipster: Err.....ko lapar tak? Aq belanja meggi jum?

Dan akhirnya si Hipster duduk bercangkung atas pokok terpikir pasal kata-kata si X-ray. “Ahh...persyaitonkan semua itu. Cinta ku suci sesuci tepung gandum woi!”. Dan bergayutlah si Hipster dengan aweknya. Kan cinta monyet, bergayut dengan awek sambil bercangkung di atas pokok.


Sekalipun cinta telah ku uraikan,
dan kujelaskan panjang lebar,
namun jika cinta kudatangi,
aku jadi malu pada keteranganku sendiri…
meskipun lidahku telah mampu menguraikan,
namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang..
sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya..
kata-kata pecah berkeping-keping,
begitu sampai kepada cinta..
dalam menguraikan cinta,
akal terbaring tak berdaya,
bagaikan keldai terbaring dalam lumpur..
cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan..



Ah, sungguh tak bernafsu untuk menaip~~