Bila kita compare kan dua benda ikut suka hati.
Yang satu, kita banyak sebut pasal kebaikan dia. Betapa banyak dia tolong. Dia Berjasa. Dia bagi hadiah. Dia itu. Dia ini.
Yang lagi satu pulak, kita kutuk sehabis-habisan. Pemusnah masyarakat. Penghasut. Penggatal tak tentu hala. Bahkan kalau dia makan nasi goreng pakai sudu pun, mereka mengata.
(sumber)
Banyak sebenarnya benda ni sekarang. Kalau gua nak listkan, baru sampai sejuta, sejuta lagi dah bertambah. Dari bisnes ke ekonomi, ke keluarga, ke politik bahkan agama.
Sedangkan kita bila dapat berita yang baik, kita sokong. Berita yang buruk, kita tolak. Tapi dua-dua kena periksa dulu.
Ini tidak. Yang wajib jadi sunat, haram jadi wajib, makruh jadi harus, sunat jadi haram (bida'ah?). Sungguh, orang ajak pergi majlis ilmu, engko tak mahu. Tapi bila tegur sikit, pandai pulak engkorang nak pompangpompang cakap itu betul, ini salah. Apa rujukan korang? Ustaz Facebook? Ulama' Google? Majlis Syura Twitter?
Ok, emosi sikit di situ.
(sumber)
Tak salah kalau kita nak belajar dari Internet. Tapi pandai-pandailah cari cikgu/ustaz/ustazah/alim ulama' buat rujukan.
Plus, jom baca doa!
Atas pernikahan Ustaz Azhar Idrus yang ketiga serta Saiful Bukhari. Semoga perkahwinan mereka membawa kepada keredhaan Ilahi.
Walaupun banyak pulak yang bising-bising pasal UAI kahwin no 3. Apa salah? Antara bising-bising tersebut:
Malas pulak nak cerita. Korang cari sendiri kat mana-mana.
Padahal tujuan gua nak taip ni mula-mula pun pasal benda ni.
Informasi salah, tak lengkap, berat sebelah dan MENGHIDUPKAN watak nabi. Tak boleh salahkan yang last tu kut sebab yang buat video ni pun non-muslim.
Dan dibalas semula dengan fakta oleh video di bawah.
Responsi yang bernas dan berfakta, serta tidak bemain emosi. Lagipun, Jesus VS Muhammad bukan tajuk yang sesuai sangat untuk isi video yang kedua. Because?
Peace be upon THEM BOTH~~
p.s: mengata orang gua yang lebih ke?