Nov 13, 2015

Dua Mata (~)


Salamun 'alaik!

Haaa....di atas tu namanya pedang dua mata. Tak bermakna pedang tu boleh melihat mahupun perlukan kaca mata jikalau mereka rabun. Ianya bermakna mereka boleh memotong dari kedua-dua arah yang berlawanan.

Mungkin boleh letak 'pedang dua gigi'?

Apa-apa pun, sudah tamat sistem pembelajaran aku di Portsmouth. Babai wahai bandar pelabuhan yang begitu landai sekali tanahmya, bandar yang bangunannya sangat merendah diri.


- Aik, belajar setahun je ke??




Haa....jangan tak tahu.

Kena balik atas sebab-sebab tertentu.
Sebab yang selalunya membuatkan orang yang menghadapinya akan menangis teresak-esak, tak pun terasa down macam kena tinggal cewek/cowok. Manusia yang mendengar berita sebegitu pula, mungkin selalunya akan mencebik ataupun akan terdengar sindiran-sindiran pedas-ala-ala-tajam gitu.

Tapi bagi aku, jalan cerita sebegini macam dah selalu terjadi. Semacam ada arithmetic pattern dalam kehidupan pendidikan.

Di mana ceritanya akan membabitkan dua buah institusi pendidikan untuk setiap peringkat pendidikan.

2 tadika
2 sekolah rendah
2 sekolah menengah
2 pusat persediaan

Dan sekarang, aku sedang berusaha untuk melengkapkan 2 lagi kuota: universiti dan sponsor. Tolong dipermudahkan urusan......ameen.

Lagipun,

rezeki,
pengalaman,
ilmu,
persahabatan,

duduk sini selama 10 bulan mungkin tahap maksima yang ALLAH dah tetapkan. Lebih bermakna berbanding kalau aku duduk selama 3 tahun~~



*manusia yang sedang terus atas satu jalan,
aku sedang di persimpangan yang punya banyak pilihan.....

Nov 6, 2015

Satu Idea Pendek: Ex Nihilo

sekadar gambar hiasan


Ex nihilo. Teori falsafah bahawa satu kuasa mutlak menciptakan dunia dari tanpa apa-apa.

Berlawanan dengan konsep Platonik yang menegakkan bahawa semua ciptaan dunia adalah sebahagian daripada kuasa mutlak, cuma telah dicemari dan direndahtarafkan.

Camera Obscura (~)



Salam 'alaikum~

Manusia dan perjalanan tu macam tak boleh dipisahkan. Ada yang berjalan jauh, ada yang dekat-dekat saja. Ada jugak yang takat berjalan kedai MakCik Limah nasi lemak depan rumah aje. Itu pun berjalan jugak.

Tapi, berjalan beribu batu (atau kilometer) tanpa pandangan Eagle-vision pun macam tak berapa berbaloi la sangat.

Ada sebab aku taip 'pandangan' dan bukan 'penglihatan'.

Aku pun bukan la hebat sangat, alim dan begitu berwawasan jauh 2020 untuk dapat ilmu mahupun pengalaman di balik setiap perjalanan. Kalau setakat pergi kelas tu, selalu je auto-pilot. Tiba-tiba, dah sampai.......?

Tapi, sekurang-kurangnya kita boleh la cuba sedut sikit apa yang keadaan sekeliling kita dah hidangkan. Silver plate on red carpet wooo.....

Dan atas beberapa sebab aku lagi suka ambik gambar pemandangan dan so-called candid shots dalam masyarakat. Bukannya gambar-gambar yang dah macam dalam studio dah. Don't get me wrong, I don't mind those kind of pictures. Cuma, tak berapa minat mungkin....?

***********


Sori-sori, tak ada tajuk yang boleh ditarget. Banyak benda dalam kepala hotak sampai terasa macam asyik lagging ini kepala.

Siapa suruh baca?? Haha!

Nov 1, 2015

Oh, lupa nak cerita......