Aug 15, 2013

Syawal: Kita Dan Mereka (~)

Salamun 'alaik~



Kan gua dah kata, semua dah berpasangan~


Tapi, dalam fenomena 'Puasa Sebulan, Raya Sebulan' dekat Malaysia ni (mungkin dah kurang sikit...), ramai lagi saudara se-spesies Homo Sapiens kalau tak lagi spesifik, saudara seagama kita yang dalam fenomena 'Puasa Sebulan, Perang Berbulan-bulan'~







Gambar hak milik Mosa'aberising


Dan mungkin terma 'perang' tu tak sesuai digunakan bila terma 'ditindas' lebih sesuai. Para mujahidin di sana senang hati dapat jemputan syahid dari TUHAN bilamana ramai kita dapat jemputan walimah dari kawan.~

TERKINI: 



Gambar di hadapan kedutaan Mesir sekarang. Dipenuhi rakyat Malaysia yang bangkit membantah tindakan Rejim As Sisi yang melakukan pembunuhan besar-besaran terhadap rakyat awam semalam.

Sumber : Wartawan Mesir Kini


p.s: assingment telah di-anaktiri-kan.....
p.s.s: kemalasan membalas semua mesej, pesanan mahupun ucapan.....

Aug 6, 2013

Ramadhan: Masjid-Hopping dan Anak Kambing (~)

Salamun 'alaik!~~

Hari ni gua rasa dah 28 Ramadhan. Budak-budak pun dah mula cuti sekolah/kolej/universiti dan sewaktu dengannya (mungkin). Dari petang Jumaat lepas dah start melakukan aktiviti di rumah.

Tiba-tiba gua rindu pulak waktu Ramadhan jauh dari rumah. Walaupun diorang kata perubahan hati tu tak dipengaruhi mana-mana kes, tapi gua still terasa dipengaruhi dengan environment sekeliling. Macam kurang alihan set minda (baca: mindset distraction) dan lebih banyak masa lapang.

Boleh nampak sebenarnya beza Ramadhan masa Form 5 dulu, masa duduk Kolej Cendana dengan Kolej Cemara. Beza nian jauh yang amat!! (mintak maaf cikgu....)

Tapi beza dia pun dari sudut perspektif yang lain alam masing-masing. Dari solat, tidur, tilawah, belajar. Dah memang patut pun gua kena transform sama. Walaupun gua rindu nak Ramadhan macam duduk MRSM Q-Tan, tapi ada jugak bestnya Ramadhan tahun ni.

Masjid-hopping.

(sumber: FB Majalah JOM!)


Term ni pun gua ambik dari Contengan Jalanan Hlovate la. Tapi gua lompat-lompat arnab ni waktu solat jela, bukannya macam jemaah tabligh yang duduk situ lama-lama. Gua ada kelas kot tiap-tiap hari!

Hopping-hopping ni takdalah kerap sangat gua buat. Masuk hari ke-20, dah mula slow down sikit. Senang nak tumpu duduk dekat Masjid al-Hidayah Seksyen 18 tu. Toksah penat-penat nak pikiaq nak pi masjid mana.

Tapi ada jugak hari-hari tertentu yang ada tazkirah special selain tazkirah-tazkirah setiap hari tu. Jemputan Imam dari Gaza ada 2 kali, dari Syria 1 kali, and tazkirah 'Asar Ustaz Azhar Idrus.




(Dua atas ni dari Gaza, Palestin)




(Yang ni dari Syria.....semangat woo dia cakap!)




(Gua dapat gambar staf StudioMukmin je)



Yang ceramah UAI tu gua datang dengan kawan gua je, tapi best jugak dengar tazkirah bahasa Arab sekalian. Nampak sangat Bahasa Arab gua dah makin berkarat, even gua ada la jugak paham sikit-sikit.



Gambar atas tu Masjid Besi dekat Putrajaya, pergi dengan kawan-kawan gua. Entah apa kes diorang nak berjalan sampai ke sana. Padahal esoknya ada kelas kut. Tahan tak tidur je dalam kelas. (rugi gua tak cilok gambar adik-beradik Batman....)

Apa-apadehal pun, kita still ada 2(?) hari lagi sebelum Ramdhan nak lari T_T. So, jangan kita stop lagi! Kasi pecut habisan!




Tapi, jangan pulak kita (which means including me) yang rajin beramal masa Ramadhan je. Kita taknak jadi hamba Ramadhan. Gua taknak. Kita nak jadi hamba TUHAN. Ramadhan ini sebagai bonus. Teringat tazkirah ustaz haritu:


"Kenapa kita ni dipilih untuk menjalani Ramdhan?
Ada ulama' kata sebagai tanda kasih sayang Allah terhadap kita......
sebab nak tampung amal kita yang kurang."



Anak Kambing





Alhamdulillah, sampai sekarang gua tengok ramai lagi yang rajin ke masjid/surau. Sekurang-kurangnya untuk Isya' dengan Tarawih. Tapi, kadang-kadang gua ada jugak terkilan sikit. Mainly, pasal saf masa solat la. Saf-saf depan kira okay lagilah kut. Tapi masuk je yang belakang-belakang ni, gua tengok dah lain macam dah. Mulalah dia bengkang-bengkok, renggang-renggang. Ingat ni lagu Kalau Berpacaran ke, renggang-renggang bertambah sayang?

Gua kalau terlambat sikit pun, terbabit jugak sebenarnya dalam pem'bengkok'an dan perenggangan saf ni. Nak buat macam mana, rapat ke kiri, kanan tak mahu gerak. Nak samakan tumit sebelah kanan, sebelah kiri samakan hujung jari pulak. =.=''





Dah lupa ustaz mana yang kata (asyik lupa je....haila~), tapi bila ditanya dekat jemaah kenapa saf-saf diorang tak rapat. Jawab pakcik tu, "Rilek la ustaz, bulan puasa kan takde syaiton. Masa ni la kita nak selesa-selesa sikit waktu solat."

Okay, binaan ayat tu gua reka la. Tapi makna lebih kurang la.

Tapi, bila syaitan-syaitan sekalian di rantai pun still macam tu. Apetah lagi bila syaitan bersorak bebas?

Dari Ibnu Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Tegakkanlah saf-saf, sejajarkanlah bahu-bahu kalian, tutupkanlah celah-celah, dan lembutkanlah diri kalian untuk disentuh tangan-tangan saudara kalian. Jangan biarkan celah-celah untuk dimasuki syaitan. Barangsiapa yang menyambung saf, maka Allah menyambungnya dan barangsiapa yang memutuskan saf, maka Allah memutuskannya.”
(Hadith Riwayat Abu Daud, an-Nasa’i, Ahmad, )

Di dalam riwayat lain, Rasulullah s.a.w. bersabda,
“Demi jiwaku yang ada di tangan-Nya, aku melihat syaitan masuk di celah-celah saf, sebagaimana masuknya anak kambing.”
(Hadis Riwayat Abu Daud)


Jangankan sebagaimana anak kambing, anak kambing betul pun muat masuk gamaknya~~

Last but not least, SALAM EID MUBARAK!



Extra: Razali dan Ramdan


p.s: tetibe teringin nak konvoi......