Cuti = Mati ?
**************************
Salamun 'alaik!
Cuti.
Alhamdulillah, hampir habis jugak 10 bulan belajar dekat sini. Walaupun baru dapat semangat nak buat kerja betul-betul lepas habis last submission, kurang-kurang semangat tu boleh pass baton masuk waktu cuti nanti.
Macam pelik pulak sebut 'cuti musim panas' balik Malaysia nanti.
Apa-apa pun, diharapkan bahawa cuti kali ni lebih bermanfaat dan bombastik. Segala perancangan dah dibuat. Kita merancang, TUHAN merancang. Maka perancangan TUHAN lebih baik. Harap-harap tak lah burn cuti nanti pakai dengan....
Tidur. Makan. Laptop. Berjalan.
Sahaja.
Harapnyalah. Diri ni taklah haibat sangat sampai jadula tu penuh program sana-sini. Berkejar tak cukup tanah, berceramah tak cukup air liur. Aku bukan penceramah, cuma pembebel tak bertauliah.
Dan, harapnya taklah jugak 'ter'binge-watching tengok cerita ke, anime ke, YouTube ke. Serik sudah macam waktu cuti lepas INTEC itu hari.
'Projek' makin banyak. Projek skala besar.....grandiose gitu-gitu. Walaupun grandioseku cuma dalam kalangan manusia-manusia marhaen, tapi bukan ke masyarakat tu terbina dengan manusia marhaen? Cuma, harapan bahawa 'projek-projek' nanti akan membantu sedikit sebanyak manusia di sekeliling menjadi 'lebih manusia'. Doa dipermudahkan.
Ameen.
Dan, 'projek-projek' sekalian MUNGKIN bersifat underground.
Mungkin~~