Apr 29, 2012

愛しているよ = Aishiteru (~)


Let's do some Doodle Dakwah... d[^__^]b

Apr 26, 2012

"Apologize" (~)


Apologize.....is it too late?

Apr 25, 2012

Dead and Gone (~)


Lesbian, Gay, Biseksual Dan Transgender (LGBT) (?!)

 Lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT). Korang rasa macam mana kalau tiba-tiba golongan jadi salah satu kategori 'jantina' dalam borang-borang yang bakal korang isi?

Gua tahu. Agak meremang, kan? Dah tu, sibuk pulak diorang nak memperjuangkan 'hak' diorang kat Malaysia ni. HAK? Bak kata mereka,

"Hak asasi golongan mereka untuk mendapat kehidupan normal seperti orang lain."

Sebab tu la hari Jumaat nanti, pihak LGBT ni akan adakan satu perhimpunan aman di hadapan Pejabat Majlis Peguam. Dengan harapan (yang gua harap tak menjadi) akan merealisasikan hak mereka itu.

Dah berhimpun, siap ada tema lagi tu!

KUALA LUMPUR – Satu perhimpunan aman yang menyokong hak asasi golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) akan diadakan pada 27 April ini (Jumaat) tepat jam 2.30 petang.

Sumber terdekat mengesahkan perhimpunan aman tersebut akan diadakan di hadapan Pejabat Majlis Peguam dengan menegaskan tema utama perhimpunan itu adalah ‘LGBT Bukan Penjenayah’.

Misi utama perhimpunan itu diadakan adalah untuk menentang pihak-pihak yang cuba melarang golongan LGBT dalam memperjuangkan hak asasi golongan mereka untuk mendapat kehidupan normal seperti orang lain.

Himpunan aman itu juga adalah bagi menyahut saranan pernyataan umum tentang Hak-Hak Asasi Manusia yang merupakan deklarasi utama dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Difahamkan juga risalah mengenai perhimpunan aman itu juga sudah diedarkan kepada orang ramai di beberapa lokasi untuk menarik perhatian dan jumlah pengikut-pengikut yang menyokong LGBT.

Pihak yang menganjurkan himpunan aman untuk LGBT juga menyarankan agar orang ramai yang menyokong hak asasi manusia kepada golongan LGBT untuk turut serta bersama dalam himpunan tersebut.

LGBT juga akan menyertai demonstrasi Bersih 3.0 yang akan diadakan pada hari Sabtu ini, jam 8.00 pagi serentak di Dataran Merdeka. -sumber

LGBT ADALAH JENAYAH

Siapa kata LGBT ni bukan jenayah? Okay, gua rasa tak ada lah termaktub dalam undang-undang Negara (agaknya) yang LGBT ni jenayah. TAPI, kalau dah sang empunya diri tu beragama ISLAM, then it is a crime!

Kat situ, dah jadi jenayah agama. Sebab, Islam sangat melarang keras hubungan songsang. Dah termaktub pun dalam al-Quran. Dalam peristiwa kaum Nabi Luth. Korang semua pun tau kan?





HUBUNGAN SEJENIS LANGGAR FITRAH MANUSIA

Diorang kata, tuhan dah bagi diorang nafsu songsang. Jadi, patutnya kita sokong diorang. Bukan diorang nak nafsu macam tu. Tapi, tu adalah ujian yang tuhan bagi.

Siapa kata kita tak sokong? Cara nak sokong diorang adalah, kita kecam pertubuhan LGBT ni. Pada masa yang sama, kita tolong diorang berubah kembali ke pangkal jalan. Ke fitrah semulajadi manusia yang sebenarnya. Itulah sokongan yang sebenar-benarnya.

Bukan dengan cara sokong perjuangan diorang untuk bebas lakukan kegiatan LGBT kat Malaysia ni. Perkara ni hanya akan lebih merosakkan mereka. Dan jugak anak-anak kita pada masa depan kelak.

Sekarang mungkin kita luluskan pertubuhan LGBT ni. Masa depan nanti, diorang mintak kahwin sesama jantina pulak. Macam mana? Tak ke haru jadinya?



sumber: Jejaka Terhangat


p.s: Ada kaitankah dengan BERSIH 3.0?

Apr 24, 2012

Air Pun Boleh Menari, Tahu (?)



Resepi:

1. Air, tepung jagung (cornstarch) dan pewarna secukup rasa.

DONE!! Have fun with your 'water'!

Apr 20, 2012

BERSIH 3.0 (~)


Pelancaran BERSIH 3.0 Parlimen Ampang

22 April 2012, Ahad, 8.30 malam
Hadapan CIMB Bank,
Bandar Baru Ampang.

*************


Harap maaf, saya tiada berniat untuk menyokong mahupun menolak benda cenggini. Cuma melihat dan menyampaikan sahaja. Siapa yang berminat, silakan. Siapa yang tak suka, jangan pergi. Jangan pulak siap-siap pergi report polis, wartawan bagai. Tapi kalau nak buat, aq tak halang. Tapi, aq pun tak galakkan.

Pendek cerita, aq tak terbabit langsung ye....


p.s : Jangan aq nanti kena buru dengan kerajaan sudah....

Apr 19, 2012

Gender Equality (?)

*klik untuk tumbesaran*

Lonely Astronaut (~)



Can anybody hear me?
Or am I talking to myself?
My mind is running empty
In the search for someone else
Who doesn't look right through me.
It's all just static in my head
Can anybody tell me why I'm lonely like a satellite?





Manusia itu terpenjara dalam bilik buatannya sendiri. Ramai yang berluka darah semata-mata hendak masuk ke dalam penjara tersebut. Kata mereka, bilik itu adalah syurga dunia, yang boleh memuaskan, sekurang-kurangnya diri mereka.

Dan aq juga pernah terpenjara, mungkin masih lagi terpenjara. Percayalah, sakitnya hati kalau nak keluar dari situasi tu. Hati siapa pun akan menanggung barah. Tapi kalau hati sendiri, kurang-kurang kita sahaja yang menahan sakit.

Tapi bila hati lain yang sakit?


'Cause tonight I'm feeling like an astronaut
Sending SOS from this tiny box
And I lost all signal when I lifted up
Now I'm stuck out here and the world forgot
Can I please come down? (come down)
'Cause I'm tired of drifting around and round (and round)
Can I please come down?


Astronaut. 

Seorang lelaki. Seorang astronaut. Angkasawan. Tinggalkan dunia untuk ke angkasa. Dah letih dengan kerenah dunia yang terlalu mementingkan diskriminasi, anggapan, fitnah, tindasan. Tapi dia berasa tidak senang. Sebab dunia ciptaannya tu pun tak sempurna.

Kosong.

Lalu, dia ingin pulang ke dunia asal. Lelah dengan dunianya sendiri yang menolak dan menarik sesuka hati. Terdetik, "Dulu, aku masih ada kehidupan. Sekarang, aku cuma HIDUP."


I'm deafened by the silence
Is it something that I've done?
I know that there are millions
I can't be the only one who's so disconnected
It's so different in my head.
Can anybody tell me why I'm lonely like a satellite?



Percayalah, ramai lagi.



Now I lie awake and scream in a zero gravity
And it's starting to weigh down on me.
Let's abort this mission now
Can I please come down?

So tonight I'm calling all astronauts
All the lonely people that the world forgot
If you hear my voice come pick me up
Are you out there?
'Cause you're all I've got!

And tonight I'm feeling like an astronaut
Sending SOS from this tiny box
And I lost all signal when I lifted up
Now I'm stuck out here and the world forgot

'Cause tonight I'm feeling like an astronaut
Sending SOS from this tiny box
To the lonely people that the world forgot
Are you out there?
'Cause you're all I've got!

Can I please come down?
'Cause I'm tired of drifting round and round.
Can I please come down? [x3]



Any last words?

Yeah, I think I do.






p.s : Astronaut - Simple Plan

Apr 17, 2012

Kenapa Wanita Tidak Boleh Kahwin 4 (?)



Malas aq nak terang panjang lebar. Ni haa, korang tengok gambar ni, korang faham sendiri.
HUAHUAHUAHUA!!!!










dari sini.

Apr 14, 2012

In-Team - Bisikan Nurani (~)







Bisikan Nurani

Album : Damba Kasih
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com

Lautan kematian ombak
Tenang pantai tiada terusik
Begitulah tasik hatiku
Sejak kehadiranmu

Betapa aku hargai
Anugerah syurga di dunia
Doa kudus aku panjatkan
Semoga dirahmati

Telahpun ku syukuri
Di dalam hidup ini
Cinta suci kurniaan Ilahi

Kejernihan wajahmu
Sempurna pada pandanganku
Kau kirana

Keturunan terpilih
Disanjung serta dihormati
Kau permata

Kesederhanaanmu
Mengecap kekayaan dunia
Kau mestika

Ketaqwaan dirimu
Itu yang merantai jiwaku

Bukan aku memuji
Apalagi memuja
Salahkahku kagumi… perhiasan duniawi

Bisikan nuraniku
Engkaulah pilihanku
Akanku pertahankan
Amanah suci ini

Apr 11, 2012

Road block (?)


Bila Kita Kena Hentam Dengan Batu Golek (~)


Kadang-kadang (selalunya) aq lagi senang nak letak benda macam ni dari Facebook. Sebab ada yang dah meletakkan ayat mereka dengan cantik. Dan aq akui yang ayat aq tak lah berapa macho dibandingkan dengan ayat-ayat mereka itu.

Itu pun lepas tengok ramai orang yang tulis pasal kejadian gempa bumi di Acheh petang tadi dan kait-mengaitkan hal tu dengan ayat dalam al-Quran. Susah nak bagi ayat sendiri kan? Baca kat bawah ni :


*********************

Saya melihat bahawa orang mula menyelak Surah Hud(surah ke 11) ayat 4, kerana tarikh hari ini(hari berlakunya gegaran kuat) adalah 11hb 4.


Saya juga mula melihat bahawa orang mula membuka Surah Al-Anfal(Surah ke-8) dan membaca ayat 9 kerana gegaran yang berlaku dikatakan berskala 8:9 Ritcher.



Kemudian orang mula berkata bahawa, peristiwa ini sudah dijangka berlaku di dalam Al-Quran terlebih dahulu.

Perkara ini adalah apa yuang ulama' tafsir namakan sebagai I'jaz 'Adadi(Mukjizat Kenomboran) di dalam Al-Quran.

I'jaz 'Adadi ini juga pernah dibesar-besarkan semasa peristiwa World Trade Centre dilanggar oleh kapal terbang pada 11hb September 2001. Orang ketika itu sibuk membuka Surah At-Taubah(Surah ke-9) yang berada dalam juzu' ke-11, dan membaca ayat 109(kerana World Trade Centre itu dikatakan mempunyai 109 tingkat).

Kemudian orang berkata bahawa, Al-Quran sudah 'predict' peristiwa 9/11 lama sebelum peristiwa itu berlaku.

Maka, melihat situasi yang saya berlaku semula dalam hal gegaran 11/4, saya suka ingin berkongsi ilmu yang Allah izin saya ada berkenaan hal ilmu I'jaz 'Adadi ini.

Guru saya di dalam perkara ini adalah Dr Muhammad Jamal, yang merupakan anak murid kepada almarhum Dr Fadhl Hassan Abbas, pakar Al-Quran di Jordan. Almarhum Dr Fadhl Hassan Abbas ada menulis satu kitab bernama I'jaz Al-Quran Al-Karim.

Di bahagian akhir buku, Almarhum Dr Fadhl Hassan Abbas ada menyebut berkenaan I'jaz 'Adadi dan tidak bersetuju untuk menyatakan perkara itu sebahagian daripada Mukjizat Al-Quran. 

Dr Fadhl menulis bahawa mukjizat-mukjizat Al-Quran adalah yang menyingkap apa yang tersurat daripada diri manusia, atau alam semesta, hingga memberikan manfaat kepada manusia dalam praktis amalannya.

Namun I'jaz 'Adadi, pada Dr Fadhl Hassan Abbas, tidak memberikan manfaat dan faedah kepada manusia dalam praktis amalannya. Tinggal semata-mata takjub, dan kemudian berbangga-bangga bahawa Al-Quran telah menjangka perkara itu akan berlaku.

Sepanjang pengajian saya bersama Dr Muhammad Jamal, saya mula melihat betapa Al-Quran, apabila berbicara fasal kiamat, diceritakan secara jelas agar kita boleh bersedia akannya. Bukan bersedia untuk mengelak kiamat, tetapi bersedia untuk menghadapi kiamat dengan amalan kita.

Tetapi di manakah manfaatnya jika kita tahu tsunami akan berlaku pada tarikh sekian dan sekian? Di manakah faedahnya kepada urusan akhirat kita, apabila kita tahu WTC akan runtuh pada tarikh sekian dan sekian?

Apatah lagi, setakat ini, tiada siapa mampu mencari angka-angka tertentu di dalam Al-Quran untuk menjangka masa hadapan dengan tepat. Selepas runtuh WTC, baru orang gunakan angka-angka seperti 9, 11, 109 yang berkaitan dengan peristiwa itu, lalu menyelaknya, kebetulan ianya berbicara bangunan orang bertaqwa, dan bangunan orang yang zalim yang akan runtuh?

Selepas berlaku gegaran pada tarikh ini, pada skala yang kita ketahui ini, baru kita boleh pergi selak, mencari angka-angka yang berkenaan, dan menceritakan akannya. Maksudnya, selepas berlaku, baru kita tahu. Maka, sekali lagi, di manakah faedahnya?

Dr Muhammad Jamal pernah berkata, sepatutnya I'jaz ini datang dalam keadaannya yang seragam. Contoh, I'jaz Al-Quran dalam Balaghah, ia datang dalam keadaannya yang seragam. Bukan di sini lain, di sana lain. 

Kalau kita perasan, I'jaz 'Adadi tidak seragam. Kes WTC, tarikh 11hb 4, dicari dengan menggunakan juzu' 11. Sedangkan tarikh 11hb 4 digunakan dengan menggunakan surah Hud, surah yang ke-11. Tidak konsisten.

Jadi, konklusinya, sekadar dengan ilmu yang saya ada,
perkara ini tidak sepatutnya dilaung-laungkan sebagai mukjizat Al-Quran.
Sekadar dengan ilmu yang saya ada.
Ini adalah perkongsian sahaja.

-----------------------------
Dr Muhammad Jamal pernah berkata,
"Dari kita korek benda-benda yang kurang jelas dan amat tersirat untuk kita di dalam Al-Quran(memaksudkan I'jaz 'Adadi), sekadar untuk memuaskan akal kita dengan keajaiban-keajaiban yang tidak punya manfaat pada praktis hidup kita, mengapa tidak kita pergi kepada perkara-perkara yang sudah jelas dan tersurat cerah pada Al-Quran itu, dan berusaha mengambil manfaat daripadanya?"

♥ hilal asyraf ♥


*******************


Tak kisah lah apa yang nak disebutkan, tapi keadaan pun dah melarat kat Malaysia. Ada jugak yang berkata ikut ramalan kaji meteorologi yang tsunami nak melanda mula malam ni dekat kawasan Georgetown.


Nampak gambar atas? Gambar tu abang ipar aq ambil dekat Penang. Air laut dah surut kena tarik dan kalau kamu orang sedar yang air bila ditarik, akan menolak dengan besar. Tsunami kemungkinan besar berlaku.





Trending sekarang, "Ya Allah".

Mereka kata, "Hah, sekarang ni baru nak ingat TUHAN! Ceh." Entahlah, ayat semacam agak berbahaya kerana ada yang mengatakan, "Jangan lah cakap macam tu bro, buat lemah semangat orang nak taubat je."

Betul jugak lah agaknya, sebab ini adalah antara cara TUHAN nak menyedarkan hamba-NYA. Ingat, selalu kita dibaling dengan batu-batu kerikil yang comel-lote. Jangan sampai kita dibaling dengan batu golek yang muat tutup mulut gua dalam hadis ni (klik sini), baru nak tersedar. Dan Alhamdulillah, TUHAN masih menyayangi hamba-NYA sebab bagi reminder macam ni.


p.s: Ada salah tegur la aq, jangan nak hentam belakang abdomen aq saja. Ya?


Update: Amaran tsunami di Malaysia telah ditarik balik pada pukul 10 malam waktu Malaysia.

Apr 7, 2012

Be A Silent Lover (~)







CUKUPLAH AKU MENCINTAI DALAM DIAM ♥
(must read dan renung2kanlah..)


Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..

Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH
"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."
(Adz Dzariyat : 49)

Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji.
Dan suatu jalan yang buruk."
(Al Israa' : 32 )



Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.
Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu

Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus & menyelusup

Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga

Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan

Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??
".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Al Baqarah : 216 )


Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.
Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri

Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya
"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga."
(Umar Bin Khattab ra)


If you really love her, you won’t touch her.
Not even the slightest bit.
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years ..
then you can do it the halal way


“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.”
(HR. Al-Hakim)


*******************


Kopi-pasta dari Facebook. Terima yang benar~~

Apr 6, 2012

Fiq - Manifestasi Cinta Feat Mirwana :Official Video Clip (CST Production)





Fiq - Manifestasi Cinta  Feat Mirwana


Apakah akan terjadi pada semua
Bila mentari dan sang bumi
Tak lagi saling memahami

Dan cinta yang sedia ada
Pupus sudah segalanya
Hanya tinggal sisa suka duka percintaan

Haruskah aku berdiam membisu
Berdiri membiarkan semua itu

Dan cinta yang sedia ada
Pupus sudah segalanya
Hanya tinggal sisa suka duka percintaan

Haruskah aku berdiam dan membisu
Berdiri membiarkan biarkan semua itu

Engkau nafas hidupku..haaaa
Kau manifestasi cinta..haaaaa
Engkau nadi jiwaku..haaaaa
Dari detik terulang
Kau rahsia mimpiku..ohhhh

Haruskan aku berdiam membisu
Berdiri membiarkan semua itu

Engkau nafas hidupku..haaa
Kau manifestasi cinta..haaa
Engkau nadi jiwaku..haaa
Kau manifestasi cinta..haaa
Engkau rahsia mimpiku..haaa
Kau manifestasi cinta..haaa
Engkau nadi jiwaku..haaa
Kau manifestasi cinta