Jun 28, 2013

Tunggu Dan Lihat (~)

Mari kita hack Facebook  pakai SMS!!

Hacking Facebook Account with just a text message



Gua tengah bosan tunggu flight. Sambil-sambil tu, boleh tengok sneak peek siri Razali: Razali dan Ramdan~

Jun 18, 2013

Rojak Otak (~)



Akhlak dari segi istilah : Menurut Imam al-Ghazali, “Akhlak ialah suatu sifat yang tertanam dalam jiwa yang daripadanya timbul perbuatan-perbuatan dengan mudah tanpa memerlukan pertimbangan terlebih dahulu.”
Menurut Ibnu Maskawih, “Akhlak ialah keadaan jiwa seseorang yang mendorong untuk melakukan perbuatan-perbuatan tanpa pertimbangan akal fikiran terlebih dahulu.”
Menurut Profesor Dr Ahmad Amin, “Akhlak ialah kehendak yang dibiasakan dan ia akan menjadi kebiasaan yang mudah dilakukan.”

**********

Wow, tetiba masuk silibus CTIS 20 daa...Pasal akhlak. Tengok definisi atas, nampak la kan akhlak tu benda spontan, one shot, involuntary trigger. Benda apa yang kita cakap, tulis, taip, berjalan, berborak, melukis, berangan, dan bermacam lagi benda.

Dan tiba-tiba ada akak hot cakap, "Aku nampak teruk macam ni pun hati baik la. Kau apa tau?? Tu, ramai yang berlagak ustaj/ustajah tu lagi teruk perangai kau tau??"

Gua taknak pukul rata. Ada betul yang luar nampak buruk tapi hati baik, yang luar nampak baik tapi hati...... Lagi-lagi tang mulut tu hah. Boleh jugak digantikan dengan jari-jemari yang menaip (macam gua?).

Pasal tu, perlakuan body adalah cermin hati.





******************

Selamat bertemu, selamat berjaya. Walau tak semua, kurang-kurang ada. Better to have something than nothing, no?


Kenapa tetiba gua nampak kecik??


**************


Esok petang akan tiba. MWAHAHA!!

Eh, balik nanti mungkin bertembung. Tak tahulah sempat ke tak. Awal sehari, lewat sehari. Tak kisah.



***************


Lagu best, suara sedap, muka hensem. Mati-mati gua ingat dia bukan orang Malaysia. ^__^




Gua tak tahu suara Yuna dalam lagu ni macam Coldplay version perempuan takpun Owl City masuk balada.


p.s: kena berhenti stalk orang ni.......

Jun 15, 2013

Gua Manusia Ferum Oksida (~)

*ehsan Google Image*


Gua cuba melukis malam ni. Dah terbukti tangan gua dah berkarat untuk melukis benda-benda yang ada unsur realism. Even fictional and that's bad. Dan course gua sepatutnya kena ada good talent dalam lukisan. Dah berkarat.

Banyak sebenarnya benda lain yang dah berkarat.

Melukis
Larian bebas
Kawal nada suara
Melentur badan (bukan buluh)

2 hari lepas, gua balik Kuantan. Singgah maktab, jumpa kawan, jumpa cikgu, jumpa kucing, jumpa senior, jumpa buah hati.

Eh, silap-silap. Kalau buah hati gua tu yang disebut jumpa banyak-banyak tu la. Gua pun sempat jugak main basketball, tennis bagai. Sungguh, dah berkarat dah sukan dua benda tu. Tak test lagi skuasy, berenang, karate, kawad kaki (?)

Tapi tu semua baru karat body. Yang lagi teruk kalau gua karat hati.

*Google Image jugak*


Gua dah karat hafazan, dah karat ibadah, karat jadi mu'azzin, karat berbagai-bagai lagi. Macam mana nak buang karat hati dan karat body?

Hmm.....


p.s: mudah-mudahan tak jetlag banyak sangat....

Jun 6, 2013

Selemah Superman (?)

Betul ke gua selemah Superman?
Yang kalah hanya pada seketul batu?

Kalau batu besar kontena, memang gua kalah =.=''



Walaupun sebenarnya, Superman pun senang kalah kalau dia ada dekat sistem solar yang 'pakai' bintang merah. Superman senang kalah dengan magic. Dan gua tak tahu lagi Superman boleh kalah sebab apa.

Okay, dah lari tajuk dah gua ni.

*************

بسم الله الرحمن الرحيم



  عن أبي هريرة: أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: “المؤمن القوي خير وأحب الى الله من المؤمن الضعيف، وفي كل خير، احرص على ما ينفعك، واستعن بالله ولا تعجز، واذا اصابك شيء، فلا تقل: لو أني فعلت كذا، ولكن قل، قدر الله، وما شاء فعل، فإن لو تفتح عمل الشيطان”.




Maksudnya : Daripada Abi Hurairah r.a, katanya: Rasulullah s.a.w bersabda (maksudnya),“Orang mukmin yang kuat  (segalanya ) itu, lebih baik dan lebih dikasihi Allah daripada mukmin  yang lemah sedang setiap (mukmin) itu semuanya  baik. Utamakanlah (berusahalah) terhadap perkara yang menjamin kemanfaatanmu dan sentiasa bermohon pertolongan Allah tanpa rasa lemah semangat. Kiranya  kamu telah ditimpa  sesuatu (bencana dan ujian), maka janganlah berkata: kalau  aku lakukan ia akan jadi ‘demikian–demikian’ (berangan-angan) tetapi ini (apa yang berlaku) sudah ditakdirkan Allah s.w.t. Dia lakukan apa saja yang dikehendaki-Nya. Sebenarnya perkataan (kalau) itu, boleh mendorong kerja syaitan.” (Riwayat Muslim)”


**************

Gua memang tak pandai nak tafsir hadis pasal gua tak habis belajar lagi Bahasa Arab, Nahu, Shorof, Balaghah semua tu. Tapi, yang gua paham, memang mukmin yang kuat lebih baik dari mukmin yang lemah.

Tak semestinya kuat tubuh badan (ok jugak). Tapi, termasuk kuat agama, minda, akal, harta, kedudukan, emosi dan sebagainya. Blergh, panjang gua merapu.

Contoh?

Orang kuat boleh tolong angkat barang berat-berat, orang lemah MUNGKIN tak boleh
Orang kaya boleh bayar zakat dan cukai, orang miskin boleh terima.
Orang pandai boleh ajar orang, orang *kurang pandai* boleh belajar.
Orang tinggi ilmu agamanya boleh nikahkan orang, orang lain boleh dinikahkan.

Eh?

The point is, gua nak galakkan, bukan setakat orang Islam, tapi semua orang biar kita strive to be the best. Belajar banyak benda, buat banyak benda. Jangan jadi macam gua, duduk depan lappy je. Hmmm.

Esok dan 27 Rejab. Isra' Mikraj. Alhamdulillah. Cuma gua harap (gua la, kalau korang nak perasan pun boleh jugak) biar kita tak ambik peristiwa ni sebagai hari cuti umum 'Islam' dan sebagai hari untuk kita letak so-called Islamic posting on Facebook or Twitter or whatsoever. Dan keesokan harinya, kita post pulak benda mencarut, fitnah, lucah bagai. Ishishish....

Dan biarlah kita (especially gua) tak ambik kalender Hijri untuk tau bila puasa, bila raya, bila Maulid Nabi, bila Awal Muharram. Teringat tengok Islam KTP petang tadi.



Ok, gua terasa ni.....tapi tak cukup rasa lagi~


Extra:





p.s: still looking for heart-stopper cocktail recipe~~