Nov 11, 2016

KS vs Pangkor (!)



Salamun 'alaik!

Sepurnama yang lepas, KosmikStudio (KS) telah memulakan perancangan untuk meluaskan jajahan mereka selepas berlakunya perjanjian damai di Janda Baik 2 musim (6 bulan) sebelumnya. Namun, pergerakan KS kali ini telah dirancang dengan lebih ganas dan agresif.

Maka, berlakulah segala persiapan senjata dan kawasan perlindungan 2 minggu sebelum penjajahan dilakukan. Berhempas pulas rejimen-rejimen KS mengerahkan keringat sehingga lencun segala baju mereka dengan peluh adrenalin dan air mata mengantuk mereka.






Malah, sebelum mereka sampai ke Pangkor, masih berupaya untuk menakluk Teluk Batik terlebih dahulu untuk dijadikan pangkalan selama 3 hari. Maka, tersebar luaslah segala binaan-binaan dan senjata mereka sepanjang persisiran pantai tersebut.

Belum nak cerita dengan kehadiran tentera asing di kawasan sebelah.


Perwira muda (tolak 2 orang)





Persiapan Rejimen Tenggiling





Walaupun berlaku sedikit pergelutan dengan tentera tempatan, KS masih mampu bertahan untuk meneruskan pergerakan mereka ke Pangkor.

Namun, ternyata Pangkor hanyalah sebuah tanah yang masih belum mampu untuk KS mengaut segala isi emas yang ada di sana. Penduduk-penduduk di sana juga lembut lidah dalam berurusan dengan KS sehinggakan KS hanya mampu mengambil segala ilmu pengetahuan kawasan tempatan untuk merancang ekspedisi jajahan seterusnya.

Malah, desas-deusus berbisik bahawa KS harus bergerak secara bersendirian untuk merancang perjalanan mereka.



KS masih muda.
Pergerakan mereka walaupun bertatih, tetapi gagah. Jangan pula digunturkan semangat mereka, tapi siramkan dengan kata-kata dan tunjuk ajar.
Masih ramai yang merangkak hendak berjalan, jangan pula terus diasak berlari ke hujung dunia.



Life is a race, but only with yourself~~

Nov 10, 2016

Panaskan Jari Jemari (~)

Salamun 'alaik!



Long time no see, brother!

Entah kenapa, dah lama tak menulis dekat sini. Macam biasa, nafsu menulis selalu dipersalahkan. Takpun, lifestyle aku yang semakin menghampiri keadaan air yang tenang takda buaya langsung.

Lagipun, tahun 2016 nak pergi dah. Tanda akhir zaman sungguh, masa macam F1 buat pecutan last lap. Kehidupan aku yang sungguh biasa dekat universiti awam Malaysia, terlebih kurang dari paras biasa waktu kolej dulu-dulu. 3K yang terlebih guna.

Kuliah. Katil. Kafe.

buang part Korea, aku layan Shokugeki sekarang......


Kalau nak ada aktiviti hujung minggu pun, dah hujung-hujung sem kan. Hujung minggu dah dirompak dengan aktiviti berjalan ke sana ke mari. Maka, tersangkutlah kita dengan aktiviti dalam kawasan JAJAHAN universiti.

Kalaupun, aku kagum tahap habis jugak dengan studiomate sekalian yang sibuk sama angklung, busking bagai. Terasa malu tahap giga la aku yang tidur macam panda ni.

Dan entah kenapa, sekarang ni aku sangat bersemangat design torture room. Tak macam awal-awal dulu. Terima kasih wahai cara belajar luar negara!~



p.s: tolonglah buaya Sarawak datang menyerang....