Jul 28, 2012

Muslim Itu Pengganas (!)



Okay, provokasi di situ ye tajuknya. Asalan cerita Kurbaan (2009).

Sejuk Mata, Panas Hati (?)



Kesian pula bagi 'bot-bot kecil' yang cuba nasihat orang lain bila ada orang sebegini yang mempertahankan maksiat dengan memerli diorang. Better hafal kitab? Baik gua masuk Syurga sorang-sorang, kan? Tapi siapa nak masuk Syurga sambil tengok saudara Islam diorang kena seksa? Anyway, dia bukan komen untuk komen gua (commentception....ceh). Cuma penat nak melanjutkan perdebatan mereka-mereka itu.

p.s : baby 2 minggu pun pandai puasa setengah hari.....hahaha!

Jul 26, 2012

Gatal Sangat Nak Nikah (?)






16 tahun. 14 tahun. Dah bernikah. Bisingkan benda ni sekarang? Gua pun tak tahu benda ni kat Malaysia ke Indonesia, tapi yang pasti rumpun Melayu la agaknya. Tak kisah pun gua kalau diorang nikah awal-awal pun, terjaga sikit diri tu.....tak ke? Daripada yang umur 20, 30-an pun masih berjalan-jalan tak ada hubungan, kurang-kurang Syafiq dengan Yana ni ada pahala kalau berkasih-sayang (tersembunyi la..)

Ramai jugak yang ucap tahniah la, benda bagai macam lagi la. Dan konfem-sekonfem konfemnya, ramai jugak mencebik mulut ala-ala mulut itik seraya berkata,

"Heh, muda lagi la diorang. Pandai ke nak jaga anak orang tu??"

"Ni tak tahan lama la ni....darah muda la katakan."

"WOII!!! KAHWIN TAK AJAK AKU!!!" (mungkin jeritan kawan si Syafiq tu....errr?)

Haila.....kan diorang dah sah nikah tu. Doakan jela yang baik-baik. Walaupun cakap-cakap tu maybe ada betulnya jugak. Darah muda, tanggungjawab. Semua tu berat. Kalau tak boleh bangun awal pagi buat kerja dan tak tidur malam buat kerja, susah jugak tu~

Mungkin.

Sebab, nikah tu seronok, tapi bukan untuk berseronok-seronok. Penuh tanggungjawab. Nama pun TANGGUNGJAWAB. Kita TANGGUNG kat dunia, kita JAWAB kat Akhirat sana. Dan bak kata ustaz-ustaz di luar sana, kita bukan takat bernikah dengan bini kita.

Keluarga.
Adik beradik.
Sepupu.
Pakcik makcik.
Atuk nenek.
Kawan.
Jiran tetangga.

Senang sembang cerita, kenalan kita akan bertambah sekurang-kurangnya dua kali ganda dan hati mereka semua perlu dihubungkan sebaiknya dengan lafaz yang simple je, "Aku terima nikahnya."

Peace. Salamun Alaik~~

p.s : jaga hubungan dengan Allah, Allah jaga hubungan kita dengan manusia. Habis cerita. ^__^

Jul 21, 2012

Eh, Puasa Ke (?)



Ramadhan Kareem 1432H, MRSM Kuantan.


Gambar atas? Satu kelas gua pergi buka puasa dekat Ana Ikan Bakar. Tapi ada jugak seorang dua tak ikut. 

Puasa.....

Puasa kat maktab lain cerita. Mula dengan bangun sahur, gua kejut orang lain dulu. Tapi kena sahur awal jugak la sebab tak nak beratur ambil makanan. Lepas sahur, tidur? Oh tidak.....sungguh tidak cool benda tu buat waktu Ramadhan. Jadi gua pun dengan mata sepet mengantuknya terus pergi ke surau. Faham-faham jela kalau pergi surau nak buat apa. Nasib ada orang lain yang reti nak join sama. Yang penting, Ayahanda pun ikut sekali.


Ayahanda....


Siang puasa macam biasa la. Waktu rehat tak makan, tapi suka sakat budak-budak yang red light nak puasa...hehehe. Petang? Orang lain tidur, study.....gua pergi jogging. Waktu ohsem nak buat benda tu sebab tak ramai yang nak keluar riadhah waktu puasa.


Riadhah....


Waktu malam, lepas maghrib ada tadarus al-Qur'an. Tazkirah? Kadang-kadang kut....Isya', dan terus Tarawih 8 raka'at. 8 raka'at je???

Cukup la tu 8. Kan ramai manusia nak belajar waktu malam. Nak buat 20, buat sendiri la...hahaha! Dan selalu jugak la tidur sebelum pukul 12~~


******************




Ramadhan Kareem 1433H. INTEC Shah Alam.


Tu semua cerita tahun lepas. Harap-harap tahun ni boleh buat lagi bagus la...~ Ada harapan sebab boleh keluar sampai pukul 2 pagi buat sahur...?? Apekah sahur pukul 2?? Tak kisah la wei~

Kalau tahun lepas, cuba-try-test hafal Surah Luqman, tahun ni ingat nak remind balik la pulak hafazan Juz 30. Plus surah lain...? In sha Allah~~

Buka puasa? Cuba seluk surau kejap. Mana tahu dapat buka puasa free...hehehe~ Jimat la duit sikit. Kat sini pun benda semua mahal, dok la macam kat UIAM sana kan??


*p.s : Pesta ibadah cari Lailatul Qadar jangan tukar jadi Pesta Masjid India cari Lailatul Kamdar.... ^__^

Jul 15, 2012

New Girl (~)


*kelelahan bercerita, kelelahan men-upload gambar*

Jul 8, 2012

Yuna - Lullabies (~)


*favourite gak la lagu ni*

In Dilemma Am I (?)


Right, right~~

Salamun alaikum!! *tetiba je*

Sori la, gua memang dah tak tahu nak taip apa. Sebab tiba-tiba post pendek di FB lebih menarik perhatian daripada post panjang di Blogger(?) Dan gua jugak tengah dilema ni~~

Bukan dilema memilih pasangan mahupun memilih basikal cabuk. Tapi dilema memilih seni. Yup, SENI. Seni mempertahankan diri. Dan oleh kerana (kantoi cikgu BM marah nanti) dekat CFS IIUM ni banyak pulak kelab seni-nya, menyebabkan hampir gua mabuk meminum Old Town White Coffee bercampur Sunquick Exotic. *harap tak buat jadi mabuk*

1. Karate-Do? Teringin nak sambung, tapi mungkin bukan suasana yang serupa Di MRSM Kuantan. Mungkin sebab peng'karate'nya yang terlalu ramai atau 'dojo futsal'nya terlalu terbuka kepada umum. Jadi, gua hanya melihat training dari jauh sahaja pada malam Khamis.

2. Capoeira? Nama yang memikat sukma. Seni menari dan mempertahankan diri dari Brazil yang teruja dengan muziknya tersendiri. Teringin sekali nak mengikuti, tapi hati semacam berkata, "tinggal saja dengan karate-do mu itu". Gi mana ni sih? Yuran penyertaan beserta keahlian pun dan RM 70. Jadi gua bermula secara picisan dengan menghendap pada malam Rabu.

3. Silat? Samada Silat cekak, Silat Ustaz Hanafi mahupun Silat Gayung, gua tak tahu nak komen apa. Warisan Melayu patut dipertahankan. Tapi mungkin boleh mintak Izat Basar mengajar sedikit di bilik...?

4. Taekwon-do? Mungkin sebab yang sama dengan Karate-do, tapi tambah dua sebab lagi. Yuran (ofkos-nya lah pun!) dan basic yang sangat berbeza daripada Karate-do.


Dan masih mencari atau tercari-cari masa yang sesuai untuk habiskan deadline gua. Dan juga dapat mula merasai kembali nikmat 'bulatan gembira' (bak kata Inche Gabbana) selepas hampir 6 tahun kehilangan~~

p.s: Sesame Street pernah ajar Capoeira?!?!