Nov 15, 2014

Lari Dari "syurga" Ke "SYURGA" (~)



Manusia,
berlapik dada beralaskan hati,
bermatakan lidah membutakan hati.

Haha! Gua memang tak pandai nak bermadah kata. Minta maaf, minta maaf. Darah puisi memang kurang dalam salur arteri dan vena gua. Yang ada cuma darah teknikal dan logika, mungkin?

Padahal, emosi tu satu fitrah. Keperluan manusia. Sedangkan yang melangut di tepi jalan juga punya emosi, masakan kita yang mampu berdiri, menjalan hidup kendiri.

Cuma, malam ni gua terfikir pasal satu cerita. Cerita dari syurga ke SYURGA. Setiap dari kita punya cerita sebegini.....walaupun sedikit berbeza.

Dari lahir, kita dalam pangkuan keluarga.
Kemudian, ke alam kanak-kanak. Remaja. Dewasa. Usia senja.

Malah, ramai yang jalan hidupnya di dunia tak terlalu panjang. Susur keluar terlalu hampir.

Tapi, gua terfikir yang mungkin kisah hidup kita (tipikal seorang rakyat Malaysia berkemampuan) semacam siri-siri kecil daripada the Big Picture.




Gua rasakan bahawa kita asyik, selalu melalui siri-siri 'syurga kecil' yang memang bagi kita sangat memuaskan nafsu. Di tadikanya dengan banyak bermain. Sekolah rendah yang akrab persahabatan. Renjatan gelojak emosi dan nafsu sewaktu remaja. Kesibukan zaman kedewasaan. Kebosanan waktu tua.

Selalu gua pikir,
"kan bagus kalau aku stay UiTM dulu...."
"Hmm.....belajar UIA lagi syok agaknya"
"Ahh....."

BUT!

Permainan 'kalau' pasal benda yang sudah lalu itulah trick syaitan. Maka? Astaghfirullahal 'azhim.

Terasa mudah kalau gua berpegang pada.....




Tengok jugak ayat lepas tu.

"Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain). Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini)."  (al-Insyirah 94:7-8)


Gua ada plan. Tapi selagi tak ditanya, gua cuma menunggu masa~~


*hanya tulisan sekadar luahan......

Wahai Lucy (~)

Salam 'alaik!!

Yes, akhirnya gua berjaya menonton Cerita LUCY!!




Gua memang tak paham kenapa semua orang nak komplen pasal dia punya ending. Well, not maybe everyone. But, lots of people told me that the ending is quite bad for the entire movie going on and on about.........true power?

Gua tak berapa nak setuju pasal konsep true power yang mungkin, bagi anggapan, gua yang ramai orang pikirkan. Kamonlah, mana tak true powernya kalau korang boleh kontrol masa dan ruang? Boleh kawal pemikiran seseorang? Boleh ubah setiap molekul dan jirim sesuka hati?

Konsep dia, memang gua boleh garap. Gua boleh capture (agaknya) apa yang pengarah atau penulis skrip dia nak buat. Mungkin jugak tak. Maklumlah, kalau nak ikut kata filem ni, minda seseorang tu hanya satu warisan DNA yang warisan turun temurun. Korang boleh refer konsep ni dalam game Assassin's Creed Series.

Yang gua rasa tak boleh nak kontrol macho adalah bila konsep so-called "true knowledge and power" tu diorang nak masukkan dalam badan seorang manusia. Dari situ, gua dah boleh agak yang badan manusia tu tak boleh nak kaut semua power dan kena main passing baton ke tempat lain.

Tu kut yang ramai orang tak puas hati. Tapi hati gua, puas. Mungkin 87% puas. Hehehe.

Dari segi filem, gua rasa memang cerita nak tak boleh nak dipanjangkan lagi sebagai sebuah filem. Mungkin sebuah siri? Tak tahu. Bagi gua, 1 jam 22 minit agak tak puas hati. Memandangkan yang gua faham apa yang nak disampaikan.
Thanks to DC Comics.

Dan.........CGI waktu MakCik Lucy ni rentas masa dan ruang SANGAT kelihatan. Walaupun, lebih daripada tahap Grandmaster kalau nak dibandingkan dengan CGI Mantera dulu. HAHAHA!!

Akhirnya, gua boleh simpulkan yang filem ni macam satu spin-off daripada filem Limitless dulu~~


*UK.....1.83 GB in mere minutes....

Nov 5, 2014

Mini-Vakasi (~)

Salamun 'alaik!

Hmmm....gua dah lama tak pikir nak menaip nih. Sibuk sangat nak cuba menyibukkan diri dengan kerja seharian biar gua tak terasa sangat......

Rindu.

Haha! Ofkos, semestinya gua rindu. Perasaan azali seorang manusia untuk rindu. Tanpa rindu, kasih sayang surut macam Nutella yang dimakan seorang pelahap.?

Dan, kondisi manusia secara logikanya akan terasa rindu kalau dengar lagu. Muzika. Bunyi-bunyian berirama. Melodi. Dan yang seangkatan dengannya.

Dan kali ni, gua nak bagi satu nostalgic-induced lagu/nasyid.....

(taktahu perang apa Blogger dengan YouTube ni)

Dan gua terasa macam tengah memecut dengan kelajuan bunyi ke arah Seberang Perai? Entah. Syukur dikurniakan dengan kepala minda yang senang berangan. Dah macam simulasi VR dari lahir lagi.

Yang pasti, cuti tahun depan ada GRAND PLAN yang akan menggegar dunia. Setidak-tidaknya, 'dunia' gua yang kecik ni~~



*banyaknya 'dan' di awal perenggan....