*Sila dengar lagu sini. Kalau tak, tak syok.
Petang tu agak redup. Kelam, boleh kata. Angin bertiup sampai berterbangan poster-poster pilihanraya atas jalanan. Sunyi semacam kawasan perumahan dekat Taman Kencana ni. Tak ada orang lalu-lalang, tak ada kereta melintas, bahkan makhluk yang boleh dilihat cuma burung-burung gagak kat atas bumbung tu.
Dan aku.
Kenapalah aku cari rumah sewa macam ni. Macam dah tak ada tempat lain aja. Dah la tempat macam terbiar aje. Dinding penuh lumut, pintu pun dah reput menanti rebah je. Nasib baik tak tinggi, 3 tingkat aje. Sewa pun boleh tahan. Mana pulak nak cari sewa RM50 sebulan kat Malaysia ni. Duduk bawah jambatan yela kut percuma.
Sudahnya, aku tarik beg Traveler tu masuk ke dalam. Bergegar beg aku tarik. Terpaksa angkat sikit ikut tangga depan pintu tu. "Hello...". Balik pintu senyap je. Koridor die memanjang sampai ke belakang dengan karpet yang aku rasa dah bertahun dah sapu. Tak ada orang ke? Aku fikir tak ada orang kut, tapi ternampak cahaya mentol kuning dekat sebelah kiri koridor.
Ada makcik tua tengah mengait dekat belakang meja kayu dia. Tua tak tua, rambut dah penuh uban dengan baju lapuk warna hijau dia. Sibuk sangat kut mengait sampai tak sedar yang aku masuk tadi.
"Err...makcik."
Diam saja makcik tu. Tak dengar ke? "Makcik, saya datang nak menyewa ni." Bagi kuat sikit suara aku sampai terdengar bergema ke hujung koridor.
"Huh?" Makcik tu angkat kepala dia. Haa, dengar pun. "Saya datang nak sewa bilik, makcik. Ada bilik kosong kan?" Aku tanya jugak walaupun aku dah tengok kat iklan surat khabar 4 hari lepas. Lagi pun, kat belakang makcik tu banyak aja nombor bilik yang tergantung kunci dan tak ada nama. Kira ada kosong la tu.
"Hah, iye. Ada, ada..." Angguk-angguk dia sambil cari kunci bilik nak bagi kat aku. "Err....makcik. Saya nak masuk bilik nombor 18 tu boleh?" 18 tu nombor favourite aku dan rezeki pulak bilik tu tak ada orang.
"Hah, iyelah" Makcik tu berkata sambil ambil anak kunci bilik nombor 18 dan bagi kat aku. "Terima kasih, makcik." Lepas baya duit RM50, aku pun ambik beg dan terus pergi ke lif dekat hujung koridor tu. Koridor tu memang lusuh habis, dengan dinding terkopak sana-sini, bau pulak hapak. Tak ada dinding hiasan langsung. Memang padan la dengan sewa murahnya.
Okay, lif pun dah terbuka pintu ni. Aku masuk la dalam lif tu, nak tekan punat tingkat 3 sebab bilik aku kat tingkat 3. Tapi bila pintu lif tu nak tertutup, aku terdengar sayup-sayup je suara makcik tu.
"Baik-baik nak. Jangan tersalah masuk bilik....."
***********
Orang kata, bangunan lama dekat Taman Kencana dah tak ada orang duduk dah. Dengar cerita, orang terakhir yang duduk situ namanya Faiz bin Ahmad Asyraf. Budak Tahun 3 dekat universiti tempatan kat situ. Tapi lepas 2 minggu dia pindah ke situ, tak dengar apa-apa cerita dari dia. Keluarga dia dah sibuk mencari satu Malaya. Tak ada siapa tahu mana dia menghilang....
Desas-desus berkata, puncanya adalah dari lif bangunan tu......