PUTRAJAYA - Mulai 1 Januari depan, hanya logo halal yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) boleh digunakan dan diiktiraf.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah itu susulan penguatkuasaan Akta Perihal Dagangan 2011 yang diluluskan Parlimen Julai lepas dan akan berkuat kuasa 1 November ini.
"Ini bermakna premis makanan, restoran, hotel dan pihak-pihak lain yang sebelum ini menggunakan logo halal bukan dikeluarkan Jakim, perlu membuat permohonan baharu kerana selepas tarikh 1 Januari nanti, semua logo halal sedia ada adalah terbatal.
"Mana-mana pihak lain juga tidak boleh lagi memperakukan atau mengeluarkan sijil halal ataupun membuat pengisytiharan sendiri berhubung status halal," katanya kepada pemberita di sini semalam.
Ismail Sabri berkata, selepas tarikh itu mereka yang masih menggunakan logo halal lain boleh didenda sehingga RM250,000 bagi pertubuhan perbadanan dan sehingga RM100,000 bagi orang perseorangan atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Ismail Sabri berkata, bagi pihak industri pula, tempoh setahun diberikan untuk menukar semua produk keluaran mereka dengan logo halal Jakim.
sumber : sini
***********
Ehem. Nampaknya perut pemakanan aq akan lebih terkawal la harapnya lepas ni. Nak makan kat kedai mana-mana pun kena tengok dulu. Kira okay apa kalau kita letak satu je penanda aras pasal status halal makanan tu. Padahal aq nak makan luar pun jarang lepas duduk Kuantan ni (abes nanti siap la ko, perut!).
Tapi, betul jugak ceramah Ustaz Zolkornain pasal status kehalalan makanan hari tu kat surau. Cuba korang bayangkan, korang pergi dekat satu rak makanan kat mana-mana supermarket. Tak kiralah, Teekot ke, Kar4 ke, asalkan kedai yang boleh membeli-belah. Tiba-tiba korang ternampak satu tin makanan. Dekat tin makan tu tertulis.....
Tapi dekat tin tu ada pulak benda ni....
Agak-agaknya korang nak beli x?
OK, ini bukan satu cubaan nak mengatakan bahawa logo halal JAKIM tu tak berapa menjaminkan status kehalalan makanan atau premis makanan tu sendiri. Benda ni, diorang dah tapis sebaik boleh untuk kegunaan kita gak. Tapi, memang tanggungjawab korang kita lah sebagai pengguna untuk menilai dan mencari sendiri kehalalan tersebut. Biar makan sikit di dunia, asalkan tak makan api neraka di akhirat sana....
p.s : sekadar berkongsi~
No comments:
Post a Comment