Mar 21, 2015

Kau Pikir Kau Raja (?!)

(ehsan Google)


Ghuraba'

Kau tau apa itu ghuraba'?
Ghuraba' itu pengembara, peneroka,
Traveller bak kata orang putihnya.

Kita semua adalah ghuraba'
Seperti yang tercatat sudah,
dalam hadis Rasulullah.

Tapi,
Aku musykil,
Bagaimana seorang pengembara,
Fitrah seorang hamba, tapi berjiwa sang raja,
menjadikan persinggahan seperti singgahsana,
"Dunia ini aku yang punya!" katanya


Tak nak mengata yang cerita ini Akhirat saja. Cuba lihat dari konteks cara hidup.

Rumah tumpang saja, pakai iPhone6 baru.
Belajar memang ditaja biasiswa, tapi beli 30 pasang baju baru.
Kau kata kau jutawan muda, yang ada cuma not kertas berwarna biru.
Konon, biar papa asal bergaya?

Nak berkongsi pendapat,
Bukankah kita ini pendatang di negeri orang?
Bila Bangla di Malaysia kita cebik dan buang,
apa beza kita di negeri orang?

Bukan mengajak hidup kedekut,
tapi, bukankah Nabi pernah mengajar,
Jangan terlalu menghulur dan jangan terlalu kedekut?

**************


Nak tau tak? Gua bukan orang berilmu, bukan orang bahasa. Nak ambik, sila. Taknak ambik, sudah~~

Salamun 'alaik.