Jan 28, 2016

Sunan: Plot Twist (~)



Salamun 'alaik!

Setelah berzaman dengan Koleksi Laksamana Sunan karya RAM ni, aku mengaku yang aku dah lost track.

Haha! Bukan apa, lepas 5 buku pertama tu, timeline cerita ni macam dah mula main pusing-pusing merry-go-round. Buku ke-6, cerita dengan anak dia. Ke-7, prekuel sebelum mula berguru dengan Wali Sufi (agaknya....).

Lepas terberanaknya buku baharu ni, macam suruh aku baca dari awal je. Spoiler: Bagaikan Puteri dah hilang dalam pinjaman manusia.

Okay, Forbidden Forest baru untuk aku.
Kedai buku.
Terutamanya Hasani.
Hasani..........

Jan 16, 2016

Satu Idea Pendek: 1 Kilogram Masa (~)


Assalamualaikum!

Pagi! (atau petang, malam....bergantung koordinasi anda di dunia).

Kita selalu dengar atau baca 'Masa itu Emas' kan? Aku rasa dah muak dah dengar dengan baca, lagi-lagi bila nak mula musim exam sekolah dulu-dulu. Sampaikan ada orang buat video macam mana kita nak samakan masa=emas.

Pakai berapa average pendapatan orang dalm masa sejam, itu ini itu ini.....dapatlah kut nilai.

Hari ni, aku baru tau macam mana nak dapat feel lebih pasal masa dan emas.

Kita manusia marhaen. Nak kumpul emas buat barang kemas ataupun mas kahwin. Pakai gram ja, toksah kilo-kilo ni. Tu yang buat kita rasa emas tu mahal.

Macam masa jugak.

Kita manusia biasa-biasa. Uruskan kerja pakai minit. Contoh: "Aku nak sapu rumah ni dalam 30 minit lah." Daripada kita kata: "Aku nak sapu rumah pukul 9 nanti lah"

Macam korang tak biasa pulak tangguh kerja sebab lewat mula 10 minit je pun.

Simpan emas macam kawan aku, Nushi.

Tak pun, boleh belajar pasal pengurusan dengan Irfan Khairi.

Berlakon semangat pun boleh jugak. Jangan tak buat langsung~~

Jan 9, 2016

Satu Idea Pendek: Sampah Masyarakat (~)



Ini adalah lori sampah.

Kawasan rumah aku tak ada lori sampah, jadi kitorang kena hantar sampah-sampah masuk dalam tong sampah besar macam ni dekat kawasan pasar basah, 5 minit kalau dari rumah aku naik kereta.




Idea baru.

Daripada kita jadi sampah masyarakat, baik jadi lori sampah masyarakat. Literally.

Sihatkan badan, bersihkan kawasan. Barulah hipster.~


Kosong (?)




Percayalah.

Duduk rumah, kosong aktiviti tu sangat-sangat bosan. Nak kerja, kerja apa boleh buat sebulan (alasan). Aktiviti pun, ada jugak mencari. Tak berjumpa.

Bersyukurlah korang kalau ada kelas yang nak kena menghadap tiap-tiap hari.
Kalau ada kerja yang kena urus tiap-tiap hari.
Kalau ada masalah yang kene settle tiap-tiap hari.

Kurang-kurang, korang tak merasa useless. Melukut di tepi gantang. Melukut pun ada peranan jadi peribahasa.