May 30, 2012

Duit Syiling Pandu Puteri (!)





Salamun Alaikum!!

Amacam, best hidup hari ni? Hidup gua hari ni biasa-biasa tapi luar biasa mbah. Sebab 29 Mei 2012 semalam, Bank Negara Malaysia ada keluarkan Syiling Peringatan Ulang Tahun Ke-100 Persatuan Pandu Puteri & Pengakap Puteri Sedunia. Jadi dengan semangatnya, gua pun mula pergi ke Bank Negara pukul 10 pagi tadi. Tergendala sikit sebab hujan dan tidak membawa payung.

Sampai saja, tengok ada la beberapa orang berkumpul kat luar kan. Nak beli kut. Gua ingat ada lagi.....tapi ada pulak kertas terpampang kat kaca pintu tu:

"SET OF 2 OUT OF STOCK"

Penat woi kalau gua merancang nak beli Set of 2 tu kan? Nasib merancang nak beli Nordic Gold saja. Murah sikit. Ni ada sikit maklumat pasal cara jualan duit syiling demikian.

**************


Duit syiling peringatan ini sah diperlakukan dan spesifikasinya adalah seperti yang berikut:
  1. Duit Syiling Peringatan Perak (pruf)
    Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam perak Sterling dengan ketulenan 92.5 dan berat setiap keping ialah 21.00 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM10 dan dijual pada harga RM150 sekeping. Hanya sebanyak 600 keping sahaja ditempa.
     
  2. Duit Syiling Peringatan Emas Nordic
    Nilai muka duit syiling emas Nordic ini ialah RM1 dan harga jualannya ialah RM10 sekeping. Sebanyak 15,000 keping sahaja ditempa.
Duit syiling peringatan ini juga boleh didapati dalam set 2 dalam 1. Set 2 dalam 1 ini mengandungi duit syiling perak dan emas Nordic pruf. Set ini dijual pada harga RM200 setiap satu dan hanya terdapat 500 set sahaja. Butiran terperinci mengenai duit syiling ini terdapat dalam Lampiran I.
Reka Bentuk Duit Syiling

Keterangan mengenai reka bentuk duit syiling peringatan ini adalah seperti yang berikut:
  1. Bahagian Hadapan Duit Syiling

    Logo Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Sedunia tertera di tengah duit syiling ini dan perkataan Ulang Tahun Ke-100 pada bahagian atasnya sebagai menandakan sambutan ulang tahun pergerakan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri antarabangsa yang keseratus, yang diadakan selama tiga tahun, dari tahun 2010 hingga 2012. Pada bahagian bawah duit syiling pula tertera perkataan Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia.
     
  2. Bahagian Belakang Duit Syiling
    Pada bahagian tengah duit syiling dipaparkan logo Persatuan Pandu Puteri Malaysia sebagai menggambarkan penglibatan Malaysia dalam Persatuan Sedunia ini. Perkataan Bank Negara Malaysia, iaitu pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling peringatan ini, dipaparkan pada bahagian atas duit syiling, manakala nilai muka duit syiling tertera pada bahagian bawahnya.
Reka bentuk lengkap duit syiling peringatan ini terdapat dalam Lampiran II.
Lokasi Jualan

Duit syiling peringatan ini ditempa dan diedarkan oleh Bank Negara Malaysia dan akan mula dijual pada 30 Mei 2012 di ibu pejabat Bank Negara Malaysia (BNMLINK), Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia, dan pejabat wilayah dan cawangan Bank Negara Malaysia di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching.


********
Amacam, best tak? Kalau hari ni pun gua rasa dah habis dah. Apa taknya, sekali diorang beli tadi, borong 10-20 Nordic Gold, 2-3 Silver. Macam mana la tak habisnya. Nasib ada maksimum pembelian.
Kalau korang nak beli yang Nordic Gold, gua ada lagi 2 keping.
Harga : RM 15 (tak termasuk pos)
Kalau nak tahu, boleh message sini : Mujjib Wing

*psstt....kira okay la harga ni. Kalau gua usya tadi, ada orang jual 4 keping, RM100......amacam? Hahaha!!

p.s: teringin nak pergi Muzium Matawang.....kut-kut boleh tambah lagi ke~~

Bila....(~)



Bila ada kawan dipinang tapi dia tak nak bertunang....
Bila ada orang ucap, "Tahniah" sebab kita diterima tawaran tapi kita sendiri ditolak....
Bila ada orang nak belikan laptop tapi tak bagi beli sekarang...
Bila ada masa kita gurau kawan homesick tapi dia balik sebab ada kematian...
Bila ada dua tawaran yang baik, satu lifestyle-nya, satu lagi travel-nya....
Bila ada masa kita berfikir cara kita berfikir....
Bila ada idea seluas Tasik Chini, tapi tak ada kawan untuk bercerita....
Bila ada perancangan sendiri, tapi perancangan TUHAN tu yang sebaiknya....

May 25, 2012

Maaf, Sedang Mencari Awek Baharu (~)

MAAF, SEDANG MENCARI AWEK BAHARU.








Tapi disebabkan krisis kewangan yang agak menggigit dompet gua, terpaksa la berhenti dulu. Kan senang kalau dapat sekarang. Tak ada la nanti keseorangan saja dalam bilik.

Hoi.

Dah dapat kelepasan daripada cengkaman teknologi sementara tu pun dah cukup, tau tak?





p.s: Nak pilih awek ni. Mana lagi mengancam? Ini.....





ASUS G75VW





Ataupun ini?






ASUS Eee-Pad









May 20, 2012

Bila Jemari Menari (~)



Dengar dulu mbah....~


Dengar dah? Sekali lagi laa....


Rilek dulu. Sambil dengar, sambil baca, ye tak?


Jadi, best ke idak lagu di atas itu? Bagi korang semua, gua tak tahu la. Tapi, gua rasa memang laa ni kena balik Penang dan teruskan pelan penculikan keyboard kakak gua yang dah berhabuk itu!!

Cis. Ayat memang pelik semacam hari ni.

Tapi disebabkan gua pernah main lagu 'Happy Birthday to You' tanpa merujukkan diri pada apa-apa not, maka gua pun dengan perasannya berangan untuk bermain lagu di atas.....HAHAHA!! Sedangkan projek 'Penakut' by Yuna itupun masih terbengkalai, inikan pulak lagu baharu.

Tapikan, projek Penakut tu pun gua cuba buat not sendiri. Alaa, dengar-dengar dia punya play, pastu main la sendiri. Malangnya, apa yang pemain keyboard amatur ini boleh meniru satu lagu penuh dalam masa 2 hari?

Berangan sebentar.

Tak mengapa, kita cuba lain kali. Esok, in sha Allah, lepas habis ujian JPJ 'kesayanganku' itu. Gua nak cuba pujuk biar dapat berjalan ke Penang seorang diri. Tak mustahil....kalau pergi hari Rabu. Lepas hari tu, memang kena diekori la nampaknya.

Kanan, kiri.....then, COMBINE!!!



p.s : Gua manusia, bukan malaikat~

p.s.s : Baru sedar dah lama tak bercerita~

May 14, 2012

Qum, Ya Fulan (!)


"قم يا فلان فأذن أنه لا يدخل الجنة الا مؤمن"
"ان الله يؤيد الدين برجل فاجر"

Oh you stand up! say it together
None enters paradise save a true believer
Allah shall support this religion
With a sinful man with a wicked man

Some people see barriers
In classes and in colours
Some people are wiser
But some believe they are hollier

Feel the heart of everyone
See through our differences

You and I have the power
Think good of one another
So stand up and take our places
And do what we do better
Spend sometime to know ourselves 
Help the other

May 8, 2012

Sunan Musafir, Supermoon Dan Interview (~)

"Kalkulator? Aku lebih percayakan otak aku daripada permainan kanak-kanak itu." 
- Mat, Misi 10A PLUS


Untuk mencabarkan lagi minggu itu, aq dengan rela hatinya menurut kaki melangkah pergi Seberang Perai. Nak lawat bakal anak saudara dalam perut kakak aq tuh! Haha!!

Dan bila sedang aq tengah ber'syok-syok' di sana, masuk pulak satu mesej ajak aq jadi tour guide pergi PBAKL kat PWTC nun. Minta maaf la Ainsha, aq bukan Flash mahupun Jumper yang boleh ke sana ke mari sesuka hati, ye? Tapi sungguh laa, idea nak jalan-jalan terbantut sekali bila akak aq kena masuk wad pulak. Gara-gara anak dia yang malas nak gerak la ni! Kuseng.

Jadi, bersambunglah cuti aq sampai hari Rabu. Dan hari Khamis dah merancang ke PWTC berseorangan. Memang kaki jeli la aq jadinya~ Cuma sempat membeli 101 Things I Learn In Architecture School dengan Nota Hati Seorang Lelaki je. Agak terkilan jugak la bila mencari Sunan Musafir tapi tak ketemu. T__T

Tak mengapalah. Asalkan Jumaat, Sabtu dan Ahad ni ada SUPERMOON!!!









*Supermoon. Fenomena bila bulan kelihatan terbesar sebab kedudukan terhampir dengan Bumi*


Tak apa. Khamis tak jumpa, Sabtu ada lagi!! Sanggup pulak aq datang pagi Sabtu tu bila Kelab RAM bagitau yang Sabtu tu pelancaran Sunan Musafir dan jugak hari penghabisan stok Sunan Musafir edisi hard cover. Mau aq tak nak datang (?) Dan sungguh laa, datang-datang je tengok dah ramai yang beratur. Aq tanya la abang Kelab RAM kat situ, "Bang, yang beratur ni nak beli Sunan Musafir ke?". "Ha'ah, kena bayar dulu". Dan penat jugak aq menunggu 1 jam untuk membeli + 1 jam beratur untuk autograf. Nasib ada beli Misi 10A PLUS dulu tadi.



*Inilah abang RAM kita. Macho tak? Boleh mintak jadi bini no-2...kui3*



Oh ya, had sorang cuma boleh beli 2 buah je. So, terpaksa la membantu damsell in distress kat belakang aq sebab dia nak beli 3 buku untuk kawan dia nun kat Sabah tu.

Dan balik rumah, terus bersiap pergi kenduri abang Fuad. Apekah??

|
|
|
|
|
|
\/



*Hensem tak? Korang kenal ke Fuad mana ni?*


Kepenatan. Ahad ada kerja lagi, Isnin ada test JPJ motor. And nice having chat sampai aq kena pos selipar kat orang, ceh. Sunan Musafir tu pun jadi mangsa....~




*stylo-ish tak Sunan Musafir?*

p.s : Matriks, UIA ataupun INTEC?


Error 404 (?!)


Beginikah caranya MARA me'reject' aq?

May 4, 2012

Sebuah Keluarga.....(~)

Sebuah keluarga
Sebuah banglo
di lereng bukit
Seseorang sedang membuang sarang labah-labah
di lukisannya yang mahal
yang tak pernah difahaminya
Seseorang memasang api rokok
dengan DUNHILL emas berkilau
Dua orang berpelukan di atas sofa antik
sedang Floyd Cramer memainkan ‘Help Me Make It Through The Night
Farouk makan hamburger di meja Mahogany
Farah menyarung tee-shirt ketubuhnya tanpa baju dalam
Udara menghirup Max Factor dengan lahap
Seseorang sedang bersiap-siap untuk menemui anita sarawak di hilton
dengan BMW siri 735i nya
Sebuah keluarga
di lereng kota.

-T. Alias Taib, 1983-

May 3, 2012

Buku Cerita....(?)



Puncak Mutiara Cafe, Kg. Pelet.

Memang aq tak sangka yang ada pulak cafe/restoran/epic dinner site kat tengah-tengah bukit ni. Epic tak epic, siap ada kolam ikan lagi, tempat makan ber-dingin hawa (cikgu, betul ke?), waiter dia siap pakai walkie-talkie lagi tu. Makan pun boleh duduk dalam wakaf. Nak ambik seating bersila pun boleh.

Bukan kolam ikan je, ada pulak ladang rusa(?), reban ayam, arnab dan macam-macam lagi lah. Sampai aq tertanya, "sedih tak binatang ni tengok sedara die sendiri kena makan depan mata?". Ceh!

Dan sungguh, aq agak terkesima tengok menu dia. Setakat ni lah, buku menu yang paling tebal pernah aq jumpa! Siap cakap kat abang waiter tu sekali, "ni menu ke buku cerita ni, bang?"

|
|
|
|
|
|
|
\/



*buku menu a.k.a buku cerita*

May 1, 2012

Men VS Women : Who Wins (?)


~klik la kalau tak nampak~