Sep 4, 2013

Cerkat: Main Tetris Dengan Hujan (~)



Siapa aku? Nama aku Halim. Seorang pelajar di Sekolah Menengah Wangsa Melawati.
Budak biasa. Physically.

Secara zahirnya, aku memang nampak macam seorang budak berumur 17 tahun. Yang hidup bersama mak dan abahku di Taman Mesra. Yang kehidupan sehariannya hanya pergi sekolah, balik rumah, buat kerja sekolah, tolong uruskan kerja rumah dan main di waktu petang.

Mungkin itu merupakan pandangan orang lain terhadap aku.

Berbeza dari sudut pandangan aku. Sudut pandangan mata yang disesuaikan dengan pergerakan kelajuan menghampiri kelajuan bunyi. Pandangan di mana ketika aku berjalan lenggang di sekeliling taman permainan rumahku, semua benda di sekeliling kelihatan seperti terkena sumpahan Sang Kelembai. Kaku. Macam batu.


Ringkasnya kalau korang dapat faham formula tu, kalau sesuatu benda bergerak pantas melalui sesuatu ruang, makin perlahan dia bergerak melalui masa.

Bermaksud, dari sudut aku yang boleh memproses benda beribu kali ganda lagi laju daripada manusia biasa, lagi perlahan masa benda lain bergerak relatif terhadap aku.

Bilamana kibasan sayap burung kelicap madu lambat macam siput nak seberang jalan besar. Bila orang lain terkaku masa aku boleh berjalan laju. Bila hukum fizik mula mengkhianati badan aku. Bila kesan graviti makin kurang terasa. Bila aku boleh berlari atas air.

Makin lama aku hidup keseorangan semasa dikerumuni orang lain, aku mula melihat benda yang selalu terlepas pandang. Pakcik tua yang terbaring menggigil kesejukan sewaktu hujan bilamana aku masih boleh bermain tetris dengan titisan hujan. Bila tangisan budak lepas terjatuh dari basikal semacam bertahun lamanya. Bila aku boleh menghabiskan bacaan buku-buku seluruh Perpustakaan Negara dari pukul 8 pagi sehingga 5 petang.

Stamina aku pun ikut berubah angin. Aku boleh berlari selama 24 jam berlalu dalam otak aku tanpa lelah. Bermakna tak ada tempat dalam dunia ni yang aku tak pernah pergi. Dari jalan kolongan Tanah Jawa sehingga pentas mewah bermaksiat di Las Vegas. Kepantasan gerak hidup New York boleh bikin aku bosan. Nullarbor di Selatan Australia, jalan lurus paling panjang di dunia? Cuma layak aku buat sebagai kawasan berlari-lari anak. Peluru-peluru zionis yang menghentam para mujahidin Palestin? Semacam butiran besi terapung buat mainan. Malah, Shinkansen di Jepun pun buatkan aku terasa semacam Usain Bolt berlumba lari dengan makcik sapu sampah di kantin sekolah.

Ramai la agaknya kut yang fikir, “Gila syok dapat buat macam tu!”. Apa yang syoknya kalau korang kena acapkali tunggu sesuatu benda terjadi? Nak tunggu bini korang bersiap lambat pun tak sabar, apatah lagi kalau tunggu benda lain. Lagi teruk rasanya dari menunggu iklan dekat YouTube habis sebelum mula satu-satu video.


Kalau korang nak tahu macam mana rasanya perasaan ni, you can get ourselves into the Flash’s shoes. Nak tahu macam mana? Bolehlah baca komen dekat bawah ni.





********************


Okay....lama sudah gua tak menulis cerkat (cerita singkat) macam ni. Dari point of view dalaman pulak tu. Berkarat rupanya. Ish ish ish~

Apa-apa pun, itu semua cuma rekaan semata. Kalau pun gua ada kuasa macam tu, depression maybe not the thing that I want to feel. Lebih kepada 'Cuba buat semaksima mungkin', mungkin?

Entah ler.

Gua pun dah banyak belanja duit bulan ni. Makan dekat kolej Cemara nak mewah je. Macam elaun sebulan tu RM1000 je. Padahal duit belanja pun tadah tangan lagi. Nak-nak pulak duit minyak dah naik lagi, RON95 (tu jela yang gua pakai). 20sen seliter. =.=''

Dan isnin hari tu baru habiskan duit raya untuk beli duit.

"Aik?"

Nak tahu, kena la join bebudak numismatik.

Yang syoknya, orang pertama beratur nak beli duit adalah orang Cina. Orang pertama beratur nak ambik duit adalah orang Melayu.

Nampak tak game dia?~~


p.s: Gua rindu berjalan Penang ni.....